Ukhwah kita dimana???..!!!

6:50:00 PM

Assalamualaikum..jawab waalaikum salam.

Ye..saya rupanya masih berlagar-legar di UIA..Ingatnya nak balik awal.tapi banyak pula benda yang berlaku secara mengejut.Jadi sebelum saya pulang esok..rasanya sempat lagi saya nak mengepos satu lagi entri..Tapi tolong sediakan masa yang panjang habiskan entri ini.Tak sempat sambung lain kali..

Bila berbicara tentang ukhwah..apa diminda anda??dulu posting awal2x saya pernah berbicara tentang ukhwah antara laki dan perempuan.Wujudkah perkataan sahabat baik antara lelaki dan perempuan ??kali ini saya adjust sikit wujudkah ukhwah antara muslimin dan muslimat.Confirm lepas ni ramai sahabat saya yang akan mengamuk dengan saya.

Perkataan ukhwah sering mengingatkan saya tentang surah al-hujurat.Terlalu banyak panduan didalam surah itu yang menyebut tentang ukhwah.Kemudian menguatkan saya tentang statement kewujudan ukhwah muslimin dan muslimat.Wujudkah???yang masih dalam dilema...mari teruskan bacaan.yang dah tahu..nak teruskan boleh..xnak pun tak apa.

Ukhwah bermaksud persaudaraan. Perkataan ukhwah berasal daripada perkataan akhun atau akh yang bererti saudara. Saudara lelaki disebut akhun manakala saudara perempuan disebut pula sebagai ukhtu. Tetapi,perkataan ukhwah itu sendiri tidak membezakan antara sesama lelaki atau sesama perempuan, ia merangkumi semua secara umum, lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan, dan lelaki sesama perempuan. Bersaudara bukanlah bermaksud kita boleh memperlakukan orang-orang lain seperti adik-beradik kita, tetapi bagaimana rasa kasih dan sayang itu kita terapkan terhadap saudara-saudara kita yang lain sama seperti mana kita berikan kepada adik-beradik kita.Kalau dengan adik-beradik sendiri tak pernah nak berukhwah , tolong jangan hipokrit bila dengan sahabat.Kalau dengan sahabat kita buat, dengan family sendiri lagi kena buat.Berbalik kepada tajuk asal entri...

Maka persoalannya, wujudkah istilah ukhwah antara lelaki dan perempuan?

Dalam ilmu usul fiqh, kita mengetahui bahawa dalam menentukan sesuatu hukum, jika tiada dalil dari nas al-Quran mahu pun al-Hadis yang mengharam atau menghalalkan sesuatu perkara, maka ianya jatuh hukum secara harus (mubah). Tiada satu pun hadis atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa seorang muslim lelaki dan perempuan bukan bersaudara. Jadi dari mana pula datangnya hukum atau pernyataan yang mengatakan 'tiada ukhwah antara lelaki dan perempuan'?

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (at-Taubah: 71)

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" (Bukhari dan Muslim)

Jika kita selidiki ayat diatas..yes..memang ukhwah itu perlu..malah sebahagian diantara mereka itu penolong pada sebahagian yang lain..tapi jangan baca tak habis.."menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar ila akhir ayat tu jangan tak ambik."Kebanyakan ingat sampai part sebahagian yang lain saja.Lalu berukhwah mereka macam tu..semua benda adalah penolon kepada sebahagian yang lain termasuk tolong memuaskan nafsu.ngee

Menyalahgunakan Istilah Ukhwah


Bukan istilah ukhwah itu yang menjadi masalah, tetapi mereka yang menggunakan istilah ukhwah untuk agenda tersembunyi, itu yang bermasalah. Kononnya dalam SMS mahu pun laman jaringan sosial maya, mereka menggunakan istilah 'Salam Ukhwah' dan seumpamanya, untuk berkenalan dengan kaum berlainan jantina. Mereka melapik perbuatan yang mungkar dengan benda yang maaruf!!!! Ini yang salah!!letak banyak sikit tanda seru biar tukang taip baca pun gerun.

Ikhtilat bukan ukhwah. Ikhtilat adalah percampuran, atau juga pergaulan. Ukhwah itu dibina atas landasan akidah yang sama, tetapi ikhtilat itu tidak memerlukan apa-apa ikatan landasan untuk dibentuk atau dibina. Senang kata, tidak mungkin percampuran seorang lelaki dan seorang perempuan (berdua-duaan) itu berlaku atas nama ukhwah (yang dibina atas dasar iman dan takwa), ulang statement: TIDAK MUNGKIN.tetapi ianya hakikatnya adalah suatu bentuk ikhtilat yang ditanam atas dasar NAFSU dan BISIKAN SYAITAN!

Prof. Dr. Yusof Qardhawi dalam bukunya Fatwa Mua'sarah (Fatwa Kontemporari) mengatakan bahawa perkataan 'ikhtilat' itu sendiri sebenarnya dipinjam dari perkataan luar, yang mana ianya tidak sesuai untuk menggambarkan hubungan ukhwah yang sebenar antara muslim. Tidak berlaku di zaman Nabi tentang ikhtilat melainkan para sahabat semuanya berhimpun, bergaul, dan berinteraksi atas landasan ukhwah Islamiyah yang sejati.(copy paste)

Ukhwah itu cinta, tetapi cinta tidak semestinya ukhwah. Cinta itu ada banyak peringkat dan sifatnya.  Namun apa yang boleh difahami, ukhwah itu menerbitkan rasa cinta sesama saudara, tetapi cinta itu pula, tidak semestinya lahir dari ikatan ukhwah yang didirikan, ianya boleh muncul secara tiba-tiba, boleh muncul disebalik rasa kebencian, malah boleh juga timbul pada saat yang tidak pernah kita jangkakan sendiri. Dan semestinya, rasa cinta kita terhadap setiap individu berbeza. Cinta seorang suami terhadap isterinya mestilah lebih tinggi daripada cintanya terhadap jiran perempuannya, walaupun mereka berbual, tolong-menolong atas landasan ukhwah. 

Interaksi Lelaki dan Perempuan


Interaksi antara lelaki dan perempuan itu dibenarkan, namun ada batasnya, ianya bukanlah ditegah secara mutlak, dan bukan juga dibenar secara mutlak. Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam interaksi antara lelaki dan perempuan,baik sesama muslim mahu pun dengan yang bukan muslim.

"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..." (al-Ahzab: 53)

Ada yang menggunakan dalil di atas (atau yang lain-lain seumpamanya) untuk mengatakan bahawa interaksi antara lelaki dan perempuan itu ditegah, sebab itu ianya dibuat disebalik hijab. Malangnya penyataan itu adalah terpesong dari maksud sebenar ayat al-Quran ini. Jika benar tidak boleh ada interaksi antara lelaki dan perempuan, maka sepatutnya ayat 'tidak boleh langsung meminta' yang keluar. Hijab (belakang tabir) itu menunjukkan bahawa interaksi lelaki perempuan itu dibenarkan, namun hendaklah mempunyai batas, yang mana batas itu dapat menundukkan hati-hati mereka, lelaki dan perempuan.

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuatkan" (an-Nur: 30)

"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam bicara hingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik" (al-Ahzab: 32)


didalam surah al-ahzab ,Allah menegur isteri-isteri nabi..tapi hakikatnya bila kita baca ulang kali ayat ini menegur semua muslimah didunia ini.."kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertakwa.Tolong..tolong dan tolong tegaskan suara ketika berbicara dengan berlainan jantina..Tukang Taip dah pernah merasai..Kalau guna aku kau tu boleh hilangkan bangkit nafsu..ha gunakan.kalau guna ana,nta tu yang terbaik..gunakan..tapi asal ia tidak sampai membangkitkan nafsu orang berpenyakit hati.



mereka mad'u kita


Saya suka melihat..jenis orang yang ingin berkenalan dengan saya.Mereka di tahap mana.Yang faham islam, baru nak faham atau memang tidak faham.Malahan saya mempunyai pengalaman mengajar sembahyang hajat kepada seorang askar lelaki dek kerana dia malu nak tanya kawan laki dia.Saya tak kisah jika dia nak tipu saya..dia tak buat solat tu..tapi ucapan hati yang ikhlas akan sampai kepada hati yang lain.Askar tu memang nak belajar.Saya ajar sebab dia mengaku bahawa dia jahil..dia nak dekat dengan Islam..Kemudian bila dia sudah semakin faham..saya berikan number ustaz untuk dia hubungi..kita jaga batas pergaulan kita.dont exceed the limit.


Tapi andaikata yang datang pada saya itu salah seorang dari pimpinan persatuan islam..Tiba-tiba nak tanya benda yang saya rasa tak patut..sebenarnya dia boleh tanya kat kawan atau ustaz ..ha nantikan bagaimana kasarnya saya reply meseg mereka.Paling lembut pun saya akan reply" dah takda ustaz dan sahabat muslimin yang enta kenal ka??"


Saya... jika saya jahil..saya akan mulakan bertanya kepada sahabat muslimat..tapi jika saya kenal orang yang 'arif..saya akan terus tanyakan kepada orang tersebut.Ini terang-terangan pimpinan persatuan islam...confirm lebih arif dari saya..malahan saabat-sahabatnya dah banyak khatam kitab..tiba-tiba soalan berkaitan mandi junub tanya kat saya(misalan)memang nak kena lah tu.


Masalah Hati?



Pada asalnya..niat kita berukhwah kerana Allah..tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang kita dengari mula sedikit demi sedikit memesongkan niat kita..contoh:'saya meseg dengan si fulan kerana ukhwah.Bertanya khabar kerana ukhwah..wish birthday kerana ukhwah..dan bermacam lagi yang disandarkan kerana ukhwah.Tapi senang saya katakan ..itu semua BOHONG!!!bohong belaka.itu lah bisikan syaitan yang semakin kita dengar.Siapa ngajar wish-wish birthday ni berlainan gender ni??birthday adik-beradik sendiri pun tak pernah wish..konon nak wish birthday orang yang asing..Allah memudahkan ta'arif ukhwah tapi kita yang memberatkan,Kena hafal semua tarikh birthday..makanan kegemaran dan bermacam lagi..Ahhhh..xperlu..bila ada rasa cinta semua itu akan wujud sendiri.Jangan benarkan minda kita di doktrin dengan amalan-amalan yang tidak beri manfaat malah menambah dosa.


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berkebelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya. Takwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya" (riwayat Muslim)

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)

Nampak apa huraian di kedua-dua penghujung ayat di atas? TAKWA.jika kita berukhwah tapi tak dapat membawa kita kepada Takwa..malah membawa lagi teruk masalah HATI..tinggalkan..tolong tinggalkan meseg-meseg tak penting lagi meloyakan.Setakat nak bertanya khabar..kalau dah nampak depan mata sihat..tak payahlah..Setakat nak tegur si fulan hari ini nampak lain dengan baju yang dipakai..tak payah..setakat nak beramah mesra..lama tak meseg..tak payah..Jangan mengada nak layan.



Jadi fikir-fikirkan ukhwah kita di mana sebenarnya???memang wujud ukhwah muslimin muslimat tapi tengok dimana kewujudannya??tidak semua tempat..tidak semua masa ia di bolehkan.Kerana itu saya selalu menekankan..ukhwah muslimin muslimat memang atas gerak kerja dan perkara yang berkaitan menyuruh kepada yang maaruf..melarang perkara mungkar.Yang penting ia membawa kepada rasa takut kepada Allah dan takwa.ukhwah tidak terletak di darjah pertama..hatta dalam buku 'apa ertinya aku menganut islam' oleh Syeikh  Dr Fathi Yakan juga tidak meletakkan ukhwah di nombor satu..Khatamkan balik buku tersebut.Dan renung-renungkan sejauh mana kita terpesong dengan perkataan "ukhwah" ini.

alhamdulillah..dah boleh menaip dengan tenang selepas solat..Maaf jika ada mana-mana pihak yang terguris..Sekadar cetusan idea dan saya kongsikan sebelum saya terlupa.Tapi terkejut..panjangnya post ini..


wallahu'alam


Rujukan: 

  • Tafsir al-Quran
  • http://hambapenyelamat.blogspot.com/
  • buku maza yakni intimail islam

You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. nice one!

    (terasa sebenarnya. kena muhasabah diri balik ni.)

    ReplyDelete
  2. syukran mengingatkan. muhasabah diri semula. :)

    ReplyDelete
  3. syukran buat salsabila..teman maya dan juga adik abrar..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images