For the rest of my Life

4:59:00 PM

 for the rest of my life......Ooppsss..not maher zain ok.Kali ni kita nak cerita pasal satu karangan.Karangan ni dulu famous waktu kita dekat sekolah rendah taw.hehe.Jom ikutinya..Ini namanya curi tulang time kerja.Agak free sikit petang ni.Mmg dah lepas office hour pown.aircond punya sistem pown dah mati.

Aku sebuah kereta
Aku dilahirkan dari kilang yang diberi nama proton. Kemudian aku diberi nama wira.Setelah lebih kurang 1 tahun duduk di kilang, kini aku dipromosikan kepada manusia. Selepas hari itu,setiap orang yang datang nak membeli kereta pasti akan membelek diriku.aku berwarna biru kehitaman.


Satu hari aku di beli oleh seorang lelaki.Kad pengenalan yang telah terpilih untuk diriku ialah TX 3058. Tidak lama kemudian dia telah menjual diriku semula kerana ingin mengganti dengan yang lebih power. Aku menyangkakan jangka hayat ku sudah ke penghujung.Rupanya aku dimasukkan di bengkel dan diservis oleh seorang mekanik cina.Kemudian aku dipasarkan semula sebagai kereta terpakai. Bersama kereta terpakai yang senasib dengan diriku.
Selang beberapa bulan, seorang gadis melayu jawa yang sangat manis datang membelek-belek teman-temanku.Sampailah kepadaku..dia pun terus membelek dan mengamati diriku dengan penuh minat.Akhirnya aku telah dibeli oleh gadis tersebut dengan harga yang berpatutan.Aku dijaga, diberi minum dan makan secukupnya.
Kemudian setiap hari sabtu aku akan dimandikan supaya bersih dan berkilat.Kawan-kawan ku sungguh cemburu dengan diriku.Tetapi setelah beberapa tahun, tuan aku telah berkahwin.aku amat cemburu.Tapi rupanya keadaanku kini semakin bertambah baik. Jika dahulu aku dijaga oleh seorang, kini aku dijaga oleh 2 tuan dan memang memuaskan .
Kini aku beralih tuan pula kepada seorang gadis yang sangat brutal. Sudahlah brutal , tidak tahu menjaga diriku. Tuan baru ku Cuma tahu menggunakan diriku sahaja. Sehingga satu hari aku merajuk kerana tidak diberi makan dan minum secukupnya.Kuasa enjinku kehabisan. Waktu itu baru tuan aku sedar, betapa perlunya menjaga diriku.dan kini aku si wira biru kehitaman gembira kerana tuan aku sudah mula menyayangi diriku…
Tammat..
Karangan ini ditujukan buat kereta wira abang saya yang dipinjamkan kepada saya.hihihi..mesti kereta wira tu happy bila saya bacakan ini untuk dia..layan..tetiba teringin nak wat karangan ini sebab teringat dulu masa kecil selalu buat karangan ni.

You Might Also Like

6 strawberries yummy

  1. citer ni comel... hahahaha...sy tumpang simpati...

    ReplyDelete
  2. hehehe..macam tuan baru kereta wira tu..

    ReplyDelete
  3. alala ain.. schweet je citer ni. mmg bangga betul la keta wira tu. =)
    p.s: rindunyeeeee lama tak jumpa. rasa mcm dah 10 tahun ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe..macam tuan baru kereta wira tu..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images