2020 kemerdekaan sebenar (part 2)

10:07:00 AM

Assalamualaikum dan salam rejab buat semua.Puasa lagi tak hari ini??ehem2x.tepuk dada tanya iman.Alhamdulillah semalam selamat sampai ke bandar sri putra pada jam 7.30pm. Memang benar orang cakap..jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengalaman(aku tambah).Tersilap ambil jalan punya pasal..berpusing-pusing makan angin di area Seremban.Sorry la buat my beshwen sebab menyebabkan dia balik lewat ke Bentong.itu tak masuk lagi bateri kereta yang buat pasal.Asyik mati saja kereta.Apapun memang beruntung..kalau kereta tak buat hal..kita ni jadi buta ilmu kereta.Sekarang ni..semua part engine dalam kereta tu abang dah ajar.Alhamdulillah.

Direction is more important than speed..ingat tuh.Nak share cerita jap.Sebelum balik tu,menempuh traffic jam yang sangat dasyat.Depan rumah dah start traffic jam.Apa kes..Kemalangan ngeri di sabak bernam.Rasa masuk paper hari ini.Depan rumah miss L yang lama.3 maut dan seorang cedera apabila sebuah kereta myVi merempuh kereta Hilux dari arah bertentangan..

berita lanjut disini. Mangsa tidak dapat keluar sebab tersepit.Kemalangan berlaku kira2x jam 1.30pm sewaktu hujan lebat sudah mula reda.time tu aku tengah sibuk masukkan barang dalam bonet kereta.Kebetulan parking tepi bahu jalan.Jalan licin..jangan bawa laju..time hujan dah banyak kali saya nampak even kereta pajero pun boleh hilang kawalan melawan air apatah lagi kereta myVi yang sepertimana kita tahu kondisi kestabilan tayar dan body kereta tidak sempurna.Suka miss L katakan kat sini.Ini pesan abang long miss L yang memang pakar pasal kereta dan motor,dia bagitahu setiap kereta mempunyai keupayaan berbeza.Bila lalu jalan bengkang bengkok macam ular kena patuk..setiap kereta berbeza tahap kelajuan.Korang jangan condemn pula kalau kereta depan bawa lambat.Kang dia bawa laju, sekali accident..korang kat belakang juga jadi mangsa.etika membawa kenderaan kena paham.Miss L pun dah banyak kali accident.Bawa motor iye,kereta pun iye..Tak sabar, nak tergesa-gesa.itulah tak elok buat benda tergesa-gesa ni.Cool..baby.Tapi kadang2x kita cool..orang lain pula bawa tergesa-gesa.Tak pasal kena juga.Kesimpulannya maut tak dapat di hidu.Semua ketetapan Allah.

Lagi satu perkara yang aku miss L selalu angin..orang laki suka menguji perempuan bawa kereta.Kadang-kadang sengaja nak menghimpit.Itu tak masuk lagi yang sengaja ikut membontoti kereta dari arah yang dekat.Kalau naik motor lagilah.Bukan setakat menghimpit..siap ajak bersembang lagi.Pergh..Style miss L..relaks..jangan gelabah.ada aku kesah.Yang penting selamat sampai ke destinasi..hihihi..ni abang long yang ajar.Jangan dikejar benda yang tak lari.takut yang dikejar tak dapat ..yang dikendong berciciran kat atas jalan raya.(peribahasa baru abang long ku).Apapun sedekahkan al-fatihah buat mangsa terbabit.

masuk topik..

Dah hadam dah 3 potong ayat Qur'an yang dibagi minggu lepas?style abang saya la tu.Hadam..huh.Baik..

Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya. 

Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)

Jika hari tu miss L suruh hadamkan 3 ayat tu dari Qur'an..Sekarang hadamkan pula satu hadis ni saja
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW  bersabda:
Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.
Yang ni tolong hadamkan dalam masa satu hari ye.Lagipun miss L dah besarkan part yang penting.Esok nak baca sambungan entri ni jangan lupa bawa kalkulator.Tapi mana yang dah terror math tu..tak payahlah.
bersambung..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images