2020 kemerdekaan sebenar (part 3)

10:08:00 AM

Assalamualaikum dan salam Rejab.Sihat para pembaca sekalian.Cewah budget ramai sangat pembaca.Ok dah hadam hadith semalam.Dah sediakan kalkulator? Tak pun amik pensel dengan kertas.
Ok mula2x..buka hati tu,Ingat yang buta itu bukan mata tapi hati yang buta.Terangi hati dengan cahaya Islam dan iman..astagfirullah al 'adzim..(istighfar banyak kali sebelum menyampaikan dan menerima sesuatu yang baru.Semoga kita tidak tersesat)

Ayat 47 surah al-hajj menyatakan sehari disisi TuhanMu umpama seribu tahun dari tahun kamu dibumi.
Sebelum tu saya refer pengiraan ni dengan kiraan Syeikh Imran Hosein.Sebenarnya pengiraan ini beliau yang ketemukan.Beliau merupakan ahli pemikir Islam yang hebat.Miss L just jadikan pemahaman anda mudah sahaja dengan menulis semula.

1 tahun disisi Tuhan bersamaan 1000 tahun di dunia
1 bulan = ?
1 minggu = ?
1 hari =?

Dah kira..berapa jawapannya??cuba bagi dekat saya.Senang jer kita guna rumus bahagi.
1 tahun=12 bulan didunia.Jadi 1000/12= 83.33 bersamaan 83 tahun 33 minggu
1bulan =4 minggu didunia.Jadi ikut hari disisi Tuhan-> 83.33/4=20.83 bersamaan 20 tahun 83 minggu
dan kira lah untuk seterusnya sendiri.Sekarang kita kaitkan hadith Nabi semalam dengan kiraan diatas.

Ada satu hari terasa bagaikan setahun

Great Britain pada asalnya dibina berasaskan kepada penyatuan  2 buah kerajaan beraja  Kingdom of  Scotland dan  Kingdom of  England, di bawah undang-undang Acts of Union 1707.

Walaupun secara teorinya Great Britain bermula secara rasminya pada tahun 1707, namun memandangkan negara tersebut dibina berasaskan kepada penyatuan  2 buah kerajaan beraja Scotland dan England…yang sehingga ke hari ini masih lagi mendominasi negara berkenaan…maka tarikh permulaan kedua-dua kerajaan berkenaan perlulah di ambil kira.

Bagi memudahkan pengiraan bolehlah diandaikan bahawa sebenarnya negara Great Britain ini diasaskan pada tahun 900M, maka 1000+900=1900.Ini bermakna penguasaan dunia oleh Dajjal melalui Great Britain ialah antara tahun 900M – 1900M. Sepanjang tempoh ini dunia menyaksikan negara ini bangkit menguasai hampir 2/3 dunia.
Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan

Kemunculan Amerika sebagai “bakal” penguasa dunia bermula pada tahun 1917. Ketika itu  Amerika Syarikat telah mula melibatkan diri di dalam Perang Dunia I. Pada awalnya sikap Amerika Syarikat adalah berkecuali apabila Perang Dunia I meletus pada tahun 1914 walaupun secara umumnya ramai rakyatnya amat bersimpati dengan Britain dan Peranchis .

Perang ini meletus apabila Archduke Franz Ferdinand dari  Empayar Austria-Hungary dibunuh pada 28 Jun 1914. Akibatnya meletuslah perang yang melibatkan Empayar Jerman, Empayar Austria-Hungary, Empayar Othmaniah dan Bulgaria yang kemudiannya membentuk “Central Power” dengan  Empayar British, Peranchis, Itali, Empayar Rusia dan Amerika Syarikat yang menyertainya pada tahun 1917, membentuk “Allied Power”.

Jadi seandainya diambilkira kemunculan Amerika Syarikat  sebagai kuasa besar ialah pada tahun 1917, maka 1917+83.33=2000.33 lebih kurang 2000 ke 2001 anggarannya.

Ini bermakna selepas berpindahnya kuasa Dajjal dari Great Britain ke Amerika Syarikat pada tahun 1917, Dajjal akan memerintah dunia melalui Amerika Syarikat selama 83 tahun dan akan tamat pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000?

Masuknya tahun 2000 menandakan bukan sahaja bermulanya abad ke-21, bahkan juga menandakan bermulanya milinium ke-2 yang dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi yang menjurus kepada penguasaan mutlak sistem Dajjal ke atas dunia melalui dasar “New World Order” yang mengarah pula kepada dasar “One World Order”.

Melalui dasar ini dunia dikatakan mula dikuasai oleh hanya SATU kuasa yang elit dan  “authoritarian”. Mana-mana negara yang cuba bangkit atau menentang kuasa “One World” ini akan dicop sebagai “Negara Pengganas” dan akan ditindas serta dihancurkan.


bermulalah apa yang disebut sebagai “War on Terrorism” ataupun “Perang Menentang Keganasan” yang sebenarnya boleh dibacakan sebagai PERANG MENENTANG ISLAM pada 11 september. Fitnah besar-besaran ke atas ummat Islam.

Ada satu hari yang terasa satu minggu

83.33/4= 20.83 .2000+ 20.83=2020.83.Jika tahun 2000  dikira sebagai bermulanya kemunculan “One World Order” iaitu  penguasaan Dajjal melalui Jerusalem maka kuasa dan pengaruh Dajjal dikira akan berakhir pada sekitar tahun 2020, lalu bermulalah kembali era keemasan Islam yang akan bermula dengan pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa AS. Ataupun nak tepat antara 2020-2022 macam tulah.Sebab setengah pakar matematik dia suka genapkan dan bundarkan kiraan titik perpuluhan.Saya tak suka.

kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa

Hari biasa ni macam hari kita lah sekarang.Teori seorang pendeta Yahudi mengatakan bahawa kerajaan Yahudi Israel akan kekal selama 74 tahun juga tidak boleh dipandang remeh kerana sejak penubuhan negara haram Israel – 1948 sehingga 2022 adalah jangka hayat selama 74 tahun.

Pimpinan Israel juga menganggap bahawa selepas peperangan terhadap Lubnan pada 1982 adalah tahun nikmat bagi mereka sehingga 40 tahun seperti yang dinaskan di dalam Kitab Taurat ciptaan mereka. Ini bermakna penamatnya ialah pada 2022 (1982 + 40 = 2022). (Muhammad Ibrahim Mustafa-Penganalisis mengenai masa depan kerajaan Israel).
 
Saya kira bekas Perdana menteri dah tahu pasal hal ini.Beliau sangat bijak.Kerana itu jika kita teliti misi dan visi pada wawasan 2020 seolah satu misi dan visi yang cukup yakin.Ini semua hanya teori, kalau salh minta maaflah.Tapi semuanya saya refer pada satu ceramah syeikh Imran Hosein.dan pada ayat 48 surah al-hajj..Allah berfirman yang bermaksud:Dan berapalah banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Ku-lah kembalinya (segala sesuatu).


benar..segalanya kembali kepada Allah..tentang kebenaran,penipuan malahan diri kita nanti kelak segalanya milik Allah dan kembali kepada Allah..
tammat.

p/s: Jangan pernah lupa mengamalkan firman Allah yang ini.Kebanyakan perkara keruntuhan rumah tangga, pergaduhan dan banyak lagi jenayah berpunca kerana tidak mengamalkan ayat ini.

"In jaa akum faasiqun binaba'in fatabayyanu." (Yang bermaksud): "Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah."

firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita, hendak­lah kamu selidiki kebenarannya . Jangan sampai kamu me­nuduh suatu kaum dan me­nyesal terhadap perbuatan yang kamu lakukan. Dan ketahuilah, bahwa di tengah tengah kamu ada rasulNya. Andaikata ia selalu menurut kamu dalam berbagai urusan, niscaya akan mem­berat­kanmu, tapi Allah menggemar­kan iman ke­padamu dan menghiaskan dalam hatimu, dan membencikan kufur, fusud dan dosa darimu. Merekalah yang mendapat petunjuk. Sebagai karunia, nikmat yang langsung dari Allah. Dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.” (QS 49: 6 )

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Tapi perit menghadapi saat2x pemerintahan dajjal..Kebanyakan manusia terjatuh ke lembah maksiat termasuk diriku.Mujur Allah masih menyayangiku..Lihatlah dunia kini.

    ReplyDelete
  2. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images