Confession from Lockheart

4:05:00 PM

Perbualan kosong dikala petang.(hanya sketsa)

Suasana petang itu sepi.Angin yang meniup seolah angin pantai yang bersepoi.Di hujung kerusi batu terukir indah bunga-bunga seni,di situ duduk 2 orang anak gadis yang manis berbaju kurung.



"Buka HATI tu Ain..buka seluasnya barulah orang boleh masuk.Takkan selamanya ain nak tutup dan membujang sampai mati??Tak nak ke dinaik taraf jadi wanita?jadi ibu? masa di akhirat nanti"

Ain termenung..(dia mahu..dia ingin tapi dia ego untuk mengaku)

"Bagaimana saya nak beri ruang kak, kalau ruang tersebut sudah terisi??Dengan keluarga saya..ibuayah saya?.

"ah..!!itu alasan..!!alasan gadis zaman sekarang."Potong si kakak.

"Saya bukan dari keluarga senang.Pengalaman lalu dan bermacam lagi yang berlaku menjadikan saya trauma.Trauma dengan kehidupan sendiri.Bahagia itu bukan milik kita kak..itulah jawapan yang di berikan..

"Jangan menunggu orang yang jauh dan tak pasti. Mungkin si dia memang jodoh ain..dia dah ada depan ain..dah lama dia tunggu..Cuma buka saja hati tu dan berikan sedikit ruang untuk dia duduk..dia bersungguh ain.akak boleh nampak"

Gadis yang mengenakan tudung berwarna krim membuang jauh pandangan ke bukit milik orang disitu..Sambil menepuk tangan tetapi tidak berbunyi..Umpama bertepuk sebelah tangan..

"hati saya tak ada kerusi kak..itu sebab dia tak boleh duduk"...Ain tersenyum simpul..sedaya upaya menceriakan keadaan yang semakin tegang.

"Ain..jangan nak melawak time akak tanya erk" kelihatan tegang muka Kak zira.Muka cerianya sebelum ini bertukar kepada serius.Risau dan bermacam lagi.


Akhirnya ain menjawab.."ianya tidak semudah itu...tapi jauh disudut hati,saya pasti dan yakin Allah punya rencana yang hebat untuk saya.Jika si dia yang dihadapan saya kini adalah jodoh saya..pasti Allah punya cara yang HIKMAH menyatukannya..Memang saya dah campak jauh kunci mangga tu..Tapi kalau ada yang bersungguh mencari..pasti si dia dapat membukanya.."

kak fazirah hanya mengamati wajah ain..

"Sebenarnya kunci tu ain tak campak pun..Tapi ain sorok..Ia ada disisi ain tapi ain yang tak mahu membukanya.Sedangkan si dia dah temuinya..Terpulanglah pada ain, kerana hanya Allah yang tahu apa yang bermain di HATI ain.."

Kak zira bangun sambil meninggalkan ain sendirian.Termangu tanpa kata..Tapi hakikat sebenarnya, gadis itu mahu tetapi hatinya belum ketemu...

tammat...

moral values: 
  • buat kawan2x yang rasa nak kahwin tu..mantapkan hati dan letakkan hala tuju masa depan anda.
  • Buat yang pernah dikecewakan..buanglah jauh2x pengalaman silam..bak kata kawan blogger saya..SEKIRANYA ADA JALAN UNTUK TERSENYUM, MENGAPA MEMILIH JALAN UNTUK BERSEDIH..
  • Buat yang trauma , ingatlah bahawa kehidupan ini adalah sementara.Kita punya banyak ruang untuk pergi.Mengejar atau melepaskan.Ujian itu tanda Allah kasih kepada anda.
  • Buat yang memang dah berpunya.Dah berkahwin.Terimalah dia seadanya.Ianya lebih indah ada daripada yang tiada..betul tak?Hargai..sayangi ..dan CINTAI..kerana dia dicipta untukmu.
  • Buat yang sedang mencari si dia..Usah dinanti orang yang jauh. Usah digapai apa yang bukan milikmu.Ingatlah...Bukan setiap yang kita cinta dan suka akan jadi milik kita..Tapi insyaALLAH setiap yang sudahpun menjadi milik kita, akan jadi yang kita cinta dan kita suka..percayalah..ALLAH knows the best.

Doa kekasih

“Ya ALLAH...
Jadikanlah aku mencintaiMu,
Jadikanlah aku mencintai RasulMu,
Jadikanlah aku menyintai orang yang mencintaiMu,
Jadikanlah aku dicintai kerana menyintaiMu.
Jadikanlah aku apa-apa yang boleh menyebabkan aku cinta padaMu.”

Ya Allah, jika sekiranya dia bukan jodoh untukku, maka jauhkanlah bayangan dia dari ingatanku ini. jika dia adalah jodohku, maka tetapkanlah hati kami dan ibu bapa kami berdua untuk menyatukan kami berdua.

“Ya ALLAH…
Sekiranya ditakdirkan dia dijadikan untukku,
Bukakan pintu hatiku untuknya,
Dan pintu hatinya untuk menerima ku seadanya…”
amin..
 

Salam jumaat dan selamat berCUTI..!!!


miss "L" yang konon busy di office.Buat drawing tapi tak siap2x.ngeh3x.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images