Lembaran Baru

9:50:00 AM

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia..ni trend bagi salam dekat agensi nuklear malaysia taw.Sekarang Rejab sudah berkunjung tiba meninggalkan Jamadil akhir di belakang kita.Jadi kita selak lembaran baru untuk bulan mulia ini.Kalau beberapa hari dan minggu yang lalu, miss L duk buat entri pasal cinta, hati, emosi, perasaan dan bermacam2x yang busuk2x lah tajuk entri tu..mulai hari ini kita selak lembaran baru dengan tajuk-tajuk cerita yang baru.Sepatutnya setiap bulan kita kena berakhlak mulia.Bukan di bulan rejab,syaaban dan ramadhan sahaja.

Semua orang dah tahu apa hikmah beramal dibulan Rejab.Kalau nak cerita pasal puasa di bulan Rejab..ramai yang dah boleh cerita.Tapi ingat, saya nak pesan kita beramal bukan untuk menghitung pahala kita.Tugas kita bukan mengira berapa banyak pahala kita hari ini.Itu tugas malaikat.Tugas kita ialah 'submission to GOD.. '

Lembaran baru yang saya nak bawa ialah..no cerita pasal cinta cintun, no jiwang-jiwang karat besi..no perasaan-perasaan busuk dan benda yang sama waktu dengannya.Mungkin ada lah beberapa entri yang santai pantai.(Alah..tak bestla camni..)..suara-suara sumbang di kiri kanan ku..

ada sebab..kenapa??kerana sebelum kamu nak mengubah dunia, kamu kena ubah isinya dulu..sebelum kamu nak mengubah isinya, kamu kena ubah isi dalam isinya iaitu kerajaan..sebelum kamu nak ubah kerajaan, kamu kena ubah mentaliti penduduknya..dan sebelum kamu nak mengubah mentaliti penduduk..kamu harus mengubah mentaliti orang yang paling hampir dengan kamu dan last sekali ......untuk mengubah mentaliti dan persepsi orang yang hampir dengan kamu tidak ada cara lain melainkan kamu wajib mengubah diri kamu sendiri.

Lagipun hal cintan-cintun, nak cari pasangan hidup, tips wanita solehah dan segalanya ramai orang boleh cerita..sekarang taip saja kat google semua tips boleh keluar.Wang tip sajo tak keluar.Tapi hal dunia,hal konspirasi, hal agama diselewengkan, hal tragedi2x tragis yang tersembunyi..tak semua orang boleh cerita..tu tak masuk lagi yang tak paham.Tak semua orang boleh memahami.Sebab minda kita telah disekat untuk berfikir tentang jodoh, kerjaya dan mati.Tentang kebangkitan, tentang pembaharuan..kita antara yang penakut untuk ke hadapan.Betul tak ustaz sya'ari..?(tetiba nama ustaz sya'ari pula keluar)

Tapi tidaklah miss L yang nak ubah dunia.Wowowo...dasyat sangat tu.Berubah macam mana tu??nantikan..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images