Pesan Pak Ustat ( 1)

8:49:00 AM

Semalam abang long saya menelifon menghabarkan satu berita yang tidak baik,ustaz hafid yang mengajar di SMKA simpang 5 accident sewaktu naik motosikal.Langgar lari.Pada hari ahad yang lalu.,sekarang masih berada di wad ICU.Jadi buat kawan2x disimpang 5 yang mengenali ustaz boleh melawat di Klang.Tak pun telifon anak ustaz , mahfuzah.

Bila bercerita tentang ustat..miss L antara orang yang merindui pesan-pesan ustat.Yang peliknya miss L ni tak berapa suka ustat muda.hehehe.Pada miss L meskipun ustat muda tu banyak ilmunya tapi belum sepenuhnya dia diuji.fuhhh..ada juga yang marah kat miss L lepasni.

Pak Ustat saya waktu di SMKA antara Pak Ustat yang saya kagumi.Seolah mereka mengetahui apa didalam hati saya.Apa yang bergelojak di dada saya.Norain....tengah fikir apa tu???..masih terngiang suara pak Ustat.

Kalau saya nak tertidur pun pak Ustat lebih awal menegur...norain....duduk kat malaysia je,jangan bagi roh tu berjalan sampai england , mesir..Adeh..segar terus mata.Nama panggilan saya banyak dulu.Sorang cikgu fizik saya ni suka panggil nama saya Aisyah.Katanya muka saya sama dengan muka anak murid dulu yang namanya aisyah.Saya tak kisah orang nak panggil nama saya apa asalkan...baik maksudnya..cantik doanya.

Pesan Pak Ustat..
Aini..dalam dunia ni ada 6 darjat nafsu.Dan kita mempunyai antara nafsu tersebut.Seperti aini..kamu isikan diri kamu dengan ilmu agama tapi ingat!! ilmu yang tidak diamalkan bagai pokok tidak berbuah..Ramai orang pandai mencari ilmu tetapi sedikit benar yang mengamalkan.Kamu nak Ustat cerita tentang 6 darjat nafsu?Setiap darjat itu mempunyai ubat untuk sampai kepada darjat yang lebih baik.

Saya menganggukkan kepala...

owh..tapi ustat ada kelas pula kejap lagi.Ustat cerita yang paling rendah dan yang paling indah.

Saya masih menganggukkan kepala..

Nafsu 1 yang dimiliki oleh ramai orang didunia ini dinamakan sebagai 

AN-NAFSUL-AMMARAH

Nafsu yang menyuruh kearah melakukan maksiat/jahat. Inilah serendah-rendah nafsu.
Untuk mensucikan diri dari Nafsul Ammarah hendaklah dengan memperbanyakkan Zikrullah, Wirid, mempelajari Ilmu Tasawuf, Ilmu Thariqat, Ilmu Suluk dan ilmu yang bermanfaat untuk akhiratnya.

Nafsul Ammarah mempunyai enam perkara:
1.Mempunyai perjalanan iaitu kepada Allah Taala.
2.Mempunyai Alam (Alamul Ajsam) iaitu Alam Fizikal.
3.Mempunyai hal cenderung kepada kejahatan.
4.Mempunyai wirid iaitu Syariat.
5.Antara sifatnya iaitu jahil, bakhil, tamak, takabbur, bercakap sia-sia, pemarah, suka makan, hasad dengki, lalai, perangai jahat dan suka menyakiti orang dan lalin-lain lagi.

Untuk bebas dari Nafsul Ammarah hendaklah memperbanyakkan zikrullah ‘LAA ILAA HA ILLALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.

kamu faham...??Pak Ustat tanya...saya mengangguk..sambil memikirkan barangkali aku juga tergolong diantara insan yang memiliki nafsu tersebut..

Nafsu ke-2 yang ramai juga orang memilikinya..tetapi ia sangat berbahaya jika tidak diubati.Ia biasanya wujud dikalangan ahli ibadah yang tidak faham sepenuhnya tentang Islam..bahkan mungkin aini juga memilikinya...ustat memandang saya.

Saya pak Ustat??

hurm..kamu ni percaya saja apa Ustat cakapkan.Masakan Ustat tahu..kamu iaitu diri kamu sendiri yang lebih mengetahui.Tadi Ustat saja nak tengok reaksi kamu.Baik nafsu itu dinamakan sebagai

AN-NAFSUL-LAWWAMAH

Nafsu yang mengkeji segala perbuatan jahat atau maksiat tetapi belum bebas dari maksiat disebalik kegemarannya melakukan perbuatan mentaati Allah, tetapi belum tetap melakukannya.
Sebenarnya sedang diperingkat memerangi hawa nafsu Ammarah. Setiap kali melakukan dan mahu melakukan maksiat atau kejahatan, ia mencela dirinya dan tidak gemar perbuatan itu.

Nafsul Lawwamah mempunyai enam perkara:
1.Mempunyai perjalanan iaitu Lillahi Taala yakni semata-mata kerana Allah.
2.Alamnya Alamul Mitsal (Alam Barzakh).
3.Tempatnya di hati.
4.Halnya cintakan berbuat ibadat yang diperintahkan Allah.
5.Wiridnya iaitu Ilmu Thariqat.
6.Sifatnya iaitu mengeji segala kejahatan dan menyesali diri sendiri apabila cuai berbuat kebaikan, banyak memikir-mikir, ujub, riya’, banyak menentang orang lain, suka menjadi ketua, menyesal masih lagi ada sesetengah nafsul ammarah.

Ia melihat benar itu benar dan batil itu batil, mengetahui segala sifat jahat itu dicela syara’ tetapi belum bebas darinya.

Ia gemar beribadat tetapi dalam hatinya suka orang memuji amalannya. Jika hilang ujub, riya’nya sampailah ia martabat Nafsul Mulhamah atau Nafsul Mutma’innah.

Orang yang mengikut martabat ini sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘ALLAH ALLAH ALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.

faham..??  kali ini saya tidak menjawab..seolah mengena pada diri saya.

sekarabg ustat kongsikan satu dulu nafsu yang indah..ia diberi nama 

AN-NAFSUL-MULHAMAH

Perjalanannya Alallah, matahatinya tidak menyimpang dari syuhud terhadap perbuatan Allah. Hatinya beriman dan yakin sepenuhnya terhadap perbuatan itu berpunca daripada Allah.

Alamnya Alamul Arwah.
Tempatnya di dalam ruh.
Halnya asyik kepada Allah.
Wiridnya ma’rifat akan Allah.
 Sifatnya As-Sakha iaitu murah hati, qanaah, tidak tamak, ilmuddin, tawadhu’, merendah diri, halim yakni tidak pemarah, Tahammulul Adzaa iaitu tahan sakit, memaafkan orang lain, menunjukkan orang cara beramal salih dan berbuat kebajikan, menerima alasan dan keuzuran orang, syuhud perbuatan dirinya perbuatan segala manusia dan makhluk-makhluk yang lain hasil daripada kudrat Allah.

Diantara sifatnya As-Sauq, rindu, menangis, susah hati, mengasing diri, sibuk dengan beribadat kepada Allah, sibuk dengan Zikrullah.

Sayugialah memperbanyakkan zikir ‘HUWA HUWA HUWA’ atau ‘LAA HUWA ILLA HUWA’. Diperbanyak zikir secara Jahar (lantang dan kuat) supaya berkesan di hati.

(HUWA) dibulatkan dalam hati kewujudan Allah yang mutlak seolah-olah matahati melihat Allah tanpa warna, tanpa tempat, tanpa jisim dan tanpa serupa dengan sesuatu.

(LAA HUWA ILLA HUWA) dibulatkan didalam ingatan didalam hati tiada yang wujud selain Allah swt.

barangkali kamu juga punya nafsu yang ini..kali ini tajam pandangan mata Ustat..saya cuma mampu tunduk memandang lantai.Kawan disebelah lagilah..satu suara pun tak keluar..Saya tahu, kawan saya pun tahu..Ustat dihadapan kami bukan calang-calang Ustat..Walaupun tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai ahli ibadah..tapi segalanya jelas terpamer diwajahnya sebagai ahlul ibadah.

Baik..Ustat nak gi kelas ni.Sambung lain kali itupun kalau aini nak belajar lagi.(zaasssss..terasa pedih jer masuk telinga.sempat lagi ustat ni memerli aku...mengomel sendiri)

Nabi saw di dalam sebuah hadis ada bersabda: Takutlah kepada firasat mukmin, kerana ia memandang dengan pandangan Allah”.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images