Pesan Pak Ustat (2)

9:59:00 AM

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...al-fatihah buat arwah ustaz hafid yang telah pulang ke rahmatullah.Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di antara orang 2x soleh.

Pagi itu miss L tengok banyak meseg masuk inbox termasuk miss call dari kawan baik, madiha.Tertera di skrin meseg "ustaz hafid meninggal' pendek tapi cukup terkesan di sanubari.Perjalanan pulang ke kampung memang tidak dirancang.Tapi alhamdulillah..Allah mudahkah perjalanan kami sampai ke rumah arwah.Memberi semangat buat anaknya yang merupakan kawan kami juga.

Takda pesan yang dapat saya katakan melainkan..'kuat mahfuzah..semoga tabah"..


saya juga sudah melalui kehilangan ayah jadi susah nak diungkapkan melainkan memberi pelukan semangat buat dirinya.

Masih terngiang gurauan Ustat waktu terakhir saya jumpa arwah
.."noraini...bunga di Taman masih menguntum mekar lagi??

saya senyum saja..dalam hati,dengan ustat saya tak perlu berikan jawapan sebab ustat tahu jawapannya dari wajah saya..
"kalau masih mekar..belum ada yang memetik ,ustat nak carikan.."

saya senyum lagi.."mahfuzah anak ustat kan ada..ustat carikan dia dulu.."

dan gurauan itu tinggal kenangan...tahulah kita bahawa syurga neraka itu benar, dan mati itu juga benar..walau siapa pun kita..kita tidak dapat lari dari kematian.

sambung 6 darjat nafsu haritu..jika haritu berkongsi tentang 3 darjat nafsu..ni 3 lagi darjat nafsu.

AN-NAFSUL-MUTMAINNAH

Perjalannya beserta Allah.
Alamnya Alhaqiqatul Muhammadiyah
Sifatnya di martabat Ta’ayunul-Awwal iaitu martabat wahdah.
Tempatnya di Sirr
Halnya hati tetap kepada Allah.

Wiridnya ialah sebahagian daripada rahsia-rahsia syariat atau batin ilmu syariat iaitu Makrifat Ilmu Hakikat.
Sifatnya Aljud iaitu murah hati, tawakkal, tidak pemarah, beribadat, syukur, redha qadha Allah, sabar di timpa bala, berperangai seperti perangai nabi, patuh segala kata nabi dan perbuatannya.

Wiridnya ‘HAQQUN HAQQUN’ atau ‘YAA HAQQUN YAA HAQQUN’

AN-NAFSUR-RADHIYAH

Perjalanannya Fillahi Taala.
Alamnya Alamul-Lahud iaitu Alamudz-Dzat
Tempatnya dalam Sirrus-sirr (Rahsia dalam rahsia).
Jalannya fana’.
Inilah makam ‘LAA MAUJUDA ILLALLAH’
Tiada wirid.
Sifat orang pada martabat ini membenci segala-gala selain Allah swt, Ikhlas kepada Allah, warak, lalai selain dari Allah, redha tanpa menentang, tenggelam dalam keindahan Allah yang mutlak.
Keadaannya tidak menghalangnya menunjukkan orang ramai ke jalan kebajikan, dan mencegah dari melakukan kejahatan. Tiada siapa mendengar kata-katanya melainkan kata-katanya bermanfaat kepadanya. Sedangkan hatinya terus bulat dengan Syuhud akan Alamul Laahut dan Sirrus-sirr.

Membanyak zikir ‘HAYYUN’ supaya masuk ke martabat nafsul mardhiyah dan sayugialah diperbanyakkan sebutannya beserta dengan (isim haiy) iaitu ‘ALWAHHAABUL FATTAA KHUL WAHIDUSSOMADU’

AN-NAFSUL MARDHIYAH

Perjalanannya dengan Allah Taala iaitu mendapatkan ilmu daripada Allah dan pulang semula kepada makhluk setelah sampai kepada Allah untuk memberi Irsyad (petunjuk jalan) kepada makhluk iaitu membimbing kejalan menuju Allah.
Alamnya Alamul Ajsad.
Tempatnya di dalam Khafi.
Halnya Al-Hirah yang makbul.
Wiridnya Syariat,
 
Sifatnya perangai yang baik dan meninggalkan segala-gala selain Allah, lemah lembut kepada semua orang, menunjuk jalan kepada manusia jalan-jalan berbuat kebajikan, memaafkan kesalahan orang, menyintai seluruh manusia, cenderung mengeluarkan dari kegelapan tabiat dan nafsu mereka kepada cahaya ruh mereka.

Zikirnya ‘ISMULLAHIL QAYYUM’ atau ‘YAA QAYYUM YAA QAYYUM YA QAYYUM’
serta memperbanyakkan supaya berkesan pada hatinya.

wallahu'alam
dirujuk semula: buku tasawuf dan blog 1khalifah.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images