Solat tarbiyah awal

10:14:00 AM

Firman Allah SWT : "sesungguhnya Aku ini Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu" (Toha 20:14)
 
Antara kalimah suci Allah yang setiap kali saya membacanya, akan tersentap hati dan berderau darah dan segala isi tubuh saya..Alhamdulillah..ok..miss L kembali lagi dengan istiqomahnya meng'update' blog ni hari demi hari.Alangkah indah andai setiap amal kebajikan pun kita istiqomah.Sebelum masuk topik, suka saya bercerita sebagai pembuka kalam.Menarik minat pembaca dan membawa pembaca ke satu tempat dahulu.Zaman kanak-kanak.
Masih ingat sewaktu kita dihantar mengaji kerumah orang?Jadual mengaji saya..Ahad sampai selasa adalah hari untuk mengaji, Rabu adalah teori dan amali untuk sembahyang manakala khamis jumaat cuti..Sebab tok guru  ingin mengikuti program2x di masjid.Saya dikira beruntung lahir ketika dia sudah mula mengajar mengaji.Selama 9 bulan dalam perut ibu mendengar suara dia dan suara anak-anak kecil mengaji.Sampailah saya lahir ke dunia ini.Saya membesar dengan bunyi radio mengaji secara live.(susah tu nak dapat)

Jika waktu mengaji, hari yang paling saya suka adalah hari Rabu kerana saya suka belajar solat dan kelas mengaji pun habis awal.Paling suka bila dia sebut hari ini amali solat subuh.Wah..seronok sebab cuma 2 rakaat.betul tak??miss L tahu korang pun sama dulu.Di tangannya memang sedia rotan sepanjang 2kaki.Jika kami duduk salah, dia akan pukul manja.Jika kami angkat takbir salah,dia akan betulkan lagi.Lepas habis solat, dia akan bercerita.Dia umpama murobbi..Mungkin cuma pesawah,petani di pagi hari tetapi dia adalah da'ie dimalam hari.Rumah usang itu sentiasa riuh dengan bacaan mengaji kanak-kanak.

masuk topik..
Hari rabu,Sebelum mengajar solat, dia ajar dulu tentang akidah.Rukun iman, rukun islam,mengucap 2 kalimah syahadah.Setiap minggu dia akan tanya sampai kami hafal.satu malam...

Dia ada bertanya:Kenapa kita solat?bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh anak-anak kecil waktu itu termasuk saya.Dia mendengar satu persatu jawapan yang diberikan walaupun entah pape jawapan yang diutarakan.Zaman kita kecik..otak tak matang lagi.Belasah jela jawab.

Jawapannya: "kerana solat tiang agama".Bukan mudah memahamkan kanak2x yang nakal waktu itu.Dia terpaksa menggunakan pelbagai teori dan analogi untuk membuatkan kami faham.Dari contoh langit dia membawa contoh bumi..tapi kami masih tak faham..Hingga akhirnya dia membawa analogi rumah tanpa tiang.Boleh berdirikah??Manusia tanpa kaki..boleh berjalankah??owh..baru paham.

Pernah dia bercerita..dalam seharian kita..tidak pernah ada insan yang pernah terlepas dari menyekutukan Allah.Kerana itu solat 5 waktu wajib.Didalam solat kita mengucap 2x kalimah syahadah.Bermaksud kalau 5x solat wajib bersamaan 10x kita mengucap syahadah.Kerana itu solat dinamakan tiang agama.Rukun Islam pertama  adalah mengucap 2 kalimah syahadah.Takkan berdiri agama islam seseorang itu jika dia tidak mengucap.Jadi bersyukur tak kita jadi hamba Allah??Dosa diampun setiap kali solat.dan diri kita diperbaharui setiap kali solat.Cuma khusuk tak khusuk jer masalahnya.Macammana nak khusuk??Ketika mulut terkumat-kamit membaca bacaan dalam solat, fahamkah kita akan makna bacaan tersebut?Memahami segala patah perkataan yang dibaca ketika solat adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk khusyuk dalam solat.Selain dari itu..Buangkan duniawi dari ibadah solat kita.Masa nak solat..campak jauh2x urusan dunia, urusan kereta, urusan nak kahwin dan sebagainya.Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati "LILLAHI ROBBIL'ALAMIN.."

Bila saya renung, memang saya juga antara insan yang tak lepas dari menyekutukan Allah.Jujur saya mengaku.Sebab kita nampak menyekutukan Allah ini pada benda-benda yang akhbar(besar) tapi kita terlupa memandang pada benda-benda yang asghar(kecil) sebagai contoh: waktu dah azan..kita masih sibuk lagi tengok TV menonton drama nora elena.kita sudah menyekutukan ALLAH dengan TV(terasa sendiri)astagfirullah..Contah lain..lepas azan..kita masih leka di shopping2x complex membeli belah(kita menyekutukan ALLAH dengan duniawi)astagfirullah, contoh lagi sudah azan, kita masih seronok bermain futsal di padang universiti.Kita meyekutukan ALLAH dengan material..astagfirullah.Tanpa sedar,rupa-rupanya hari-hari dalam hidup..kita ni asyik menyekutukan Allah.Tidak masuk lagi menyekutukan Allah yang sampai jumpa bomoh sana ,bomoh sini, amalan khurafat dan bermacam lagi.Tapi lihat bagaimana Allah memberi ampun kepada hamba-NYA jika dia bersolat.

Kerana itu solat diletakkan nombor 2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah didalam rukun Islam.Solat juga tarbiyah awal mengajar kita bagaimana meng'Esa' kan Allah, berdzikir dan sedar betapa kerdil dan hina kita dihadapan-Nya.

Bagaimana??Cuba kita lihat..boleh tak kita bergerak dalam solat tanpa mengucapkan kalimah Allahu Akhbar??Jika kita perasan setiap kali kita nak bergerak..tok imam akan sebut Allahu Akhbar..Dari mula2x angkat takbir sampai sujud bangun semula..Betapa indah Allah mendidik hamba-NYA untuk meng'ESA'kan-NYA..Tangan kita bergerak angkat takbir..Allahu Akhbar..ALLAH MAHA BESAR..menjadikan tangan yang mati hidup dan bergerak.Masa kita rukuk..Allahu Akhbar..ALLAH MAHA BESAR..menjadikan kita yang kaku berdiri tadi boleh membongkok..Perasan tak tarbiyah suci itu??Selain itu, pergerakan-pergerakan solat itu merupakan senaman secara natural.Renung-renungkan teman..kerana pada setiap kejadian makhluk, bumi dan Penciptaan-NYA terselit hikmah tersembunyi.

Betapa air mata yang angkuh akhirnya mengalir berjujuran merenung keindahan Penciptaan dan perancangan-NYA.ALLAHU AKHBAR..

short note: 
  • dia adalah ayahku.
  • nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan solat dari segi science disini
  • Ramai orang tanya miss L..kenapa hati tak tenang, jiwa kacau..solat tapi still nak pakai baju ketat-ketat..jawapan mudah..bagaimana kamu solat?Ingat!!!kerana solat tiang agama.Jika ibu rumah tak stabil mesti sebab tiang rumah tak betul, kalau hati tak stabil meti sebab tiang agama tak betul.

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. pernah menangis sampai basah kitab depan tok guru. xleh lupa zaman kanak2ku

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images