Teka teki CerDik

12:02:00 PM

Ada satu soalan kuiz untuk pembaca. Ini berkaitan dengan gempa bumi, jadi mungkin untuk readers di Malaysia tak terkesan dengan maklumat ini. Cumanya soalannya menarik, jadi try la jawab.
Soalan: Pada suatu hari, Anda berjalan-jalan di bandar Jepun (bayangkan tetiba tersesat sampai ke Jepun). Tetiba gempa bumi besar terjadi, dan anda terpaksa menyelamatkan diri sebelum ditimpa batu bata atau serpihan kaca dari bangunan. Di depan anda cuma ada 3 bangunan terdekat:
1) Convenience store 77 (rival 7 eleven).
2) Stesen polis.
3) Stesen minyak.
Dalam ketiga-tiga bangunan ini ke manakah patut anda lari menyelamatkan diri?please think a little bit more before you answer.haha.

Sementara menanti anda berfikir dan jawab , saya nak share sedikit pengetahuan pasal nuklear.Maklumlah semenjak praktikal kat nuklear, asyik belajar pasal radiasi.Sampaikan paip yang saya buat pun nak dipancarkan radiasi..Kalau anda nak tahu banyak makanan yang anda makan tu dah dipancar dengan radiasi pun untuk membunuh bakteria dalam makanan..So anda semua dah pun terkena radiasi.ngeh3x..

ok saya malas nak ulas, cam biasa saya pasal ilmiah ni senang ambik mana2x info, ulas kalau malas lagi paste terus..kali ni saya ambik sumber dari warung kampung..so bahasa di mudah dan sempoi.Rasa anda pun senang paham.

Bab keselamatan loji nuklear, terutamanya di Jepun ini tak boleh disangkal lagi. Malah seorang pensyarah di sini dengan konfidennya menyebutkan,

“Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”

Jadi atas sebab-sebab di atas, mungkin korang boleh faham kenapa bertanyakan samaada loji nuklear selamat ke tak itu suatu soalan yang ‘kurang sopan’. Silap-silap pekerja MINT tu boleh menangis di tanya soalan tu. Macam gi rumah member Islam time raya, pastu tanya “Makanan yang ko buat ni halal ke?”. Toksah tanya, memang itu jadi priority dah!(Entah kena entah idak analogi aku nih)

“Abis tu, kemalangan cam kat Chernobyl dan Three Mile Island tu apa cer? “

Kemalangan nuklear terbesar di Chernobyl
Kemalangan nuklear terbesar di Chernobyl

You have a point there. Memang benar, itu kemalangan loji nuklear yang meragut banyak nyawa, dan terkesan sampai sekarang. Tapi jom kita kaji.
Eksiden loji nuklear yang boleh dikatakan besar ialah dua di atas tu je. Ada beberapa eksiden loji nuklear yang lain, cam kebocoran dan lain-lain, tetapi tidaklah seteruk mana. Dibanding dengan loji nuklear yang beratus-ratus jumlahnya (tengok list di sini. Malaysia ada tu!), kalo hanya ada dua kemalangan besar kira boleh kita kata rekod kemalangan yang amat sikit.
Yang kemalangan itu pun, tak berlaku semudah yang disangka.
Kita ambil contoh kes kemalangan Three Mile Island. Kemalangan yang berlaku sebenarnya bukanlah sekadar kesilapan teknikal ‘bodoh’, tetapi adalah rentetan pelbagai kerosakan yang secara kebetulan pula berlaku secara serentak! Sori ar, kenyataan dia panjang, malas lak aku nak translate. Boleh faham kot kalo tak translate pun:

There was a relatively routine blockage in what is called the plant’s “polisher” – a kind of giant water filter. The blockage caused moisture to leak into the plant’s air system, inadvertently tripping two valves and shutting down the flow of cold water into the plant’s steam generator. Like all nuclear reactors, Three Mile Island had a backup cooling system for precisely this situation. But on that particular day, for reasons that no one really understands, the valves for the backup system weren’t open. Someone had closed them, and an indicator in the control room showing they were closed was blocked by a repair tag hanging from a switch above it. That left the reactor dependent on another backup system, a special sort of relief valve. But, as luck would have it, the relief valve wasn’t working properly that day either. It stuck open when it was supposed to close, and, to make matters even worse, a gauge in the control room that should have told the operators that the relief valve wasn’t working was itself not working! 


Apa yang terjadi hari itu bukan sebab satu kerosakan, tetapi 5 malfunction yang tiada kaitan antara satu sama lain kebetulan berlaku secara serentak! Kalaulah kerosakan-kerosakan tu jadi berasingan, benda tuje. macam kena gigit nyamuk

Cumanya sebaik-baik penjagaan pun, eksiden yang luar biasa camni boleh juga berlaku. Tapi dari situ kita belajar. Kapal terbang pun sama. Takkan dalam beribu-ribu penerbangan setiap tahun, bila ada secubit yang berlaku kemalangan, kita terus chop naik kapal terbang ‘merbahaya’!

“Abis tu, elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah nanti, tak merbahaya ke? Bukan elektrik itu pun radioaktif jugak ke?”

Soalan ini aku dapat tahu dari rakan seperjuangan Malaysia yang berada di lab yang sama. Ada pekerja TNB yang bertanyakan soalan ini. (Dia risau tak pasal-pasal dia pulak termandul kot) Terima kasih kerana tak segan bertanya. Aku cuba jawab untuk korang juga faham, sebab dulu pun aku ada juga terfikir masalah ini.

Untuk tak pening-pening, loji nuklear ada dua jenis, satu namanya Pressurized Water Reactor (PWR, atau reaktor air bertekanan) dan Boiling Water Reactor (BWR, atau reaktor air didihan). Dua-dua reaktor/loji nuklear ini ditunjukkan di bawah:
Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR)
Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR) (dari wikipedia)

Untuk kedua-dua loji, bahagian bahan radioaktifnya ialah kat control rods. Tapi yang kita nak dari rods ni bukannya gelombang radiasi dia, tapi haba yang terhasil dari bahan radioaktif tu! Jadi bila salurkan air di dalam bahagian oren tu, air akan jadi panas. Tapi sebab tekanan tinggi dalam bahagian oren, jadi suhu air boleh lebih dari 100 celsius dalam keadaan tak mendidih. Dengan air di bahagian oren yang panas tu, dapatlah panaskan aliran air kat bahagian biru tu. Sebab bahagian biru tu tekanan biasa saja, jadi senang menjadi wap. Bila jadi wap, wap tu disalurkan ke turbin yang akan berputar dan hasilkan elektrik.
Jadi, radiasi yang keluar dari rods tu kalo ada pun hanya ‘terperangkap’ dalam bahagian oren tu je. Elektrik yang dihasilkan di loji nuklear tak guna radiasi untuk hasilkan elektrik, tapi guna wap air, hasil dari haba yang terkeluar dari rods tu!
Boleh follow apa aku cakap ni tak? (Tak faham jangan segan bertanya ye)
Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR)
Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR) (dari wikipedia)

Loji BWR lagi senang proses dia. Rods yang keluarkan banyak haba akan memanaskan aliran air sampai menjadi wap (kali ini tekanan biasa, so senang jadi wap). Wap tu disalurkan ke turbin, dan akhirnya menghasilkan elektrik melalui generator. Untuk kes ini, ada kemungkinan sikit radiasi sampai ke bahagian turbin, tapi tu pun sikit sangat untuk memberi apa-apa kesan kepada turbin. Dalam kes ini pun, elektrik terhasil bukan sebab radiasi tapi pergerakan turbin!

Kesimpulannya, untuk dua-dua kes, elektrik yang terhasil tiada kesan radiasi!
Senang cerita, kita takut sangat dengan loji nuklear bukan sebab apa, tapi sebab kita tak ambil inisiatif untuk kenali cara ianya berfungsi. Tak kenal maka tak cinta! 

Oh ya, lagi satu point. Aku pernah saksi sendiri air yang digunakan di loji nuklear. Sebab yang diorang guna adalah air suling, airnya jernih lagi biru! Kalah air paip rumah aku!(Miss L pun dah tengok)
*     *     *
Oklah, in the end kalo aku masih tak dapat meyakinkan korang tentang betapa selamatnya loji nuklear, aku bagi korang satu teori aku yang pasti korang akan rasa selamat setelah mendengarnya. Teori superhero.

Apa persamaan superhero seperti The Incredible Hulk, Spiderman serta sebahagian ahli X-Men? Diorang adalah superhero-superhero yang mendapat kuasa ajaib kesan dari radiasi!

Sekiranya kebocoran berlaku = Banyak gelombang radiasi akan mengalir ke luar.
Bila banyak kesan radiasi = banyaklah superhero yang muncul.
Banyak superhero = Keselamatan dan keamanan manusia sejagat terjamin.
Jadi,
BANYAK RADIASI = KESELAMATAN!

So dah boleh jawab teka-teki tu???
Cuma Miss L nak tambah sini apapun ingat satu ayat dan peringatan dari ALLAH:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

dan juga kun fayakun..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images