Tukar Selera

3:59:00 PM

Yes..tetiba mengidam mee goreng mamak pula.Tapi tak nak beli kat kedai mamak.So kita buat sendiri.Semalam hari paling best sebab abang long datang rumah sewa...Owh..abang long adalah hadiah yang paling berharga Allah bagi pada keluarga miss L.So resepi mana kita nak cilok ni??First kongsi resepi bihun goreng buat semalam then baru kongsi resepi mee goreng mamak.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 bungkus bihun
  • 1 cwn daging yg telah dihiris nipis(tapi miss L guna daging burger sajo.save budget)
  • 1 sdb cili padi kisar (Nak pedas blh ltk lebih)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 tangkai daun ketumbar(ni tak guna pun)
  • 2 btg carrot (hiris nipis dan panjang)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis 
  • sos cili

Cara-cara

  1. Rendam bihun dgn air biasa selama 20minit dan toskan.
  2. Tumbuk bersama bahan yang bertanda * hingga lumat.
  3. Panaskan minyak,. Tumis bahan tumbuk, kacau hingga naik minyak.
  4. Masukkan cili padi dan bawang kisar, biar garing sedikit. Kacau sebati.
  5. Masukkan daging, gaul lagi hingga sebati dan biar daging empuk.
  6. Masukkan garam secukup rasa dan juga air
  7. Masukkan carrot, kacau rata dan masukkan bihun. Gaul hingga sebati.
  8. Goreng lagi beberapa minit hingga bihun betul-betul lembut dan sebati dgn bahan lain.
  9. Bila nak makan, perah air limau kasturi atau limau nipis. Selamat mencuba. 
Mee goreng Mamak
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis  ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )
  • 100 gm fish cake – saya ganti dgn 3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)
  • 4 keping kuih cucur udang ( buat sendiri jer )
  • 1 cawan taugeh(tak nak bubuh sebab tak suka)
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato/cili – saya tambah
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur – saya letak 2 biji telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]
  • 1 kiub ayam/daging – saya tambah
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.

selesai..hehe.Ramai orang duk complain susah nak hafal resepi.Aduhai..kalau korang practice confirm ingat.Siap boleh buat resepi baru lagi.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images