Duduk Sebentar, BeriMan seJenak

7:06:00 PM

Renung- renungkan..

Perjuangan itu dirintis oleh orang-orang ALIM, di Perjuangkan oleh orang-orang IKHLAS dan diMENANGKAN oleh orang-orang yang PEMBERANI..

Sesungguhnya jalan mencapai puncak itu berat, tetapi bertahan di puncak jauh lebih berat...

Realiti hidup manusia sentiasa terdedah kepada dua tarikan yang kuat iaitu tarikan kebaikan dan tarikan syaitan. Sesiapa yang berada dalam tarikan kebaikan akan sentiasa berusaha memperbaiki diri, berniat untuk melakukan kebaikan, berada dalam amal saleh di sebahagian besar harinya. Manakala mereka yang berada di dalam tarikan syaitan akan berusaha memenuhi tuntutan nafsunya tanpa ada hadnya, bermalas-malasan, hidup bersandarkan angan-angan dan menyuburkan cintanya pada perhiasan duinia serta takut pada kematian.

Sungguhpun kejahatan sekarang menguasai dunia, Allah tidak membiarkannya bermaharajalela dan berleluasa. Kurun yang lepas menyaksikan kebangkitan umat islam pimpinan pemuda-pemuda yang menjadi pengislah kepada masyarakat seperti sultan Muhammad al-Fateh dan Solahuddin al-Ayyubi. Kini, kebangkitan pemuda dapat dilihat pada usaha mengislah masyarakat yang semakin meningkat. Walaupun kemenangan belum tercapai, tapi kumpulan pemuda ini telahpun terdidik dan mempunyai kesedaran yang mantap. Kumpulan ini adalah kumpulan mereka yang ‘izzah (bangga) dengan islam yang mereka anuti, bukan untuk orang yang lalai dalam kehidupan. Mereka tidak perlukan jumlah yang ramai untuk menundukkan kebatilan, tetapi cukup dengan mereka yang faham tuntutan agama yang sebenar. Mereka inilah yang bekerja mengangkat kembali kedudukan manusia ke tempat yang tinggi dari semua aspek kehidupan dengan islam. Kumpulan ini telah dijanjikan kemenangan oleh Allah s.w.t, sama ada kita bersama mereka ataupun tidak.

Maka, duduklah sebentar dan berfikirlah sejenak. Apakah kita mahu mati menjadi sebahagian dari mereka, atau hanya cukup menjadi orang yang hanya melihat tanpa melakukan apa-apa? Manakah kedudukan antara dua golongan ini yang lebih tinggi disisi Allah di akhirat kelak?

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images