Inilah zaman yang ku rindu..

8:54:00 AM

Sedutan dari kata-kata "sang murobbi" KH Rahmat Abdullah

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … 
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya .

Hayati puisi dari Saifulislam..
Tidakkah engkau membacanya?
Massa di Medan Tahrir siapa penggeraknya?
Bukan Ketua Google, bukan Ketua Ikhwan, bukan Ketua Pembangkang.
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sekian lama kauragut kebebasannya)

Hendak disabitkan Ikhwan, banyak sisi yang tidak kena.
Hendak disabitkan Google, rakyat massa masih luar talian.
Hendak disabitkan pembangkang, rakyat dan tentera saling berpelukan.
Kerana yang menggerakkannya bukan tokoh, bukan parti dan bukan kepentingan
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sejak sekian lama kaucabul pancainderanya)

Ini bukan era mobilisasi berpaksikan tokoh
Ini bukan era mengikut telunjuk parti
Ini bukan era manusia bangkit dibiayai Soros dan Amerika
Ini era manusia bangkit kerana mereka manusia
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sejak sekian lama kaucabul pemikirannya)

Jika tidak kaurasa dirimu sebahagian mereka
Antara iblis dan haiwan, pilih sahaja kelompokmu yang mana
ABU SAIF @ www.saifulislam.com


 


Dan apabila kita tonton video ini,kita dapati inilah zamannya.Zaman yang dirindukan dimana ketika presiden-presiden mereka  ditahan..ahli keluarga mereka ditangkap..rakyat jelata bangkit mengumpulkan para binaan untuk membebaskan..Orang buta juga sudah tahu melihat..Jangan terpedaya dengan media massa yang sudah dirasuah,tapi dengarlah dan soroti kata nurani anda.Jangan menghukum jika anda tidak berada ditempat kejadian.Jangan hanya pandai menyampaikan tohmahan jika tidak pernah kenal erti perjuangan.Kebenaran dan kebatilan memang sengaja digerakkan secara seiringan..sampai satu masa orang melihat yang batil itu benar dan yang benar itu batil(itu sudah termaktub dalam kitab Allah)..tetapi bersabarlah sahabat-sahabat akan janji Allah..bahawa hari kemenangan..hari kebenaran tersingkap pasti tiba.Jelas terang lagi bersuluh saat pihak kerajaan menderhakai pesanan sultan..keamanan rakyat harus dijaga tapi apa yang diberikan pihak kerajaan adalah kesakitan dan kepedihan rakyat yang sedaya upaya berhimpun secara aman.Wahai pihak kerajaan..Inilah suara rakyat yang telah lama terpendam.Inilah saat dimana pemuda jalanan yang dulu dianggap sampah masyarakat kian bangun menyuarakan suara mereka..inilah saat dimana ibu2x dan bapa2x menghantar anak2x muda mereka untuk berjuang..Inilah zamannya dimana minda insan sudah tidak dapat dipengaruhi dengan janji kosong..inilah zamannya..saat anak2x kecil sudah diajar erti perjuangan..Anda patut rasa beruntung kerana dapat merasai zaman ini..Gegarannya bukan hanya dirasai di Malaysia tapi seluruh dunia.Ingatlah pesan sultan yang ditinggal dahulu.

Benar kata Dr. MAZA (dalam facebooknya):
...dari diam diri kita mula simpati..dari memerhati kita mula membenci..kita bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai..layan rakyat bagaikan melayan penjenayah..ramai 'atas pagar' mula timbul keyakinan bahawa BN patut berundur dari kerusi kuasa kerana sudah hilang budi dan cara sebagai pemerintah yang terhormat..
Bunga pilihan hari ini. Teratai layu ditasik madu..ngeh3x..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images