Kerana Dia Tercipta untukmu

9:22:00 AM

Masih lagi terasa bahang orang duk sibuk berkahwin.Minggu depan jadi pari-pari girl kat rumah seorang kakak office ni sempena anak dia nak kahwin.Layan saja.So lirik lagu ni ditujukan buat mereka yang dah berkahwin, sedang menuju ke alam perkahwinan dan juga buat yang sedang mencari.


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta.. 
 

p/s: Perkahwinan bukan semata ingin mencari kebahagiaan..Perkahwinan merupakan tuntutan dan akujanji.Kenapa banyak rumah tangga yang retak??jawapannya kerana mereka berkahwin kerana mengejar kebahgiaan yang selama ini diwar-war kan di mediamassa.Bila bahagia yang ingin dikecapi tidak kesampaian, bermulalah keruntuhan rumah tangga.Jadi buat mereka yang akan berkahwin dan sudah pun berkahwin..jangan terlalu mencari bahagia dan mengharap kan bahagia terlampau sangat kerana asal perkahwinan itu adalah melunaskan satu tuntutan yang mana membawa kita kepada redho Allah..oleh kerana hati dan akal kita selama ini tertipu...kita hidup terawang dengan kalimah 'bahagia' yang memang ilusi semata. Bahagia manusia itu hanya bila dia diCINTAI ALLAH dan seluruh penduduk langit dan bumi.Saling Memberi dan menerima..itulah makna sebuah kehidupan yang sebenar..

nota hati: Ibunda tercinta..perkara paling anakanda malu dalam dunia ini adalah meminta jodoh dari Illahi sedang ramai orang menjadikan itu salah satu doa wajib mereka..alangkah beruntungnya mereka, punya kekuatan meminta itu dari ILLAHI..sedang dalam sujud cinta anakanda..sentiasa terbayang segala dosa dan noda yang pernah anakanda lakukan.Layakkah anakanda sebagai hamba meminta terlalu banyak sedangkan pemberian anakanda pada-NYA sangat sedikit berbanding apa yang telah DIA hadiahkan buat kita sekeluarga..Tenggelamkan aku dalam CINTA-MU ya ILLAHI sehingga aku mengasihi insan lain kerana Cinta-Mu..ameen..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images