Single is Best!!

12:37:00 PM

Wah..wah..hari ini sudah jumaat.Tapi tak macam hari jumaat.traffic jam macam biasa busy sampai keletihan menahan clutch and tukar gear..owh kereta manual memang mencabar but i like.Jumaat depan habis praktikal walaupun penyelia suruh saya sambung tapi saya tak nak kecuali tukar penyelia lain.ngeh3x..Lagipun miss L ingat nak siapkan final year project.Kalau idak..miss L ingat nak extend sebab subjek sem last ni berat sangat.

Akak cheeqin dan kak mimie duk tanya sedih tak nak berpisah dengan dorang..miss L senyap saja..tak tahu nak cakap apa.Yang pasti memang sedey nak berpisah dengan dorang tapi bila duk fikir penyelia..rasa hari juga nak stop praktikal sini.Aduhai...kesian penyelia aku..walaupun dah banyak kali buat baik kat aku,belanja makan dan macam2x lagi..tapi miss L still angin satu badan kat dia.Sebab suka suruh miss L  buat kerja dia last minute.

Hari ni miss L malas sangat nak iron baju kurung so rembat saja baju yang tak perlu digosok.Dekat rumah tinggal sengsorang..semua penghuni balik kampung.Nak berlari ke,nak melalak sampai semua gelas pecah..Basuh baju tonggang terbalik, masak kong kang king kong pun takde sapa kesah.ada lagi...conquer penyidai baju.wah..wah..memang best..Sampai aku fikir owh..inilah gaya hidup bujang.Single memang best.Tapi bila dah boring,semua kerja siap tetiba baru rasa single itu sepi...eh..sapa kata sepi....Allah kan ada..

Tapi memang betul orang lain kata..biasa orang yang masih single ni orang yang sangat busy sampai dia lupa nak fikir pasal kahwin.kalau tak busy dia akan cuba busykan diri dia juga..Miss L rasa kalau kerja nanti confirm-confirm miss L tak ada masa nak fikir pasal kahwin.Sebab simptom-simptom nak hidup solo ni dah makin jelas dan terang waktu praktikal ni.hehe..Apapun buat mak..jangan risau..ada jodoh tak kemana...Lagipun mak juga sayang nak lepaskan anak perempuan dia yang ini..itu untungnya jadi anak yang hujung2x..

untung hidup single
  1. Dapat duit melabur kat mama saja(jimat)
  2. Perhatian kat mama 100%
  3. Boleh jadi rakan yang baik( pendengar yang baik)
  4. Bebas dan berdikari
  5. Boleh luangkan banyak masa dekat rumah
  6. Nak masak apapun tak kesah
  7. boleh ikut adik beradik lain nak pergi makan angin( macam penyibuk pula)
  8. Takde nak sakit hati @ nak sediakan masa untuk pujuk orang(xsuka pujuk orang& xreti)
  9. paling penting ..............korang tolong isikan.
okeh..tamat entri busuk ni.buat yang xsependapat..minta maaf..mungkin saya patut tukar sikit tajuk entri tu jadi sometimes being single is best.hohoho..

bunga pilihan hari ini ialah bunga daisy english.cantik kan...


You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. seronoknya kehidupan orang bujang...

    ReplyDelete
  2. kami sedeh nk pisah dgn kamoooo. sob..sob

    ReplyDelete
  3.  jgn sedey2x..adik praktikal baru dah sampai kan.

    ReplyDelete
  4. seronok lagi bila dah jadi ibu.tul tak?

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images