Strategi

6:33:00 PM

Salam di hulur dan minta maaf banyak-banyak sebab sedikit masalah yang timbul.Aduhai..kenapalah orang agensi nuklear tak bagitahu yang dorang ada tukar something important kat laptop miss L masa pinjam hari tuh.Penat menggodam laptop ni cari part mana yang tak betul.Kena paham pula bahasa komputer.(luahan kekesalan..hehe)

Short Sharing..Dulu waktu sekolah rendah..aku antara athlete famous kat SK Panchang Bedena.Semua sukan aku ambik bahagian kecuali sukan lompat tinggi.Fail dengan jayanya.sebab aku malas nak lompat..sampai certain anggaran ker aku lepas..Bercakap tentang sukan, sukan yang amat aku minat adalah hokey, bola baling dan juga bola keranjang.Dan sukan yang pernah aku join memang banyak.

Bermain berpasukan dengan individu sangat berbeza.Siapa yang selalu main mesti faham.

aku mestilah selalu jadi penyerang sebab dulu kuat lari..haha..sekarang kuat lali(lupa)..Jap bukan selalu tapi wajib jadi penyerang.Kadangkala aku terfikir kenapa cikgu tak pernah bagi aku rasa jadi bahagian pertahanan ke, penjaga gol ke..hehe..

Dalam permainan berpasukan..strategik amatlah penting.Dan menyerang semata tanpa strategik adalah sia-sia.Bila tengok adik-adik bermain..mengimbau kenangan lama..Asyik kene marah saja dengan cikgu."Kapten kena paham anak buah..Kapten kena tahu bermain dengan situasi dan bermacam lagi herdikan yang diterima dari cikgu.Pernah kami sepasukan berlatih sampai kaki, lutut, tangan bengkak. Tapi itulah hidup berpasukan. Dan satu perlawanan yang tak dapat dilupakan waktu bermain untuk merangkul juara..aku rasa bukan main tapi macam kena belasah dengan pasukan lawan.

Lepas tu confirmlah kalah.. then cikgu sukan aku dengan cool cakap.."kita tak boleh bermain dengan emosi..Kamu kalah bukan sebab lawan kamu hebat tapi kamu kalah dengan emosi kamu sendiri"

pergh..hangat aku time tu..tapi bila aku fikir balik..betullah apa cikgu aku cakap..daya tumpuan dan strategik sepatutnya mengatasi emosi sewaktu tu..

so just nak bagitahu..strategik and concentration itu penting..dah dekat puasa ni.Macammana strategik dan concentration anda??hehe..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images