Fenomena Niqobis

10:29:00 PM

Fenomena niqobis yang dulu amat janggal di negara Malaysia kini semakin di terima oleh masyarakat.Bahkan semakin banyak cerita-cerita dan drama-drama melayu yang sudah berani memainkan watak ini.Lewat ini juga ..ramai yang bertanya pada saya tentang pandangan wanita berpurdah di Malaysia. Apatah lagi dengan kemunculan drama tahajjud cinta.Pada saya ia drama yang cukup bagus untuk kita duduk memikirkan.


Cuma saya bukanlah ustazah mahupun ilmuan dalam bidang ilmu wahyu ataupun usul fiqh..jadi jawapan yang saya berikan pastinya tidak memuaskan hati teman-teman yang bertanya. Dengan itu saya menanti-nanti artikel yang baik untuk saya kopi pasta di blog ini.hehe..


Sememangnya orang berniqob ini mempunyai niat yang berbeza. Ada yang ingin mengelakkan diri dari difitnah, ada yang ingin belajar, ada yang mengikut kawan dan suasana persekitaran, ada yang ingin menutup wajahnya yang cantik dan bermacam lagi.Tapi seperkara yang amat saya kesali adalah apabila seseorang yang berniqob itu di majlis perkahwinannya , ia membuka niqobnya malah berhias pula menjadi tontonan ramai. Lalu pertanyaan yang cukup hebat mengasak diri saya : dimana sebenarnya niat memakai niqob itu??-ada yang memberi jawapan kerana menghormati sanak saudara.Lalu saya terfikir..adakah sebelum memakai, mereka tidak pernah terfikir ??Hati manusia..bukan nya kerja saya untuk menyelongkarnya.Terpulanglah..hanya Allah yang tahu.


Tanpa membuang masa,Saya kongsikan artikel/perkongsian menarik yang ditulis oleh ustaz syafiq disini

nota kaki: dulu pernah juga saya mengenakan niqob.Tetapi aneh,apabila berniqob banyak pula mesej pujian yang datang bersinggah lalu saya matikan terus niat berniqob tersebut.Ini kerana saya hormat mereka yang berniqob dan saya taknak kotori dengan hanya kejahilan saya.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images