Mana 1 adalah Kasih..?

9:53:00 PM

Sister 1: Assalamualaikum..nama anda siapa?
Sister 2 : Nama kita KASIH binti SAYANG.anda..?
Sister 1: Nama saya KASIH binti NAFSU..nama samalah tapi dari ayah yang berbeza..


****************************************************************
begitu jugalah kehidupan kita..kita lahir sama mempunyai kasih.Tetapi kita yang memilih untuk dilahirkan dan hidup dari benih SAYANG atau benih NAFSU.Dewasa kini..isu tikam-menikam..tetak-menetak seolah sudah sebati dengan kehidupan manusia.Sudah semakin hilang manusia yang dilahirkan dari benih SAYANG.Kebanyakannya hidup dari baka NAFSU.Bulan Ramadhan yang mulia menjadi satu tragedi ngeri apabila umat Islam masih mampu membunuh ibubapa mereka sendiri.

Jika kasih sayang sudah tidak wujud di kalangan manusia, perpaduan tidak akan berlaku. Kalau kasih sayang sudah hilang, bekerjasama jika berlaku adalah secara terpaksa dan pura-pura. Manakala kasih sayang sudah gersang, peri kemanusiaan pun hilang.

Jika kasih sayang sudah tidak ada, yang miskin papa tidak akan terbela. Bertimbang rasa sesama manusia pun tidak akan ada. Orang yang susah akan terbiar di dalam penderitaan. Jikalau kasih sayang sudah hilang, orang yang teraniaya tidak akan ada orang yang membela.

Penzalim-penzalim bermaharajalela tidak siapa yang akan menghalang. Bila kasih sayang hilang mudah sahaja terjadi perbalahan dan permusuhan. Mudah sahaja berlaku pergaduhan dan perkelahian di kalangan manusia. Apabila kasih sayang hilang maaf-bermaafan payah berlaku di dalam pergaulan. Masing-masing individu-individu prejudis satu sama lain. Kalau begitu di manalah kebahagiaan dan keharmonian. Sudah tentu kebahagiaan dan keharmonian hilang.

Hiduplah manusia di dalam ketakutan dan kebimbangan. Jiwa manusia tidak tenang, fikiran berserabut dan kusut. Barulah kita sedar kasih sayang adalah anak kunci segala kebaikan. Kasih sayang tidak akan wujud jika setiap insan tidak mencintai Tuhan. Cintakan Tuhan rahsia kasih sayang sesama manusia. Kalau inginkan perpaduan, berjuanglah untuk menanamkan rasa cinta dengan atau kepada Tuhan. Secara automatis akan berlaku kasih sayang sesama manusia. Di sini kita faham, perpaduan bukan boleh berlaku sekadar slogan-slogan. Lebih-lebih lagi perpaduan tidak akan wujud dengan diakta dan diundang-undangkan. Kerana perpaduan adalah bersifat kejiwaan. Kalau jiwa kasih sayangnya sudah hilang bagaimana mungkin lahir perpaduan?

Untuk kita lihat sebab-sebab kasih itu pudar dan hilang:
1. Kasih tabi’i yang berakar umbi dalam hati orangorang yang ada hubungan darah atau keturunan. Kasih jenis ini memang payah untuk dicabut dari hati, tetapi ia boleh lekang juga bilamana:
a. Terjadi perlakuan yang terlalu kejam dari mana-mana pihak atau kedua-dua pihak. Dengan kata lain, bilamana masing-masing tidak saling jaga-menjaga atau tidak hormat-menghormati, maka tawarlah hati masing-masing. Kalau ini sering terjadi, rasa marah dan tersinggung akan melunturkan atau menutup kasih tabi’i yang murni itu.
b. Anak-anak tidak kenal orang tua kerana sejak kecil dipisahkan atau selalu terpisah-pisah hingga tidak kenalmengenal, lalu benih kasih tabi’i mati sebelum sempat subur. Kalau dewasa baru dikenalkan semula kepada ibu bapanya, kasih tabi’i sudah tidak boleh hidup lagi. Yang tinggal hanya yakin dan rasa simpati sahaja.

2. Kasih murni aradhi (mendatang) yang tumbuh kerana terpaut pada pengaruh jasa, akhlak, kebolehan dan keistimewaan yang ada pada manusia, juga boleh hilang bilamana orang yang dikasihi itu:
a. mengungkit-ungkit jasa. Misalnya, guru-guru mengungkit pengorbanannya atau pemimpin mengungkitungkitkan jasanya pada rakyat dan lain-lain lagi.
b. sombong dan membesar diri kerana merasa dirinya bijak, alim atau istimewa. Ringkasnya, faktor hilang kasih ialah kerana orang yang dikasihi tidak berakhlak lagi.

3. Kasih nafsu hilang bilamana daya tarikan nafsu sudah tiada. Datanglah jemu untuk hidup bersama. Ditambah pula dengan perangai masing-masing yang menyakitkan. Maka tidak pelik kalau hari ini ramai suami isteri muda bercerai-berai. Kasih mereka yang marak menyala sebelum kahwin itu sebenarnya kasih nafsu. Kasih yang berkepentingan. Ia sangat lemah, tidak tahan diuji dan mudah sekali luntur. Begitu juga kasih orang-orang politik atau ahli-ahli perniagaan. Semuanya amat rapuh ikatannya kerana mempunyai kepentingan. Masing-masing kurang jujur, tidak mementingkan perasaan kawan dan sanggup menipu. Sebab itu pecah-belah mudah berlaku. Kasih sayang umpama embun yang lesap ditelan panas matahari.

Sebahagian dipetik dari usahataqwa.com

You Might Also Like

3 strawberries yummy

  1. Kasih Tabi'i tu apa ya?

    ReplyDelete
  2. oklah..kasih tabi'i tu kasih sejak azali la hazal..macam antara ibu dengan anak...

    ReplyDelete
  3.  Oo.. baru faham. Terima kasih.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images