Potret RaMAdhaN

4:39:00 AM

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk merasai berpuasa hingga ke hari ini.Walaupun agak kecewa dengan amalan sendiri, tapi itulah manusia.Tanpa membuang masa miss L nak kongsi beberapa resepi sepanjang ramadhan ni.Banyak resepi miss L cuba.try and error la katakan.Anda pun boleh cuba.

Kuih kastard Jagung
Resepi
Bahan-bahan
1 tin jagung manis
1 tin susu cair carnation
1 cawan tepung kastard
1 biji kelapa diparut dan diambil santannya
2 cawan setengah gula pasir

cara membuatnya: kacau tepung, susu cair,gula hingga sebati.Kemudian masukkan santan dan kacau semula.Setelah sebati masak segala bahan tadi hingga menjadi kental.Kemudian sejukkan sehingga menjadi keras dan boleh dipotong.

Puding roti miss L
Bahan-bahan
4biji telur
8 keping roti
1 cawan gula
1 tin susu cair carnation
500ml air

cara membuat: Cairkan gula kemudian letakkan dalam acuan.Pukul telur, roti dan susu cair sehingga sebati.asukkan bahan yang telah dipukul tadi ke dalam acuan bergula.Kemudian kukus sehingga masak.Sejukkan dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap

Kerang masak pedas
bahan
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 biji tomato
semestinya kerang..kat sini 2 kilo kerang sebab family miss L ramai
halia
gula
garam
15 tangkai cili kering

Cara memasak: Basuh kerang sehingga bersih.Miss L gunakan asam keping dan rendam kerang.Anda akan dapatkan kerang yang bersih selepas itu.Kemudian sementara menunggu kerang direndam bersih bolehlah kisar bawang besar,serai,bawang putih,tomato,halia dan cili sehingga sebati.toskan kerang tadi dan basuh.Panaskan minyak dikuali dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyakKemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.Masukkan kerang dan gaul.Tunggu sehingga masak.Dan boleh siap dihidang..

resepi buat rumah tak payah la letak sini.ngee..sakit seluruh badan tolong abang buat rumah.

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. wah,hebat......
    tengok gambar dah cantik..pasti rasanya sedap..dh pas.....dh bole dah..
    sygnya ibu xde anak................

    ReplyDelete
  2. trima kasih ibu..sygnya ibu xde anak..syg lagi sbb abang saya smua dah kahwin.hehe

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images