TaWaran Hebat

3:25:00 AM

Selamat berpuasa buat semua saudara Islam dari pelosok dunia.(budget ramai pembaca).Sekarang orang duk sibuk cari tawaran hebat menjelang hari raya.Diskaun sana..diskaun sini.Seronok betul lagi-lagi dekat kuala lumpur.Macam tak boleh bernafas eden nak berjalan..

Walaupun ramai gilerrrrrrryang mencari tawaran hebat dunia..masih ramai juga yang menanti tawaran hebat akhirat.Masjid di UIAM/IIUM antara masjid yang menggalakkan mengimarahkan beriktikaf pada 10 malam terakhir. Tersangatlah seronok bermalam bersama pelbagai bangsa dan negara.Membangunkan solat -solat sunat bersama.Alhamdulillah masih ramai lagi yang mencari redho Allah di malam hari.

TaWaran HebaT bagi seSiapa yang merasakan tiDak dapat mengeJar kesemua 10 malam terakhir pada Ramadhan ialah:

Kononnya Sayidina Ali bin Abi Tholib Karromallahu Wajhah meluangkan waktunya untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, yakni: malam pertama bulan Rejab, malam 2 hari raya(malam pertama eidul adha dan eidul fitri), dan malam Nishfu Sya’ban. (Manhajus Sawiy dan Tadzkiirun Nas)

kerana disebut umum 10 malam terakhir kerana pada malam terakhir sebelum hari raya keesokannya juga amalan sangatlah berganda.Dimana malam itu kita mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan sementara ahlan wasahlan buat syawal.Mensyukuri nikmat Tuhan tetapi kebanyakan kita sibuk memasang langsir, mengisi kuih-muih dalam balang,memasak rendang dan ketupat dan kurang bertahmid,bertakbir pada Allah..marilah kita tukar budaya kita yang lama itu dan gantikan dengan melakukan ibadah kepada Allah pada malam sebelum hari raya.

Jangan hanya sibuk mencari-cari malam lailatul qadr sampai kepala senget duk pandang langit,tengok poko tunduk tak arinih sampai lupa tentang niat ibadah sebenar.Bagi mereka yang memahami..mereka tidak hanya mencari lailatul qadr..mereka mengejar pengampunan Allah..Orang-orang seperti itulah yang Allah hadiahkan lailatul Qadr.Apapun..Semoga kita ketemu dengan Ramadhan akan datang..Merindui ramadhan..merindui ampunan/magfirah Illahi

p/s: Tahniah miss L ucapkan buat semua yang dah khatam Quran untuk ramdhan ini..Teruskan membaca dan mentadabbur al-Quran.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images