Buat kita semua

5:43:00 AM

Buat kita semua yang merasa lelah@ pernah terfikir untuk keluar dari dalam perjuangan…
Apatah lagi buat sahabat-sahabat yang di uji dengan segala jenis bentuk keperitan dan kesusahan.
Dengarkan ini…untuk anda mujahid mujahidah seluruh dunia..


Sungguh, setiap kali mendengar lagu ini, aku akan terkenang kembali saat-saat mukhayyam kita bersama (syahdu) ..
Sungguh disaat ini segalanya bercampur aduk perasaan.Dengan credit hour  yang lebih 20 ni yang sangat meletihkan, masih ingin datang ke program-program ummat tapi selalu sekali benar merasa lelah..owh..
Andai maut menjemput kala ini..sungguh akulah orang yang paling rugi kerana merasa lelah dalam perjuangan ini..Aku ingin menjadi tentera Allah yang hebat!!!!

Apatah lagi bila sudah tamat pengajian di uiam nanti..entah macam mana kehidupan aku..Dapatkah bertahan dengan arus kemodenan kini..ataupun kemana tujuan ku??



sungguh...aku merindui nya...

 
Jejak (Mars Korsad)

Menapaki langkah langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentera Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar SYUHADA
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah...

#gunung tinggi menjulang
samudera luas membentang
adalah lahan peneguhan
hutan rimba padang gersang
jadi ajal pembuktian
hujan badai panas terik kerontang
pasti hiasi perjalanan..
saat langkah telah dihayunkan 
pantang surut ke belakang
hingga sampai ke tujuan

BERTAHANLAH!!!dan BERSIAP SIAGALAH!!!



p/s:

  • maaf atas segala kekhilafan ikhlas buat teman-temanku khusus adik-adik usrah dan deLima Gen 
  • Nak recharging semula bateri ni ambik masa betul..Apapun still mahu cool la kan..stress macammana pun nak cool lagi..penat camne pun sampai tersengguk kat kelas..still nak attend kelas. 
  • buat yang busy buat FYP tu..project fail..sila start semula jgn putus asa
  • buat yang ada repeat paper..jangan mengalah repeatlah sampai anda berjaya
  • buat yang dah kahwin,meski jauh dengan suami(ehem) anggaplah itu cabaran memupuk kekuatan.
  • kerana pada aku..air mata seorang mujahid bukan air mata murahan..!!Apatah lagi bila menangis disebabkan dunia..(tolong elakkan...)

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Aduhai, syahdunya lagu ini .......terpaku sebentar mendengar  melodinya.....buat si anak, tahniah kerana memiliki  semangat jihat tinggi  yg tak mudah luntur  itu.....bangganya ibu....teruskan perjuangan kalian yeee...............nice entry

    ReplyDelete
  2. trima kasih ibu sal..tapi smgt seorang ibu membesarkan anak-anak lagi tinggi dan hebat kan.Pada saya..ibu lah yang mempunyai smgt yang tinggi.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images