SLE can't stop

9:08:00 AM

Selama ini kita kurang atau langsung tidak tahu apa itu penyakit lupus atau SLE. Semalam selepas mendengar berita tentang seorang senior yang sedang tenat melawat penyakit ini..saya terus google apa itu SLE.Ternyata penyakit ini tidak boleh disembuhkan melainkan pengawalan supaya ia tidak merebak sahaja.Hati saya mula tidak keruan.Kerana senior itu adalah kakak tersayang saya di IIUM ni.Senior yang banyak memberi tunjuk ajar malahan segala notes dan buku berkaitan jurusan dihadiahkan kepada saya dengan tujuan supaya saya berjaya.Biliknya juga cuma bersebelahan saya.Sering bermanja dan berbual dengan arwah(yang baru sahaja kembali kerahmatullah pada malam tadi)..-al-Fatihah

Pertama kali saya mengenalinya adalah ketika di pusat matrikulasi IIUM didalam mesyuarat perlantikan jawatan.Agak terkejut melihat betapa comelnya kakak sorang ni.Berbeza dengan saya yang tinggi dan besar.Ketika bersalam cium pipi saya harus menundukkan diri saya seboleh mungkin dan arwah pula kene menjengket.Bermula dari itu..saya menjadi rapat dengan arwah.Kakak senior paling rapat lah katakan di engineering selain dari kak Fatimah dan Nik Rashida.Menjaga saya melalui usrah dakwah n tarbiyah engineering.

sewaktu praktikal saya teringin sangat nak berbual di telifon bersama arwah. Dek kerana memikirkan arwah pernah bercerita tentang suaminya agak cemburu kalau melihat arwah berbual lama di telifon jadi saya matikan sahaja rancangan tersebut.

Rupanya ada sesuatu dugaan hebat yang tengah menimpa arwah.Ruam yang dikatakan alahan sewaktu mengandung rupanya bukan alahan semata tapi adalah simpton kepada SLE(Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ).

INFO: Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)


  • Penyakit autoimun

  • Berkaitan dengan genetik

  • Tiada penawar setakat ini

  • Pesakit diberi ubat bagi mengawal Lupus.

    Antara simptom Lupus

  • Demam (sewaktu pregnant..arwah sering demam)

  • Letih ( Sebelum pregnant lagi..simpton ini sudah kelihatan pada arwah)

  • Hilang berat badan.

  • Sakit sendi.(Beberapa kali saya mengurut arwah kerana mengadu sakit2x sendi)

  • Ruam pada kedua-dua pipi..(Paling ketara sewaktu mengandung)

  • Sensitif cahaya

  • Rambut gugur.(Arwah sering mengadu yang rambutnya sering gugur terutama sewaktu mengandung)


  • Dr Yeap berkata, selain genetik beberapa faktor lain turut dikaitkan dengan Lupus. Misalnya stimulasi dengan faktor persekitaran seperti virus yang merangsang sel imun tertentu dan faktor hormon estrogen berlebihan. Sinaran cahaya matahari yang merangsang sel kulit menyebabkan pembentukan lebih banyak auto antibodi juga mungkin satu daripada faktor.
    Tiada ubat yang boleh menyembuhkan Lupus. Apa yang ada ialah ubat-ubatan yang membantu mengawal simptom. Antaranya termasuklah krim untuk ruam, pengambilan ubat-ubatan antiradang untuk demam dan sakit otot. Ubat anti-malaria untuk menangani rasa keletihan, sakit sendi, radang paru-paru dan ruam. Selain itu mungkin ada beberapa ubat lain disarankan bagi memperlahankan sistem imun.

    Biasanya, pesakit yang disahkan awal oleh doktor tentang penyakit ini akan diberikan nasihat supaya tidak mengandung.Ini kerana risiko yang amat tinggi dan berbahaya kepada pesakit ini apabila mengandung ialah pertukaran sistem hormon dalam badan akan mengaktifkan lagi SLE..Ternyata sewaktu arwah mengandung simpton -simpton diatas sunggu ketara tapi apabila saya betanya jawapan yang keluar dari mulut arwah adalah" allergik"alahan sewaktu mengandung...Sungguh saya tidak tahu rupanya ia adalah SLE yang sangat berbahaya.

    untuk info lanjut anda boleh search di intenet.

    Hannan Insyirah( semoga kelak hannan punya hati sekuat dan setabah umminya)

    arwah yang kuat dan tabah melawan penyakit ini...tapi Allah lebih menyayanginya
    (Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah di kalangan orang2 yang beriman,al-fatihah-amin)

    You Might Also Like

    1 strawberries yummy

    Follow me

    Like us on Facebook

    Follow us

    Flickr Images