Tempe??

11:27:00 PM

Assalamualaikum buat semua.Sebenarnya banyak benda kena buat ni tapi still nak update juga.Sabtu lepas waktu closing convest, saya..fauzun dan syuhadah pun join sama.Jumpalah wardina,heliza,hafiz hamidon,ustaz akil hayy dan ramai lagi lah yang menjayakan program penutupan convest tu.


Menunggu majlis start..saya saja lah baca buku dan tertarik dengan satu kisah ni iaitu pasal tempe. Tempe ni memang sedap terutama orang jawa memang dah sebati lah dengan tempe ni.Tak ada lauk pun tak apa kalau ada tempe ni.


Kerana kisah tempe separa matang , saya rasa bisa membuka mata anda tentang kehidupan ini..so saya teruja nak cerita


Dekat satu kampung ni ada seorang makcik tua yang menjual tempe.Selain menjual tempe,dia juga seorang yang beriman dan positif.Satu hari entah macammana tempe yang dibuat tu tak menjadi.Tapi dia kene jual juga ke pasar demi sesuap nasi.Lalu dengan positive nya dia pun membalut tempe ersebut semula dan berdoa: Ya Allah sungguh aku yakin terhadap janji-Mu bahawa Engkau sangat adil terhadap hamba-Mu.Hanya tempe ini mata pencarianku dan kini ia belum matang.Aku pohon sebelum ke pasar nanti, tempe separa matang ini akan jadi matang dengan kekuasaan-Mu.


Kemudian mak cik tua tersebut berlalu menyiapkan perkakas untuk berjualan di pasar.Sekepas hampir 1jam ,makcik tua tersebut menghampiri tempe dan membukanya.Alangkah sedihnya melihat tempenya masih belum matang.Tapi kerana mak cik ini sangat positive, dia pun berdoa lagi: Ya Allah aku mengerti kekuasaan-Mu melebihi segala benda dibumi..barangkali jika aku tidak putus asa,Engkau akan membantuku..Lalu mak cik itu membungkus semula tempe tersebut dan membawa ke pasar dengan harapan ketika sampai di pasar,tempe itu sudah matang.


Setelah sampai dipasar, mak cik tua segera menyediakan perkakasnya.Dengan hati yang berdebar lagi gundah gulana..dia menghampiri bungkusan tempe-tempe itu.Apabila dibuka..alangkah terkejutnya..tempe tersebut masih seperti tadi..Maka sedaya upaya memujuk dirinya untuk tetap positive walaupun di hatinya ia merasa ketidak adilan Tuhan pada dirinya.Kekecewaan melanda dirinya tapi mulutnya masih berdzikir..Cuaca semakin terik dan ternyata tiada seorang pun membeli tempe nya.


Dia melihat kawan-kawannya sudah mula mengemas barang dan jualan tempe mereka semuanya laku.Dengan hati yang sedih dan kecewa..mak cik itu membungkus barang-barangnya sambil berdoa: Ya Allah berikanlah jalan penyelesaian terbaik buat hamba-Mu ini...


belum sempat wanita tua itu menghabiskan doanya..seorang wanita separa umur datang mendekat..


Mak cik..ada jual tempe separa matang tak?


wanita tua itu seakan tidak percaya.sebelum ini belum pernah ada orang mahu membeli tempe separa matang.pelik.getus dirinya.sebelum wanita itu menjawab dia segera berdoa: ya Allah..saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi.biarlah ia seperti asalnya." habis berdoa dia membuka tempe-tempe nya dan hatinya gembira kerana tempenya masih separa matang.Wanita tua itu terus memberitahu bahawa tempe yang dijualnya semua separa matang.Tanpa berlengah pelanggan tersebut memborong kesemuanya.


Sebelum pelanggan tersebut pergi wanita tua itu bertanya..kenapa anak mahu membeli tempe yang belum menjadi ini??


Dengan penuh berhikmah..pelanggan itu memberitahu anaknya yang belajar di England kepingin tempe,jika mengirimkan yang matang..takut belum sempat sampai sudah tidak elok.Jadi saya kirimkan yang belum menjadi.


Spontan jauh disudut hati wanita tua ini perasaan bersyukur yang amat sangat..


Begitulah juga kehidupan kita teman-teman.Kita selalu berdoa dan berharap segala keinginan kita akan termakbul..bila tidak dapat apa yang diingini..kita mula menyalahkan Tuhan akan takdir kita.Kerana manusia itu selalu berfikiran negatif.Sedangkan Allah mengkabulkan doa kita dengan perancangan yang sangat baik dan indah..kerana itu boleh jadi kita cinta sesuatu tetapi ia amat buruk untuk kita..dan boleh jadi kita membenci sesuatu sedangkan di mata Allah ia sangat baik untuk kita..Siapakah yang lebih mengenal diri kita melainkan Allah pencipta segala yang ada dibumi dan di akhirat..so renung-renungkan..






p/s: gambar sekadar hiasan,ok...

You Might Also Like

3 strawberries yummy

  1. ye betul..perancangan Allah lebih sempurna..Dia  lebih tahu apa terbaik untuk hambaNya..tugas kita berdoa, berusaha dan bertakwakal, selebihnya kita berserah ...moga Dia mempermudahkan urusan...
     

    ReplyDelete
  2. dengan tempe pun boleh beri pengajaran..

    ReplyDelete
  3. dari sebesar benda langit dan bumi sampai kepada sekecil benda seperti atom pasti terdapat pengajaran Allah padanya..so belilah tempe lepasni.hihi

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images