Zaman sekular dah berlalu,dan ini zaman kita!!

7:31:00 AM

ketika ditemubual
Ulama, Dr Yusuf al-Qaradawi berkata zaman liberal dan sekular sudah berlalu dan sekarang ini merupakan masa untuk Islam. Beliau juga melihat apa yang berlaku di Mesir iaitu revolusi 25 Januari melayakkannya  untuk memimpin negara Islam, dan pejuang-pejuang Islam mesti memberitahu dunia bagaimana kepemimpinan dunia cara baru.

Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa itu, menyatakan sedemikian dalam pertemuan dengan sekumpulan pemuda berhaluan sederhana di rumahnya di Kaherah, "setiap zaman ada negara bersama pemimpinnya .., liberal dan sekular telah pun mengambil masa mereka (dan berlalu) dan sekarang ini adalah masa kita ..... pejuang-pejuang Islam telah dipenjara, ditangkap dan diseksa pada tahun-tahun yang lalu dan  .. Sekarang sudah sampai peranan mereka pula ..... dan zaman pejuang-pejuang Islam tidak akan ada lagi penipuan tetapi apa yang ada ialah  kerja/amal, ilmu, kesusahan dan keletihan, "menurut " Facebook" pihak berhaluan sederhana itu lagi.

Menurut beliau lagi : "Saya sudah berumur 85 tahun dan saya masih lagi belajar dan dapat belajar daripada anda pada hari ini suatu perkataan atau makna yang baru dan ini bukan satu keaiban .. adapun pembelajaran itu berlaku daripada buku-buku dan kehidupan, semua itu adalah perkara yang boleh dijadikan pembelajaran.. .. Islam telah menjadikan ilmu itu untuk diamalkan bukan untuk pengetahuan semata-mata seperi orientalis ...pengetahuan semata-mata tidak dapat mengajar mata untuk menangis dan tidak boleh mengajar hati untuk khusyuk...hanya Islam dan iman sahaja yang mampu melakukannya.

Qaradawi menyatakan bahawa : "Kita bukanlah orang luar dalam kehidupan ini .. oleh itu kita mesti mengambil peranan di dunia ini untuk mewujudkan akhlak yang baik, yang diberi petunjuk seperti akhlak sahabat yang telah dilupai oleh dunia."

Qaradawi juga menegaskan bahawa apa yang berlaku di negara-negara Arab selepas revolusi yang menggulingkan diktator dan pemerintahan kuku besi adalah suatu lumrah, umat Islam boleh jatuh dan bangkit, rugi dan ditimpa masalah, maka oleh itu janganlah sesekali kita kecewa dan putus asa.

Beliau menambah: "Cukup untuk kita mengatakan bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di negara kita  - siapa sangka kebangkitan itu akan berlaku setelah sekian lama mentari Islam sudah terbenam? - menunjukkan bahawa ia - revolusi agung Mesir yang bersejarah itu - berlaku di bahu golongan muda pada mulanya.

Beliau menjelaskan: "Sudah tentu revolusi Mesir berlaku selepas revolusi Tunisia, - sebagaimana pepatah menyatakan yang mula itu ada kelebihan , walaupun yang mengikut itu lebih baik ( الفضل للمبتدئ ولو أحسن المقتدي. ) - .. jadi kelebihan ada pada revolusi Tunisia, tetapi revolusi Mesir adalah lebih terkuat dari segi kawasan. Adakah sama antara 85 juta orang dengan 10 juta?"  Dan apabila Sheikh al Qardhawi mengingati semula revolusi Mesir beliau menangis dan berkata "Saya bertemu dengan anak-anak muda seperti anda di Medan Tahrir pada hari pertama dan mereka memberitahu saya: "kami mendengar kata-kata anda dan kami menunggu-nunggu khutbah anda yang menyatakan supaya tunggu dan bersabar."

Dan beliau juga menyatakan bahawa Medan Tahrir adalah sekolah sebenar dalam kehidupan Islam. Dan di sana dapat dilihat seorang pemuda membantu saudaranya, benda yang sedikit terasa cukup, sama-sama bersabar semasa lapar dan dahaga dan sama-sama menanggunng kesakitan..

Pada akhir perjupaan itu, Syeikh al-Qaradawi menggesa semua negara Islam memulihkan keadaan dan sama-sama membantu rakyat di Libya, Tunisia, Syria, Yaman, Palestin dan di seluruh dunia.

Dipetik, diterjemah dan diedit dari : klik di sini http://www.qaradawi.net/news/5162-2011-09-06-13-09-30.html
 
dipetik tulisan ini disini

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images