Berwaspada wahai Lelaki!

7:45:00 AM

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka meski amalnya setinggi langit, seluas lautan.Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah yang diberikan Allah. Mereka adalah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

nota hati: ( Duhai ayah,segalanya telah kau lunaskan sebelum kau pergi menemui Ilahi.Terima Kasih Ayah)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami hanya mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

nota hati : Hadiahkan si dia buatku ,imam dalam hidupku yang membawa aku kepada redho-Mu ya Illahi.Lembutkan hatiku agar mengikuti segala tunjuk ajarnya menuju jalan ke syurga-Mu

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)

nota hati: Duhai abang-abangku..bagiku kalian semua juga sudah terlepas, berdiri kuatnya aku hari ini kerana teguran-teguran yang kalian berikan selepas ketiadaan ayah.Walaupun kadangkala teguran itu memedihkan, menyakitkan tapi aku mengerti itu tandanya sayang seorang abang untuk adiknya supaya dijauhkan dari api neraka.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. kerana ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”..!!

nota kaki: Tegurlah kesilapan saya kerana teguran itu nasihat dan muhasabah terbaik dalam hidup saya.

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. Assalamuaikaum..
    Begitulah keistimewaan lelaki...
    Menjadi penghulu kepada kaum wanita..
    Menjadi rol medel kepada kita..
    Bahagialah kita klu kita ketemu lelaki di sekeliling kita
    yg sentiasa mempamerkan tingkahlaku
    yg baik untuk dicontohi...

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images