(Creative and proactive) wajib pada Pendakwah

5:41:00 AM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.Salam maal hijrah. Sudah berazam sesuatu yang baru?.Jika belum ,silakan berazam.

Baiklah,terus masuk tajuk.Bila berbicara tentang kreatif dan proaktif..Apa yang akan terbayang diminda kita?Sudah pasti seseorang yang mempunyai personaliti yang sangat cemerlang. Saya ingin menekankan bahawa setiap pendakwah mestilah kreatif dan proaktif. Teringat sewaktu bekerja sebagai guru di tadika swasta dulu, saya sering diberi penekanan tentang 2 aspek ini.Kreatif dan proactive.kenapa? kerana itu sifat anak-anak didik kita di tadika.Kalau anak murid active tapi guru pasif macammana agaknya tadika tu.Confirm suram dan boring.Tak de orang berminat nak hantar anak dia pergi situ.itu antara kronologinya.
Dalam mengemudi bahtera perjuangan kita di bumi ini, harus kita pastikan kompas dan hala tuju kita sentiasa benar. Oleh itu, ahli gerakan Islam perlu sentiasa diingatkan tentang manhaj dakwah dan tidak terawang-awang dalam merencanakan program dakwah.ISLAM adalah agama yang lengkap. Nabi Muhammad saw dibentuk peribadinya dalam tempoh 23 tahun untuk menjadi contoh umat sezamannya dan terkemudian. Baginda mempunyai qudwah atau contoh sempurna untuk dijadikan sumber ikutan.

Pendakwah terdahulu diuji dengan pelbagai bentuk ujian, tetapi kesabaran mereka dalam menyatakan yang hak, amat luar biasa. (Watawa saubil haq watawa saubis sabr).

Dustur atau rukun dakwah yang berasaskan bil hikmah wal mauizatil hasanah, wajadilhum billati hia ahsan sentiasa menjadi obor kekuatan dalam membina uslub antara gagasan yang besar dengan hakikat yang serba bejat dan mencabar.

Mereka melakukan olahan bijaksana, menekuni bidang keilmuan yang pelbagai, menampilkan contoh sahsiah yang dihormati dan mampu menampilkan jalan alternatif yang sezaman sifatnya. Dengannya wawasan besar Islam dapat disuburkan secara teratur dan berkesan.
Namun, sepanjang zaman itu juga ada pemeluk Islam bangun dalam orientasi atau suasana dewasanya dengan sentuhan ilmu, rempuhan pemikiran, corak amalan dan budaya hidup yang tidak serasi dengan faham Islam yang syamil atau sempurna.
Ada umat Islam yang syahadahnya Islam, tetapi jelmaan amalnya banyak yang bercanggah dengan roh syahadah yang begitu hebat maknanya. Ada umat yang istiqjal atau gopoh, yang mahukan umat berubah ke arah lebih baik dalam masa segera. Sayangnya, pendekatannya tidak mengambil kira faktor tahap kefahaman seseorang, latar pendidikan dan suasana di mana seseorang itu berada.
Di tengah-tengah kemelut manusiawi yang pelbagai, tersebar kalimah tarbiah disuburkan di hati insan supaya lahir perasaan kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi.Kemungkaran dari sudut seorang daie dan murabbi atau pendakwah dan pendidik perlu jelas. Tetapi, jiwa daie dan murabbi yang memiliki belas kasihan dan kasih sayang yang tinggi akan sentiasa mencari jalan terbaik bagaimana hati-hati yang mati didekati. Begitu juga bagaimana rasa yang binasa dihidupkan semula.
Bayangkan seseorang daie dan murabbi tidak memiliki rasa kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi yang menyebabkan terputusnya tali-temali dakwah.
Jika ini keadaannya, pasti perubahan sukar untuk berlaku dan kemungkaran akan terus bermaharajalela.
Daie dan murabbi harus memiliki ilmu asas Islam secara baik. Dirinya harus menjadi contoh dalam hal kebijaksanaan, kesabaran, tasamuh atau tolak ansur. Ia juga perlu memiliki pengertian mendalam mengenai keperluan manusia dikembali dan dikekalkan dalam keadaan fitrah.
Perkara itu bertambah penting, pada era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang kepentingan alat lebih banyak digunakan bagi mengembangkan maklumat dan alat perhubungan seperti facebook dan twitter. Namun, hakikatnya ia belum tentu mampu membangun minda manusia, menunjuk jalan kebenaran atau memberi keinsafan terhadap pentingnya budaya pesan memesan ke arah kebaikan dan kemakrufan serta budaya tukar menukar maklumat untuk mendekatkan manusia kepada Tuhannya.
Ia dapat dilakukan dengan tekad dakwah tinggi dan sifat murabbi yang dapat dicontohi, terutama yang mampu menjadi daya tarik umat, khususnya generasi muda ke arah pemikiran yang lebih fitrah dan budaya hidup yang lebih terarah.
Ia menuntut pengolahan dan pendekatan dakwah kreatif dan proaktif kerana minat di kalangan sasaran hari ini berubah dengan pesatnya.
Di kalangan daie dan murabbi seharusnya bersedia terjun ke tengah-tengah gelanggang menangani cabaran yang sebenar, bukan sekadar mengungkapkan gagasan Islam yang besar.
Tetapi tidak dapat difahami oleh sasaran, khususnya generasi muda yang jurang kefahamannya dengan pengaruh sekitarnya yang cukup membimbangkan. Di sini, letaknya kebijaksanaan dan kesabaran pendakwah dan pendidik merancang lantaran musuh Islam, bukan saja merancang, malah sedang melaksanakannya. 

Sungguh kata-kata hebat diatas ini semestinya lahir dari orang yang hebat .Apa yang saya kongsikan disini adalah sebahagian dari apa yang disampaikan oleh prof Dr Sidek Baba berkenaan pendakwah mesti kreatif dan proaktif. Ingatlah,Kita hanyalah berada dipinggiran medan dan belum layak bergelar dai'e jika ruang lingkup dakwah kita hanya berpusat pada tugas yang dijalankan dalam program yang dirancang sahaja.


Ahli gerakan Islam yang proaktif menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian, bukan permasalahan.Jika pendakwah adalah pasif,maka lahirlah golongan-golongan pengeluh.Yang banyak mengeluh tentang masalah sahaja.Dengan itu,"Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman."-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.


nota muhasabah diri: Kencang dakwah kita kencang bertempat, seolah-olah kewajipan dakwah juga tertakluk kepada siapa,tempat-tempat dan masa-masa tertentu sahaja. Oleh yang demikian, sebagai jurutera-jurutera dakwah, marilah kita kembali menelaah kompas hala tuju kita.Wahai pejuang-pejuang Islam, muhasabah. Dimana diri dan sifat kita sebagai daie? Atau hanya sekadar nama, tanpa amal yang benar-benar mampu membuktikannya??(zasssssssssssssssss.terkena kat batang hidung sendiri semuanya)

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images