Modal Insan

11:16:00 AM

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat.Hari yang ceria kerana pagi-pagi lagi dah hantar kawan pergi kerja.Merindui suasana -suasana ketika kerja praktikal dulu.Traffic jam..kelam -kabut nak touch card dan proses memilih baju untuk ke tempat kerja.Tapi apa yang nak dibincangkan bukanlah kenangan-kenangan waktu praktikal dulu tapi ia adalah yang berkaitan modal Insan.Apa yang anda faham dengan modal Insan?

Definisi yang menurut saya adalah sangat sesuai dan terbaik ialah "manusia dilihat sebagai 'modal'yang dinamakan 'modal insan'dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi,pembangunan negara."

Dua belas tahun yang lalu, Gary S. Becker, penerima Hadiah Nobel dalam ekonomi pada tahun 1992 menyatakan bahawa perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing bukanlah kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat yang terpelajar. Faktor yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru.  

Tetapi anda sebagai seorang muslim harus sedar bahawa modal Insan bukan hanya dengan wang dan mesin semata.Kita melihat modal insan hanya melalui kaca mata wang dan juga mesin.Sekiranya sesebuah negara mempunyai bangunan yang mencakar langit tingginya, kita telah menyenaraikan negara tersebut maju dan mempunyai modal insan yang sangat hebat. Sedangkan modal insan itu sendiri adalah sifat manusia sendiri. Segala bentuk wang dan mesin telah mengaburi mata kita dari melihat aspek sebenar kejayaan sesebuah negara. Ini menyebabkan kita leka mengejar wang dan kemashyuran(xreti eja la cikgu) sehingga tidak berminat dengan sifat-sifat manusia. 

Amat malang sekali, minat itu pudar di kalangan masyarakat kita. Bagi yang minat Sejarah, minat itu hanya pada sekadar membaca cerita tetapi bukannya dengan maksud mahu pergi lebih dalam ke arah memahami dan mengenal manusia."(firdaus26)

Tumpuan kita terlalu menjurus kepada keperluan pasaran yang materialistik. Kebijaksanaan anak-anak kita disalurkan ke bidang-bidang hard science seperti kejuruteraan(terasa sendiri) malah perubatan.

Sedangkan kita memerlukan kebijaksanaan yang maksimum di bidang soft science. Iaitu sains yang berkaitan dengan manusia dan kelakuannya.

kecenderungan masyarakat kita ke bidang Pengajian Islam sekali pun, semakin tertumpu kepada pengkhususan ekonomi dan perbankan Islam.
Bagaimana dengan Usuluddin dan cabang-cabangnya?

Ini kerana kita tidak sedar bahawa manusia perlukan sentuhan.Dan sentuhan itulah yang membangkitkan motivasi dalam diri. Dan inilah yang dilakukan kepada negara-negara berteknologi canggih seperti Jepun, German dan China. Mereka bermula dengan memberi sentuhan kepada para pekerja dan menaikkan motivasi mereka dengan memberi award.alowance pada setiap idea yang dicetuskan.

Golongan hard scientists ini bukanlah golongan yang efektif dalam menganalisa kelakuan manusia dan membentuknya…(memang betul).. terutamanya apabila mereka gagal keluar dari silibus yang disediakan. Mereka melihat sains sebagai kemahiran, tetapi bukannya penjelasan kepada hubungan Allah – Alam – Manusia yang asli. Mereka menghafal teori Fizik tetapi tidak dapat melihat falsafahnya sebagai tafsiran kepada manusia, alam dan Tuhan Pencipta.Tapi alhamdulillah setakat ni UIAM mengaitkan segala pembelajaran hard scientist ni kepada Allah.Memahami realiti sebenar.

“Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu bertakwa nescaya Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi”. (Surah Al-A’raf ayat 96)


Kesan daripada mundurnya bidang Sains Kemanusiaan dan Falsafah, ia membantutkan perkembangan ilmu dan idea. Saya rasa tidak sukar untuk saya membuat perbandingan di antara produk pemikiran umum di Malaysia yang menyaksikan penutupan Jabatan Falsafah, dengan pemikiran yang berkembang di institusi akademik di negara-negara seperti Mesir, Turki dan Indonesia.

Saya mengharapkan lebih ramai pendakwah yang berusaha menambah pengetahuan mereka di dalam ilmu-ilmu yang membantu mereka memahami manusia, sebagaimana saya juga mengharapkan ramai lagi jurutera, doktor, akauntan dan golongan profesional lain, melakukan perkara yang sama.

Bahawa ketinggian upaya pemikiran anda, amat diperlukan untuk memajukan agenda kita membentuk manusia.
                                                                                                                                  (Firdaus26,October)
Modal insan bukanlah besi yang ditempa dengan api,
tetapi batu yang dibentuk dengan air.
 

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images