Pesanan buat SISWAZAH

7:15:00 PM

Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup sampai ke hari ini.Tatkala berjalan-jalan di laman sesawang ni , tertarik dengan satu tulisan yang ditulis oleh salah seorang pensyarah dari USM. Asalnya ingin mengulas apa yang beliau tulis, tapi dek kerana tidak mempunyai banyak masa untuk buat ulasan, jadi saya ambil beberapa petikan yang sangat-sangat menyentuh kredibiliti saya sebagai seorang siswazah.

"Pesanan buat siswazah - lakarkan kehidupan yang lebih berkualiti"

Begitulah tajuk pena nya yang membuatkan saya tertarik untuk membacanya.Jika diizinkan Allah..Januari 2012 saya tamat belajar.Dan semestinya untuk menghadapi hari-hari terakhir di IIUM semestinya sangat mengharukan.

Era dunia berlandaskan ekonomi sudah mula meleset kerana keadaan semasa tidak lagi menggambarkan yang ekonomi mampu membawa manfaat kepada manusia sejagat; tetapi sebaliknya manusialah yang membawa manfaat kepada ekonomi bagaikan hamba abdi.

Hatta ilmu dijadikan modal begitu juga insan untuk dijual beli bagi menggerakkan ekonomi. Pendek kata kita adalah hamba kepada ekonomi dan bukan lagi sebaliknya seperti diramalkan. Sama juga dengan kita menjadi hamba kepada teknologi dan bukan lagi sebaliknya.

Akibatnya kini berbagai soal dan isu moral dan sosial timbul yang seolah-olah tidak ada penyelesaiannya selagi soal "perhambaan" - selain daripada kepada Ilahi - tidak dapat dirungkai dengan sempurna.

Kehidupan menjadi tidak sejahtera, dan kalaupun sejahtera hanya pada dimensi luarannya sahaja. Jiwanya tidak tenteram dan menderita kerana fitrahnya terus terbelenggu.
Saya tidak tahu sama ada transformasi yang sedang ditaja mengambil kira soal-soal seumpama ini, dan melewati agenda perkiraan untung-rugi semata-mata. Jika begitu halnya, apa pula perkiraan untung-rugi yang dikenakan untuk mententeramkan hati dan jiwa seseorang yang daif itu.

Walhal bak kata-kata hikmat berikut: Life is not measured by the number of breaths we take; but by the moments that take our breath away. (Kehidupan tidak diukur dari bilangan nafas yang dihela, tetapi oleh detik ketika yang menghela nafas kita) Malangnya kita masih berkira-kira sedang yang dikira itu tidak mutlak sifatnya.

Oleh yang demikian dalam menerokai alam baru, masing-masing para siswazah penting melihat jauh ke hadapan kewajaran dan keikhlasan mereka sesama manusia dan alam seluruhnya. Kita harus membuktikan kesanggupan mengungkap keprihatinan tentang isu-isu global yang dini hari terumbang-ambing kerana belenggu fitrah tadi.

Pembuktian akan hanya berlaku apabila para siswazah sebagai golongan cendekiawan mula menghayati peranannya yang lebih besar dan luas dari tumpuan alam pekerjaan mereka. Bak kata pepatah: "Jika tidak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya" - yang dengan jelas berkehendakan kita memecahkan batasan paradigma yang ada, serta mencabar status quo.

Maka buktikanlah siswazah lebih terkehadapan dari segi pemikiran, amalan dan tingkah laku, apatah lagi dalam soal kepemimpinan.

Namun ingat juga pepatah: "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya" ; dan "Ikut resmi padi, lagi berisi lagi tunduk".

Tunjukkan betapa para siswazah amat mementingkan nilai sejagat lagi universal dan mempunyai jiwa kemanusiaan yang tinggi dalam apa jua yang dilakukan.

Bertindaklah di atas landasan ilmu pengetahuan dalam membangunkan keluarga, masyarakat dan negara dalam acuan yang kita ingini tanpa menggadaikan bahasa, budaya dan agama.

Ia menekankan bahawa para siswazah adalah contoh ikutan untuk kesejahteraan bersama, walaupun ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu "keangkuhan" yang disalahtafsirkan oleh desakan hati yang resah dan gelisah. Umpama pohon yang lebat buahnya; lebih sering pula ia dilempar batu! Begitu juga dengan setiap kejayaan yang sarat dengan ilmu pengetahuan.

Ini bermakna menempa kejayaan demi kejayaan bukannya mudah selagi soal hati tadi tidak disesuaikan dengan fitrahnya. Ramai yang mudah beralah asalkan sahaja kejayaan luaran kekal malah diagung-agungkan.

Dengan kata lain, pendidikan tidak akan berakhir sebagai seorang siswazah saja! Sebaliknya ia satu permulaan kerana alam baru yang bakal diterokai akan menuntut banyak lagi kebijaksanaan yang berpunca dari hati sanubari yang peka dan suci.

Namun kita percaya bahawa setiap seorang mempunyai peluang untuk terus berjaya sekiranya ilmu pengetahuan dijadikan obor untuk menerangi liku-liku hidup.

Jadilah seorang ilmuwan yang disegani melalui keluhuran jiwa dan hati yang benar-benar memahami: "Orang berbudi kita berbahasa. Kita memberi, orang merasa!"

Petikan ditulis :Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ialah Bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia

You Might Also Like

3 strawberries yummy

  1. InsyaAllah..muda-mudahan anak2 akan terus maju mencapai
    kecemerlangan di dunia dan akhirat..
    ..kerana anak2 adalah pewaris bangsa, pewaris negara,
    penganti kami di masa hadapan..

    ReplyDelete
  2. rasa xmampu tk terima status siswazah dlm berbaki satu sem. rasa kurang ilmu lg utk trn ke msyrakat bali pulang ke malaysia nnti..

    ReplyDelete
  3. betultu syekh..tp ana percaya nta mampu.wallahu'alam.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images