Trauma

11:53:00 AM

Semalam..merupakan hari trauma buat diri saya. Meninggalkan/lari dari masjid bukanlah diri saya yang sebenar.Sungguh kepanasan yang tak terhingga dalam badan saya seolah membakar kulit saya..sebelum sesuatu diluar kawalan berlaku..adalah lebih baik saya pergi.Sepanjang keluar dari masjid..air mata bergenang dikelopak.Sedih bila tidak menjadi diri yang sebenar.Sedih bila gagal melawan segala kesakitan.Apatah lagi untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat..saya tidak mampu.Rindu untuk duduk dimasjid..rindu untuk bersama teman-teman.

Belum sembuh sepenuhnya tapi masih mahu keluar malam,berjalan berseorangan.Tuhan..diri ini hanya milikMu.Kini..jika mendengar ustaz membacakan doa orang lain akad nikah sahaja sudah panas..apatah lagi kalau diri ini sendiri yang akan berkahwin nanti.Semestinya boleh pengsan dibuatnya berlawan dengan makhluk Allah itu.Tuhan..hadirkan si dia yang Kau ciptakan untukku hanya bila aku benar-benar sembuh.

kala ini untuk menerima seseorang lelaki dalam hidup,aku tidak mampu.Kepanasan,kebencian,kesakitan sendi-sendi badan dan ingin bersendirian.adalah simpton yang  sangat musykil kala ini.Untuk menceritakan saya tidak mampu..akhirnya ia ter tulis disini. Ianya adalah sengsara..ianya dapat membuatkan anda seperti orang sakit jiwa.wallahu'alam.

Nota hati:KASIH TUHAN TIDAK BERTEPI...SAYANG TUHAN JANJINYA PASTI.Ya Allah.. membenci perkara yang mahmudah adalah perkara yang pelik
Membenci keluarga dan sahabat handai tercinta adalah perkara yang diluar tabii
Membenci duduk didalam masjid dan program agama adalah perkara yang menyakitkan
Membenci dan tidak mengenal diri sendiri adalah sesuatu yang sangat-sangat menyedihkan..
Lalu Tuhan..jika ini adalah sebuah ujian ,maka kuatkanlah aku dilandasan yang benar..Robbi..jika ini adalah satu dugaan, maka redhokan diriku menerima segala ketentuan..Illahi..Jika kesabaran menghadapinya adalah jalan menemui-Mu..maka hadiahkan ia agar menjadi jambatan ke syurga-Mu.Telah datang kepadaku ujian yang sering kupinta untuk membuktikan aku beriman..dan adakah aku mahu mengalah??Sudah tentu tidak.

Syaitan itu adalah musuh yang nyata dan menyesatkan.Jauhkan aku dari bisikan-bisikan dan rayuan yang menyesatkan.

You Might Also Like

3 strawberries yummy

  1. sayang..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
    jumpalah seseorang spt ustaz,ustazah yg mahir dlm perubatan islam..mungkin ada zikir2 yg boleh membantu meredakan kesakitan..ini cadangan alternatif drp ibu sal..

    ReplyDelete
  2. dulu dah jumpa ustaz dah.pesan ustaz diri sendiri mesti kuat.Trima kasih ibu sal.

    ReplyDelete
  3. adikku ...setiap penyakit insyaallah ada ubatnya kecuali ...... MAUT.
    berikhtiarlah

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images