121211

1:09:00 AM

Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk bernafas.Dari jam 12 pagi bersamaan 121211,satu demi satu meseg mengisi inbox phone saya mengucapkan Sanah Helwah.Selamat ulang tahun kelahiran.Waktu tu saya masih berjalan dengan penuh kepenatan mengangkut beg pulang dari LIMA 2011 di Langkawi.Beg penuh dibelakang badan 1,di kedua tangan saya kiri dan kanan.Dah macam angkat berat pun ada.Perjalanan yang lama,mencabar ,menguji dan menyeronokkan.

Mengimbau sedikit rasa.Dalam perjalanan pulang dari kuala Perlis,tiba-tiba wajah arwah ayah muncul.Teringat tangan kasarnya menadah mendoakan saya jadi anak yang baik setiap kali tiba hari lahir saya.Hujan lebat ketika itu seolah membawa hanyut perasaan pilu itu.Waktu itu terkenang kembali betapa arwah ayah rasa bersalah yang amat sangat kerana "vomit" di badan saya dan adik.Sedang dulu dikala saya kecil,entah berapa kali saya "vomit" di baju ayah dan ibu.

Ayah..kini saya semakin menginjak usia dewasa,bermakna umur semakin singkat dan tidak lama lagi saya akan jumpa ayah disana.Wish saya sempena hari lahir kali ni semoga Allah masukkan arwah ayah diantara hamba yang dikasihi (al-fatihah buat ayah)dan semoga Allah menghadiah kan istana syurga buat ibu yang tabah.

Doaku Ya Ilahi..

Kasihilah kedua orang tua kami,masukkan mereka ke dalam syurga-Mu.
Ya Allah tambahkanlah amalku disaat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalan hidupku,
Jadikan rehatku adalah rantaian dzikir sebagai tanda cintaku padaMU..

Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Ya Rahman,kau berikanlah kepada setiap insan yang mendoakan ku 2x atau berkali-kali ganda dari setiap doa yang mereka kirimkan dan hadiahkan padaku. Kau cintai mereka kerana mereka mencintaiku kerana-Mu,kerana kekasih-Mu..Dalam hatiku bergemersik rasa rindu,kasih dan sayang buat mereka.Hanya mulut berat membicarakan.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

nota hati: Duhai organku bernama hati,dengarkanlah.Semoga kau terus hidup dan tidak mati.Lalu aku masih ingin berpesan walau siapa pun kau kelak,engineer kah,murabbi kah,pensyarah kah atau hanya seorang suri disisi sang suami..tetaplah dirimu rendah dihadapan Tuhan.kerana..syurga tidak mengalu-alukan kedatangan manusia yang dihatinya ada rasa bongkak dan angkuh..dengan itu ikutlah resmi padi,semakin berisi semakin tunduk.

post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Amin amin Ya Rabbalalamin..
    Dengan rasa rendah hati dan penuh kesyukuran..mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun, moga Allah sentiasa merahmati, memberkati,kehidupanmu,panjang umur dan murah rezki..
    Ibu berdoa semoga menjadi anak cemrlang di dunia dan akhirat..
    nak cenderahati tak..kirim email nama dan alamat kat email ibu..
    sallylauto@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tambah lagi satu doa.cenderahati.xpela.xpayah susah-susah.hadiah paling bermakna adalah doa apatah lagi doa yang datang dari seorang ibu seperti kak sal.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images