Agama itu nasihat,patuhilah.

10:04:00 AM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Alhamdulillah bersyukur pada Tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk hidup.Hari ini saya cuba meluangkan masa untuk menulis sendiri artikel daripada copy and paste.Rasanya lama saya tidak mengarang sendiri.Biasanya copy paste/analisis dari mana-mana sumber.Dek kerana Cuaca tenang pagi ini beserta kicauan burung.Dan ramai yang bertanya kenapa saya tidak mengarang tulisan sendiri.Jawapannya adalah rahsia.

Sekarang tengah demam ombak rindu.Dulu deman drama nora eliana.Saya dulu baca juga novel ombak rindu dan tak sangka akan di drama kan.Maaf disini,tapi isu yang ingin saya utarakan betapa tidak sesuai novel-novel seperti ini di jadikan sebuah drama.Dengan drama sebegini wanita/isteri akan mula merengek dan membandingkan kenapa suaminya tidak romantic seperti itu,tidak gentleman seperti ini dan bermacam lagi.kerana itu biasa orang lelaki tak minat tengok cerita macam ni kerana tidak suka dibanding-bandingkan.Ingatlah wanita adalah antara salah satu makhluk yang sukar bersyukur dan suka membanding-bandingkan.Nasihat saya kepada siapa yang dah terlanjur tengok dan tak boleh kalo tak diteruskan,tengoklah Cuma jangan berkhayal,bermimpi/membandingkan suami anda.Terimalah seadanya.

Entah kenapa semakin lama saya merasakan betapa semakin sempitnya ilmu agama orang-orang islam kini.Meletakkan nilai agama seseorang itu hanya pada hijab dan kopiah yang dikenakan.Kadangkala terasa mempersendakan.Tahukah anda, nilai agama seseorang insan hamba Allah itu bukan hanya terletak pada sehelai kain yang menutupi kepala,hijab,purdah,serban,kopiah atau jubah yang dipakai.Bukan juga hanya pada pangkat haji/hajjah semata-mata.Tapi ia bermula dari sekeping hati/niat dan lebih mendalam dari itu.Agama itu mudah dan tidak menyusahkan.Memang benar.Tetapi harus difahami di dalam konteks mana ia dinamakan mudah dan tidak memaksa kan.


Kita tinggal isu itu,kita lihat isu didikan anak-anak pula.Apa yang membimbangkan saya adalah bagaimana anak-anak kita membesar.?Didikan bagaimana yang harus kita berikan kerana kita kini berada di era globalisasi dimana sudah tidak ada sekatan lagi antara satu benua dengan benua yang lain.Wah betapa canggih dunia kini.tapi apa gunanya kecanggihan bilamana agama itu mundur.

Selain itu.Filem-filem hantu,romantika,gangster dan laman social begitu cepat merebak ke jiwa anak-anak kini.Tetapi program agama semakin berkurang.Meskipun ada, program agama yang “tidak beragama”.Ustazah pilihan,gadis melayu,imam muda dan bermacam pilihan lagi.Lalu bagaimana pemikiran anak-anak kita terhadap program sebegini?Bolehkah?Pada saya agama bukan suatu “pertandingan”..So fikirkan.


Keruntuhan nilai moral dan akhlak. Kita sering mencanangkan isu siapa yang bertanggungjawab apabila berlaku keruntuhan moral golongan muda-mudi?Peratusan pembuangan bayi dan melepak semakin bertambah, malahan ada yang tidak segan silu menjadikan tempat beribadah sebagai tempat bermaksiat.Anak-anak mula keliru tentang kewajipan menutup aurat dan menjadi muslim.
Selain dari itu, kerakusan terhadap perkembangan teknologi semakin berleluasa.Tahukah anda teknologi berkembang seiring dengan peperangan berkembang.When there is WAR then new technology exist.

Dengan segala bentuk kekeliruan ini, jika tidak diatasi, bukan setakat anak-anak menjadi mangsa malahan lebih parah bilamana diri sendiri juga sudah tidah tahu apa tujuan hidup mereka yang sebenarnya.Justeru saya yang serba kekurangan ini, mengajak anda menilai semula segala perkara diatas muka bumi ini.Maaf kalau saya katakan disini meski orang itu beragama belum tentu dia seorang yang bermoral dan memahami..

Dan apa yang lebih membimbangkan bila mana manusia sibuk mengejar kemenangan dalam kuasa hingga melupakan asal tujuan dakwah mereka.Jika begitu bukankah kekalahan itu lebih bermakna dari menang tapi penuh dengan dosa di dada.Selagi nyawa belum di kerongkong, kita masih sempat untuh merubah,berubah dan diubah.Saksikan segala kepincangan dan kebrontokan nilai agama kini dan nilailah serta dimana solusi dan bagaimana mengatasi.Tidak ada jalan pintas dalam memahami agama.Ia wajib difahami secara berperingkat-peringkat kerana menurut saya,syurga juga tiada jalan pintas.Yang ada hanya titian "sirat".

Wallahu’alam.
Penulis bakal graduan kejuruteraan
post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. hope kita sentiasa terpilahara..dengan nilai2 agama yang sepatutnya

    ReplyDelete
  2. insyaAllah diba.rindu kat diba violet.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images