Ajarkan aku berSYUKUR

10:29:00 PM

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah,selawat dan salam ke atas Rasul junjungan tercinta. Ketika ini saya baru sahaja siapkan assignment EOP,business proposal bahagian financial dan Islamic Ethics.Tiba-tiba teringat nak update blog.kala ni stress sebab entah macammana acount FB saya boleh muncul padahal dah deactivate dulu.Seriously saya dah malas layan FB ni.Sekarang nak deactivate dah tak bole.Ikutkan nak delete jer terus.Bawak bersabor jela.Saya tak suka sebenarnya orang tag saya kat FB.Lagi tak suka bila ada orang bertanya perihal peribadi dekat wall.adeh..


Kita lupakan yang tu.Sebelum terlupa buat yang confius dengan blog saya.Saya announce yang ini sahaja official blog, yang lain collaborate.Saya nak share sikit feeling saya dihujung-hujung sem.Dugaan banyak betulla.Sampai tak tahu nak nangis ke nak ketawa ke atau nak terjun dalam laut.hehe.Tapi satu ayat yang selalu menenangkan hati saya adalah ayat-ayat peringatan dari Allah iaitu surah ar-Rahman.



26
كُلُّمَنْعَلَيْهَافَانٍ
Semua yang ada di bumi itu akan binasa.
(QS. 55:26) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 
27
وَيَبْقَىوَجْهُرَبِّكَ ذُوالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
(QS. 55:27) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 
28
فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. 55:28) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 
29
يَسْأَلُهُمَن فِيالسَّمَاوَاتِوَالْأَرْضِكُلَّيَوْمٍ هُوَفِي شَأْنٍ
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
(QS. 55:29) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 
30
فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. 55:30) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 
31
سَنَفْرُغُلَكُمْأَيُّهَاالثَّقَلَانِ
Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.
(QS. 55:31) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 
32
فَبِأَيِّآلَاءرَبِّكُمَاتُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. 55:32) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 



sungguh setiap kali berulang ayat" lalu nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan" hati saya sakit,ngilu,pedih kerana betapa saya gagal dalam mendidik hati saya menjadi hamba yang bersyukur.


Kemudian teringat semalam ketika mendengar IKIM..seorang wanita membacakan sajak tentang Palestine itu jauh dengan kita.Bertambah lagi emosional kan apatah lagi apa yang dibicarakan dalam sajak tu sebijik-sebijik kena kat diri kita. Yang tengah bertungkus lumus buat FYP,nak exam yang mana semua itu dunia..dunia..dan dunia..pada sayalah.


Silalah hayati,betapa jauhnya rasa bersyukur kita berbanding mereka di palestine.betapa secupitnya perjuangan kita berbanding mereka.Adakah syurga itu layak buat kita selaku hamba yang sedikit kali bersyukur dan selalu meminta-minta.Hayati dan renungkan..Andai aku bisa mempunyai hati seperti mereka.



Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan

laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
 
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
Sumber :25 May 06-Muharikah
MasyaAllah..subhanallah..Allahuakhbar..Adakah layak kita mengaku sebagai penghuni syurga, seorang sufi,seorang mujahid sedang mereka yang diuji sebegitu rupa selalu menangis kerana tidak pasti syurga itu akan jadi milik mereka atau kemurkaan Allah menanti mereka kerana gagal mempertahankan Islam dibumi palestine.


Namun , apakah janji Allah pada mereka ,yang nun jauh di sana?
“Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)

Ilahi..ajarkan aku dan saudara-saudaraku(hamba2x-Mu yang tidak berdaya ini erti bersyukur akan setiap hembusan nafas dan nikmat-MU 

post signature

You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. As'salamualaikum , izinkan saya share. terima kash ,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    kehidupan kita jauh lebih baik berbanding sesetengah negara di luar negara yg terlibat dengan pennindasan,peperangan..lalu merasa betapa bertuahnya kita dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi....

    ReplyDelete
  3. @kak sal.kita mmg bertuah,tapi orang kat malaysia ni suka membazir apatah lagi makanan.sdg kat tempat lain kebulur.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images