Jurutera,akad nikah jauh dr mata.

1:34:00 PM

Pelajar jurutera @ jurutera ,akad nikah jauh di mata bermaksud meletakkan perkahwinan itu ditempat kedua,ketiga atau lebih dari itu.Pada saya ada 2 pilihan jer.Kahwin sewaktu dalam tempoh belajar atau kahwin lambat.Saya share kan disini satu pandangan dan perkongsian dari blog pemudakahfi ni.luahan hati seorang pelajar jurutera.

Alhamdulillahi robbil 'alamin wa bihi nastai'in walaa haula walaa quwatailla billah..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, promoter Islam terhebat suatu ketika, "Muhammad Bin Abdullah", seorang pemuda, seorang jejaka dan merupakan seorang engineer yang telah mencorakkan umat manusia dalam keadaan yang sempurna. Tidak lupa, buat keluarga Baginda yang tercinta, Para sahabat yang berwibawa, muslimin dan muslimat yang sentiasa di jalanNya.



Apabila bercakap soal pelajar, ramai yang mengakui akan fungsi dan tabiat seorang pelajar iaitu membaca buku, mengulang kaji, menghafal, paling tidak pun bermain game. Seorang pelajar merupakan seorang insan yang di dalam dirinya ada dua tarikan iaitu tarikan positif dan tarikan negatif. Kedua-dua tarikan ini merupakan sebuah anjakan kepada para pelajar untuk kehadapan ataupun berundur kebelakang. Kehadapan tidak semestinya kejayaan, kebelakang pula tidak semestinya kegagalan. Ramai manusia yang terkehadapan pada realitinya, namun pada hakikatnya, dia merupakan seorang yang gagal!

Saya juga merupakan seorang pelajar yang didalam diri ini terlalu banyak tabiat yang tidak baik dan tidak bermanfaat. Jikapun bermanfaat pada diri saya, namun tidak bermanfaat pada orang lain. Menjadi keutamaan seorang hamba Allah untuk senantiasa bermanfaat pada sekalian alam. Tidak hanya pada manusia, tapi kepada haiwan dan tumbuh2an yang juga merupakan hambaNya.

Menjadi seorang pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah dan indah jika tidak selaminya dengan hati yang izzah. Secara teorinya, pelajar juga memerlukan suatu proses "fotosintesis" iaitu didalam nya memerlukan suasana ikatan yang merupakan fitrah dalam kehidupan. Tumbuh2an sangat memerlukan ruang, air dan cahaya untuk hidup. Begitu juga manusia, yang berharap pada makanan rohani, jasadi dan ruang yang baik untuk hidup.

Dalam konteks sebagai seorang pelajar kejuruteraan, ketiga-tiga medium ini merupakan suatu perikatan yang sangat diperlukan diantara satu sama lain. Keterikatan yang baik di antara ketiga-tiganya dapat memberikan suatu output yang baik. Namun sebagai pelajar, tidak terlepas dari pelbagai ancaman. Apabila tumbuh2an di ancam dengan serangga, kita turut di ancam dengan suasana. Suasana yang membentuk kita atau kita yang membentuk suasana?


Hidup berpasangan merupakan fitrah alam. Namun didalam berpasangan2, perlulah ada sebuah ikatan. Sebuah ikatan yang diajarkan oleh Islam. Namun bukan itu menjadi persoalan kerana ibubapa yang menjadi halangan. Tidak perlu takut dan tidak perlu gentar, tugas engineer bukan hanya mendesign namun perlu menjadi professional dalam semua aspek kehidupan. Professional dari segi adab pertuturan, sopan dalam budi dan aturan kehidupan, menjadi kan ibu bapa lebih tertarik dan lebih fahami keadaan kita seorang Insan. (Kerana mereka juga seorang Insan seperti kita.)

Di dalam suasana yang penuh fitnah, bukan menjadi asbab untuk tidak bernikah, setiap hari berpuasa menahan nafsu yang kian lemah, namun kadang kala ujian Allah itu sangat besar dan tidak mampu untuk di papah. Ingatlah, suasana jahiliyyah merupakan suasana yang tidak mampu di tahan dalam keadaan Iman yang lemah, namun Allah memberi kelebihan kepada Insan untuk melengkapkan diri dengan Bernikah. Duit dan harta bukanlah alasan untuk menjadi "bujang sepah", kerana rezeki itu hanya milik Allah. dan yakinlah pada Ayat2 cinta Allah, kerana akan menjadikan hidup lebih barokah..

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."(An-Nur, 32)

Pelajar kejuruteraan berbeza dari pelajar2 yang lain, berbeza dari sini bukanlah berbeza harta, mahupun kedudukan, tapi berbeza dari segi pemikiran. Pemikiran Seorang engineer tidak sesekali akan sama dengan seorang Ustaz fiqh. Pemikiran seorang engineer tidak akan sama dengan seorang Ahli IT, begitu juga ahli Medic dan Biologi. Penyelesaian Ahli biologi terhadap penyakit demam tidak akan sama dengan penyelesaian seorang jurutera. Kerana semuanya telah tertera dalam bait2 cinta bahawa ini semua adalah sebuah hikmah untuk kita bekerja bersama.

Namun, setiap perkara pasti ada masalahnya, setiap masalah ada penawarnya dan setiap penawar itu mempunyai undang2 dan tertibnya. Pelajar kejuruteraan menghabiskan sisa2 hidupnya bermain dengan teknologi dunia. Sistem Jahiliyyah kehidupan menghimpit jiwa dan raga. Walaupun didalamnya mengancam kehidupan dan fitrahnya. Setiap harinya, menggadaikan jiwa dan raga untuk membangun peradaban yang mulia. Setiap hari setiap ketika, pelbagai teknologi yang di bangunkannya demi untuk kebahagiaan insan yang terlena.



Sang Jurutera, itulah ungkapan gah dunia, namun disisi tuhan, kau hanya insan yang hina. Cobaan dan rintangan kau hadapinya, kadang kala kau pasti jatuh jua. Demi membuatkan hatimu menjadi selesa, kau mencipta sesuatu yang berguna, namun kau hanya seorang insan yang hina.

Owhh Insan, bukankah Allah swt itu Pemilik segala2nya? Dunia di dalam genggamanNya. Kau hanya lah insan kerdil yang tidak mampu berkata apa. Versi hidupmu hanyalah dengan izinNya. Kau hanya seorang hamba yang terlalu lemah. terlalu lemah! sehingga kau menjadi lemah, Kau menangis di atas tahajjud sejadahNya. Kau hanya insan yang hina. Kau menggadaikan fitrah dan nyawa hanya untuk mengejar nafsu dunia.

Bersabarlah sahabatku, kau pasti mampu menghadapi liku2 dunia. Sistem jahiliyyah yang mengawal persekitaran hidup kita menjadi tragedi dalam kamus hidup seorang manusia biasa. Namun kau pasti mampu melawannya. Kerana Kau seorang Jurutera. Akad nikah yang menjadi persoalan hidup seorang remaja, kau hanya mampu berdoa dan melupakan buat seketika. Tuhan maha mengetahui akan hati2 manusia. Halangan dan rintangan terhadap mencapai sunnah Nabi sebelumnya, kau tempuhinya. Ingatlah..dunia hanya sementara, Akhirat kekal selama2nya..

nota kaki: sebenarnya jurutera ni orangnya simple,logistik,dynamic person.dan takdelah semuanya kahwin lambat.Semua pilihan ada samaada meletakkan carrier no 1,hidup no 2 atau sebaliknya.Biasanya engineer yang bercita-cita tinggi ni tak de life.Pagi petang siang malam duk buat teknologi baru je.Tapi apa kata kita ambil contoh terhebat dari para nabi kita dahulu.Even engineer, Islam tetap no 1.
post signature

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. salam perkenalan... bkn x de jodoh... belum tiba masanya... =) ...

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images