Kongsi penCerahan bukan Kongsi Gelap

12:03:00 AM

Avon tuh..hehe.
Assalamualaikum buat semua pembaca setia.Alhamdulillah seronok sangat dapat balik rumah jumpa ummi dan adik-beradik lain.Siap buat makan-makan.Dan paling best ada kek besar untuk saya.Terima kasih kak Mismah yang memang every year akan buatkan kek sempena hari lahir saya.Then dapat hadiah lagi dari someone yang baik hati.Ini dia hadiah nya.Thanks Iftitah.Ni yang buat serba salah ni sebab tak prepare lagi hadiah nak bagi kat dia.Time balik aritu macam beselah takkan terlepas dengan tazkirah dan perbincangan agama dengan abang-abang.Abang ngah utarakan satu persoalan yang cukup menarik.
Abang Ngah: "Dulu ada seorang lelaki ni bagitahu kat isteri dia, awak ni cantik seperti bulan. Satu hari si suami pun cakap kalau nanti saya dapati bulan jauh lebih cantik dari kamu maka akan jatuh talak keatas kamu.Maka si isteri pun setuju.Satu hari ketika melihat dada langit,si suami mendapati bulan pada malam itu sungguh cantik.Melebihi kecantikan isterinya.Lalu si suami mula keliru sama ada telah jatuh talak ataupun tidak.Lalu sisuami menemui imam malik dan menceritakan segalanya.Cuba teka apa jawapan imam malik?"
Saya(adik comel):Imam malik mesti kata jatuh talak.
Abang Ngah: Betul, pandai.Tapi si suami tak puas hati lalu pergi berjumpa dengan imam syafie pulak.Si suami pun menceritakan yang dia telah menjatuhkan talak ke atas isterinya sekiranya dia mendapati bulan lebih cantik dari isterinya.Cuba teka apa jawapan imam syafie?
Saya(adik comel): hmmmm...jatuh kot..Ops..jap mesti jawapan dia sebaliknya,kalau tak mestilah abang tak cerita kisah ni kalau jawapannya sama dengan guru dia.
Abang ngah: hmm..ni jawapan imam syafie.tak jatuh talak.sebabnya ada pada ayat ni.Surah at-Tin.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
4. Sesungguhnya Kami menciptakan mannsia dalam bentuk yang paling baik.

Saya: owh..(kagum dengan imam syafie)
Abang Ngah: Lepastu si suami tadi jumpa semula dengan imam Malik dan menceritakan perihal pandangan imam syafie. Lalu apa yang dikatakan imam malik iaitu gurunya adalah" betullah apa yang dikatakan syafie.aku yang salah" Nak katanya betapa mendalamnya imam syafie dalam memahami ilmu.

Tambahan:Tetiba teringat sesi sembang bual agama.Stokin jer tajuknya.Begitu juga dengan stokin.kenapa mazhab syafie mengatakan kena berstokin(betulke eja ni)?Sedangkan mazhab hanafi mengatakan tidak apa jika tidak berstokin?(tolong betulkan ye kalo tersilap).Sebabnya pada asalnya kaki wanita tu bukan aurat.auratnya dikira lepas dari buku lali seorang wanita.Kalau anda yakin dengan tidak berstokin .anda berjalan tak nampak buku lali tak apelah.Tapi imam syafie yakin bahawa nak tak nak memang akan tersingkap melebihi buku lali ketika seorang wanita berjalan.Apatah lagi ketika naik motor ataupun naik tangga.Sebab tu imam syafie mewajibkan memakai stokin.sebab saya tengok orang perempuan ni lagi-lagi kalau hujan,angkat kain tu kalau boleh sampai ke peha.Aduhai.Itu tak lagi yang naik motor.Terselak habis.Dan Kalau stokin saja pun tak cukup.Kalau abang saya tu , dia nak stokin yang tebal,panjang.Dan kalau naik motor,memang dia wajibkan better pakai seluar.Kalau nak pakai jubah ker atau baju kurung mesti kena ada seluar juga.Last-last sekarang ni saya lebih suka berseluar panjang.Biasa saya kalau kat umah,ada abang ipar..saya akan make sure..saya pakai seluar yang panjang dan kalau duduk..seluar tu tak terangkat melebihi buku lali.nak pakai stokin sepanjang hari kat umah memanglah saya tidak mampu.Elok stokin tu coklat masuk dapur 2,3x terus hitam.hehe.Ni perkongsian ilmu yang saya dapat.Still kalau salah tolonglah betulkan.Apapun segala apa yang imam syafie mazhabkan , pasti ada sesuatu hikmah didalamnya.Demi mengelakkan ragu-ragu, berpendirianlah dengan satu mazhab sahaja.Tak elok campur-campur.Tak boleh pun.

 Share sedikit pesanan imam Syafie ketika menuntut ilmu since exam around the corner.Tips mudah belajar.
1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

2.Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.


Rujukan: 
  1. Abang Ngah(kitab tak ingat dia bagitahu aritu)
  2. Al-Quran
  3. Himpunan Risalah
 

post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images