Bila Cinta

12:27:00 PM

“There is nothing better for two who love each other than marriage.”(Sahih Al-Jami`, 5200)
Ya Allah, I’m asking for a decent man. A decent man for Your sake so that we may live in peace, harmony, and love with Your blessings. I pray for a man who loves You and is willing to expand his spirituality and teach me about You while being with me. I want a man that is devout to You, who loves for Your sake and does things for Your sake. But God, I mostly want him to be real.

Tahniah buat kawan sekampung @ jiran rumah yang baru sahaja berkahwin.Semoga perkahwinan ini adalah satu jalan memudahkan penghambaan diri pada Sang Pencipta.

Assalamualaikum..Alhamdulillah tercapai gak nak update 1 post lepas exam 2 paper.padahal bederet lagi 3 paper kat belakang ni.Rileks dulu.hehe.Habis exam,cepat-cepat beli makanan,ingat sambil makan sambil nak update blog.Sekali masuk..aduh bilik aku ni kenapa.Bertaburan makanan.Cuba teka sapa punya kerja??Rupa-rupanya time saya struggle jawab exam ada 1 makhluk tu pun struggle geledah makanan kat bilik saya.Saya tak marah pun cuma kalau nak makan tu kemas lah lepastu.Pandai ke makhluk tu kemas??Ni biskut makan separuh,lepastu kerepek bertabur..monyet2x..nak tuduh ekau pun eden tak nampak.huh.Tambah 1 kerja nak mengemas bilik dulu.Nak buat gane,dah bukan rezeki.Rezeki monyet tulah.Tengah sibuk kehulu-kehilir keluar bilik,pakcik sembur ubat semut pula datang.Bagi ler salam awal berbatu.Takdelah aku gabra nak luruh jatuh berkejar masuk bilik.So lupakanlah kes bilik kene geledah,makanan kena rembat dan pakcik sembur semut.huhu..Saya nak share pasal bila cinta berputik.

ni dek kerana idea hilang lepas tengok bilik diceroboh so terpaksalah copy paste mana artikel yang lebih kurang sama untuk saya sampaikan.Saya highlight important part eh.

Bismillahirahmanirrahim..
Sekadar perkongsian.. Untuk melahirkan keluarga yang cemerlang bukanlah bermula ketika menimang cahaya mata tetapi bermula ketika memilih pasangan.. Renung-renungkan dan semoga dipermudahkan urusan.. InsyaALLAH~
ALLAH berfirman dalam surah AR RUM ayat 21
Dan di antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri (pasangan) dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasih belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi mereka yang berfikir”

posted by zulbigo, from Notafikir.com
“Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang


Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan




Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli”


Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.(ni tak penting pun.ngeh3x)

Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.(ni monyet yang ceroboh bilik la ni)

Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.(xsetuju)

Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!

Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama; bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabar siarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!(astagfirullah al adzim)

Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?

Oleh kerana itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan dimana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.

Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.

Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letak lah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?

Dan pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.

Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala diluar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.

Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawap istiqarah sebagai jodoh kamu.

Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.

Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah SWT. Tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.

Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah SWT.

dipetik dari: korea islamik Malaysian Student.
post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Assalamualaikum..
    n3 ni eloklah dibaca oleh anak2 remaja belia..
    memberi kesedaran kepada mereka bahawa betapa penting menyemai dan
    memahami tentang cinta dlm redha Ilahi..
    Pada anak2 yg belum sampai jodohnya..berdoalah agar bertemu jodoh dengan individu yg beriman dan bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  2. waalaikmslm kak sal,nak reply asyik xdapat jer.internet lambat sangat.Saya mmg berharap post ini dapat memberi kesedaran buat semua.Dan doa itu sememangnya senjata seorang mukmin.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images