Janji Allah itu pasti

3:10:00 PM

Alhamdulillahirobbil'alamin.wa bihi nastain..ala umuruddunya waddin.Alhamdulillah.sujud syukur hamba menghadap-Mu atas segala janji-janji-Mu. Orang yang sabar adalah orang yang kuat. Allah mencintai mukmin yang kuat. itulah kata-kata yang menjadi pegangan saya sampai kini. Walaupun sebenarnya saya tidaklah sesabar insan lain mengharungi dugaan.Selalu benar terlepas keluhan-keluhan dan rungutan. Mujur Allah masih hadiahkan kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi hidup ini. Dan ait mata ini sahaja yang hamba mampu persembahkan tanda terima kasih hamba pada-Mu ya Robbi.

mengimbau kembali masa mula-mula sem haritu, saya rasa tidak mampu untuk menghabiskan semester ni, dengan credit hours sebanyak 23, kemudian dengan final year project dan kelas EOP yang sangat memerlukan komitmen..saya hampir-hampir mengalah. Tapi disaat saya hampir kalah, Tuhan tiupkan semangat baru dalam diri. Kekuatan itu datang kembali hinggalah ke hari ini. Jika Allah bole tunjuk apa yang saya alami dekat paparan skrin pasti, pasti takkan ada sesiapa pun akan puji saya bahawa saya ni kuat dan tabah. Dihadapan Allah..saya cumalah hamba yang sangat tidak berdaya. Allahu sami'..Allahu bashir..Allahu akhbar.

Alhamdulillah juga dah selesai interview di universiti malaya semalam. terima kasih teramat sangat buat Iftitah sebab merempit dengan lajunya sampai helmet macam nak tercabut sebab nak kejar masa interview saya.kihkih. Rezeki itu Allah yang tentukan..saya sudah berusaha jawab semua soalan interview tinggal doa dan tawakkal. Ada peluang sambung, memang teringin nak sambung master then jadi lecturer dapatlah memenuhi impian mama dan arwah ayah..Doakan ye :) result takdelah bagus sangat tapi bersyukur dapat shorlisted interview untuk jadi RnD engineer. Semuanya berkat doa ibu,keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah.

Sememangnya janji Allah itu pasti. kita merancang dan Dia juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik- baik perancangan. Subhanallah. So sampai sini dulu luahan rasa. Bila balik rumah entah bila dapat update lagi. Confirm susah nak update bila kat rumah. Maklumlah jadi suri rumah sepenuh masa.

Nota hati : " Ayah..anak ayah dah habis belajar, walapun ayah dah tak ada, tapi ani tahu Allah masih menunaikan janji-janji-Nya pada setiap doa ayah. Allahu ghofur..Allah wujud, Qidam, Baqa'.."

kenangan tetap menjadi kenangan samaada manis mahupun pahit..dan ia tetap menjadi kenangan. Semoga Allah mengizinkan saya menyimpan segala kenangan ini. kerana dengan segala kenangan pahit dan manis inilah saya belajar erti sebuah kehidupan, erti sayang, erti kesabaran paling utama Siapa ALLAH diHATI kita..Dimana ALLAH di HATI kita..  :)
post signature

You Might Also Like

6 strawberries yummy

  1. Semakin kuat cabaran semakin kental di hati.Semakin banyak rintangan dilalui semakin gagah langkahan kaki, itulah berkat pertolonganNya..teruskan usaha sebab rezki ada di mana2..semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan yg menggembirakan..Amin..

    ReplyDelete
  2. Adakala manusia lupa, akan kehebatan dan kekuasaannya. Hanyut dibuai keseronokan. Manusia tu menjadi hina bila berjauhan dengan tuhannya. Semoga hati sentiasa dekatNya..

    ReplyDelete
  3. betul tu hazal.lama xdgar brita.all d best in ur life

    ReplyDelete
  4. Mengalami kemerosotan hidup. stress jugaklah. tapi bila tgk blog ni balik baru teringat apa yang diri dah lupa.

    ReplyDelete
  5. semoga kuat menghadapi hari2 yang mendatang.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images