Seandainya taubatku Taubat si Nasuha.

8:17:00 AM


A008
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.
(Az-Zumar 39:8)

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
 "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.(Az-Zumar: 53-54)


Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

 Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur.Seandainya taubatku hari-hari adalah taubah si nasuha..alangkah indahnya.Tapi apa yang berlaku,hari ini bertaubat..sok lusa buat kesilapan yang sama.Sungguh kerdilnya diri seorang hamba.Dia tidak berupaya tanpa hidayah dan kasih-sayang dari Tuhannya.Azamlah tahun baru ini dengan menjadi insan yang baru.Bertaubatlah dengan Taubat Si Nasuha sebelum nyawa dihujung halqum.Exam-exam jugak tapi sembahyang jangan dilewatkan.

Semakin diri ingin mendekati-Mu ,semakin itu kuat dugaan dari-Mu..Bukankah itu tandanya sayang-Mu pada diriku yang hina ni..Adakah ada sesuatu keseronokan didunia ini melebihi jiwa yang mengenal Tuhannya dan mengetahui bahawa Tuhan sayang pada-Nya.Ilahi,jangan sunyikan hidup kami dari ujian-Mu kerana hanya itu sahaja cara yang dapat kami mengetahui bahawa Engkau masih sayang pada kami..
post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Assalamaaualaikum..
    Selamat Menempuh tahun baru 2012..
    moga hari2 mendatang lebih baik,
    lebih membahagiakan, sentiasa dalam rahmat
    dan keberkatan-Nya..amin..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images