TREE 358: LOVE is MIRACLE

10:57:00 PM



Hidupnya CINTA bukan kerana BAHAGIAnya kita,
Hidupnya CINTA bukan kerana RUPA,
Hidupnya CINTA bukan kerana SEMPURNAnya diri,
Hidupnya CINTA bukan kerana HIDUPnya kita.

Assalamualaikum, hari ini saya nak menanam pokok cinta pula.Kebetulan ada banyak novel yang baru dibeli selepas mendapat coupon 1 Malaysia.So belilah sedikit buku motivasi,sedikit buku novel melayu dan novel english.Jadi semasa proses pemilihan buku tu,memang memeningkan kepala. Akhirnya saya terpanggil untuk membelek satu novel islamik berjudul "Hantaran Kasih Tuhan".Entah kenapa macam ada chemistry dikala memegang buku tu.


Entah kenapa terasa terpanggil sangat untuk membeli novel tersebut.Jadi saya rekemen kat kawan dulu.Lepastu dia taknak beli sebab cerita tu sedih.Sad ending.Saya pun cakap.."bukankah semua pengakhiran hidup kita adalah kematian,jadi kenapa harus lari dari kenyataan?" kawan saya reply.."memanglah tapi tak elok baca buku sedih nanti kita asyik jadi sedih jer,dan berfikiran negative"..saya senyum..oh,macam tu.Kalau macam tu..saya jelah beli.

1 hari,2 hari ,3 hari buku tu masih statik dekat rak buku sebab tengah sibuk nak settlekan project akhir semester.Hari ini baru sempat membelek.Ayat yang keluar dari hati saya tatkala membaca novel ini ialah"subhanallah..Allahu akhbar..subhanallah..alhamdulillah"

Jadi saya syorkan anda beli. Dari duk beli novel cintan cintun yang menghayalkan dan mengasyikkan jiwa sampai jadi karat,lebih baik baca novel islamik.Dan bukannya semua novel islamik tu menjadi pilihan saya.Hanya yang menyentuh hati jer terpilih untuk saya beli.Ternyata selesai membacanya membawa memori saya kepada arwah kak diyana..al-Fatihah.

antara tulisan yang menjentik dan menguis sanubari saya adalah:

Andai Tuhan punya emel akan ku sampaikan kepada-NYA,tiada lelaki yang aku cintai walaupun tuduhan melulu terus menjadi jurang hubungan diantara kami.

Andai Tuhan punya emel,akan ku sampaikan pada-Nya,aku hanya mendambakan kasih suamiku.Demi itu aku sanggup bermadu dengan wanita mana saja pilihannya..

Subhanallah..masyaAllah..tetapi pada saya..Tuhan tidak memerlukan emel,malah berhubung dengannya lebih cepat dan pantas berbanding teknology paling canggih yang ada kini.Anda tidak memerlukan emel untuk menyampaikannya.Pejamkanlah mata,rasailah dengan seikhlas jiwa setulus hati bahawa ALLAH ITU SANGAT DEKAT DENGAN HAMBANYA.CintaNYA tersangat dekat..sangat dekat,rasailah..subhanallah.

LOVE is MIRACLE but the ONE who creates LOVE is the MOST MIRACLE
post signature

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. Assalamualaikum,

    Kebetulan terjumpa blog ni. Terima kasih sudi membeli/baca novel HKT tulisan saya ya. Lepas ni bolehlah dapatkan novel sambungannya DUA SYURGA DALAM HATIKU yang lebih hepi ending. Sengaja saya buat sad ending HKT tu.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images