Malang tidak berbau

5:17:00 PM

Assalamualaikum buat semua. Pertama sekali semestinya nak mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan untuk hidup. Semalam adalah hari paling mengejutkan saya. Saya di UM ketika itu. Dari malam rasa sudah tidak enak. Rasa ingin menangguhkan perjalanan abang dan ibu ke rumah sewa saya esok hari. Tapi kita merancang dan Tuhan juga merancang..Saya pula menghadapi masalah dengan rumah sewa. Try cari rumah sewa lain on d spot. Dapat tapi jauh dengan tempat kerja. Dapat lagi satu tapi housemate masyaAllah...barangkali Tuhan masih sayangkan saya dan masih mahu memelihara saya dari terjebak dengan orang yang tidak elok.


saya berdoa bersungguh minta Allah pilihkan untuk saya.Kebetulan waktu saya nak bayar duit deposit,ada orang lain yang datang dah bayar dulu. Akhirnya saya tersenyum..rupanya perancangan Allah lagi hebat. Rumah yang kini saya sewa,walaupun terpaksa bersempit..tinggi bagai mencakar langit.kalau lif rosak maka pengsanlah saya nak turun naik tangga.Tapi semua itu tidak penting asalkan housemate menjaga sembahyang. Alhamdulillah masih duduk bersama student juga cuma kalau dulu UIA kini UM. Sudah ada pun yang bertanya antara uia dengan um mana seronok.Sampai bila pun jawapan saya adalah uia.Kerana pada pandangan saya, UIA gedung ilmuwan para ulamak.dan di UIA jugalah saya belajar menghidupkan malam lailatul qadr. Imam-iman solat berjemaah juga bacaanya sentiasa membuatkan air mata saya mengalir.Sekali lagi itu pandangan saya.

habis cerita pasal rumah sewa.Menanti kedatangan Abang sampai mengantuk.Akhirnya selepas 5 jam barulah sampai. Benda pertama yang abang ngah suruh tengok adalah keadaan kenderaan yang dipandunya kemek. Dalam hati saya bermacam rasa.Soalan pertama saya tanya..bila xcident?kat mana? dan smua penumpang ok? inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Sebenarnya saya rasa bersalah sangat. Mereka datang dengan bawa barang-barang saya untuk dibawa ke rumah sewa yang baru lepastu macam ni pula jadi.

Jauh disudut hati saya , saya mengucapkan syukur. kerana hanya kenderaan jer yang kemek. Saya tidak dapat bayangkan dan tidak mahu pun membayangkan sekiranya berlaku lagi teruk pada abang dan ibu saya. Pasti saya akan menyalahkan diri saya seumur hidup saya dan jadi trauma. Sungguh Allah benar2x tahu kemampuan saya menghadapi ujian pada hari itu.Akhir sekali innalillahi wa innailaihi rajiun adalah ucapan keramat yang tidak saya lupa ketika berhadapan ujian.Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada-NYA jualah kita dikembalikan.

nota hati: Ya Allah pelihara diri hamba-Mu ini.Sayangi dan kasihi jiwa hamba-Mu ini meski diri ini penuh dosa dan noda.Illahi, kurniakan aku kekuatan jasmani dan rohani. Berikan aku kekuatan pada kedua kaki ku untuk melangkah ke kerja. Semoga setiap langkah ku bernilai dan berharga buatku di sana.ameen..

Lepasni turunlah berat badan hari-hari berjalan pergi kerja.

post signature

You Might Also Like

5 strawberries yummy

  1. good luck bik! selamat bekerja. cukup bulan bleh blanje org plak. Semoga kita menjadi orang yg disayangi dan diredhai Allah walau kat mana pun kita berada. Selamat memnulakan hidup yg baru!

    ReplyDelete
  2. terima kasih.sama lah jugak buat orang tu.semoga dapat jadi warden yang berkaliber.Perjalanan hidup masih panjang.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...syukur padaNya yg memberikan dlm kehidupan ini..moga cepat dpt menyesuaikan diri di sana..

    ReplyDelete
  4. ani.. mulakan setiap pekerjaan dgn basmallah. Insyaallah ada keberkatannya. Apa citer kete tu? emel ya

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images