Rezeki Allah itu luas

1:26:00 PM


Allahu rozak, Allahu rahman,Allahu rahim..Assalamualaikum buat sahabat di laman cyber. Tak sabar berkongsi berita yang menggembirakan. Alhamdulillah.saya membayangkan next week baru keluar result mengenai temuduga haritu rupanya 2hari selepas temuduga keputusan dah keluar. Alhamdulillah memang rezeki Allah itu luas..Terima kasih atas doa keluarga dan kawan-kawan.Segalanya dimudahkan.Sememangnya benar..Dia memberi kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia mengambil dari siapa yang Dia kehendaki..Tetapi bagaimana pula cara kita berterima kasih? mari kita belajar bersama-sama.Banyak cara untuk bersyukur.Tapi saya highlight bagaimana bersyukur melalui perbuatan dan lidah.

1.Bersyukur melalui perbuatan

terlalu sedikit orang yang melakukannya. Ianya berdasarkan firman Allah subhanahu wa taa’ala:

“Bekerja-lah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba2x-Ku yang ber-terima kasih”. [Saba’(34): 13]

Di-riwayat-kan bahawa nabi Daud a.s berkata: “Bagaimana saya mahu bersyukur kepada-Mu sedangkan syukur itu merupakan suatu nikmat dari-Mu”. Allah berfirman: “Sekarang engkau telah mengetahui-Ku dan bersyukur kepada-Ku, kerana engkau telah mengetahui bahawa syukur kepada-Ku salah satu nikmat”. Lalu Daud berkata: “Wahai Tuhan, perlihatlah kepadaku nikmat2x Engkau yang tersembunyi kepadaku”. Allah berfirman: “Wahai Daud, bernafaslah”. Lalu Daud bernafas. Allah berfirman: “Siapakah yang menghitung nikmat2x ini siang dan malam?”.
Daripada Tsabit al-Banany r.a berkata: “Telah sampai kepada kami berita bahawa nabi Daud a.s, isteri dan anaknya mendapat balasan solatnya, kerana waktu malam dan siang tidak berlalu begitu sahaja melainkan manusia dari keluarga Daud mendirikan solat. 

Oleh itu ayat ini ditujukan kepada mereka:

“Bekerjalah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba2x-Ku yang berterima kasih”. [Saba’(34): 13]

Daripada ‘Ato’ bin Yassar r.a berkata: Rasulullah telah memberi khutbah di atas mimbar dengan membawa ayat ini dan bersabda: “Sesiapa yang melakukan 3 perkara ini maka dia akan didatangkan kepada-nya sama seperti yang didatangkan kepada keluarga Daud”. Lalu ada sahabat yang bertanya: “Apakah ia wahai Rasulullah?”. Sabda nabi:

“Bersederhana semasa marah, rela dengan kemiskinan dan inginkan kekayaan dan mengingati (berzikir) Allah di waktu sunyi atau terang”. (Ad-Dur al-Manthur)

2.Bersyukur melalui Lidah

Jikalau beryukur ialah melalui perbuatan dan nikmat2X yang diperolehi-nya ada hak ke atas muslim, namun ini tidak mengurangkan keperluan bersyukur melalui lidah, kerana di antara hak yang dituntut ke atas kita ialah sentiasa bersyukur kepada Allah melalui lidah. Pada setiap pagi dan petang meng-ikrar-kan Allah dengan ketinggian dan mengakui keperluan seluruh makhluk kepada pemberian dan kurniaan-Nya.


Ini seperti yang diajar kepada kita oleh Raulullah . Daripada Abdullah bin Ghanam berkata: Rasulullah bersabda: “Orang yang membaca pada waktu pagi:

اللهم ما أصبح بي من نعمة، أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر
Maka dia telah ber-syukur sepanjang siang-nya. Orang yang mem-baca pada waktu petang, maka dia telah bersyukur sepanjang malam-nya”. (Abu Daud)


Rujukan:attareeq

nota hati: dalam sujud aku memohon,dalam sujud aku menyembah,dalam bangun aku bersaksi bahawa Engkaulah Tuhan yang SATU dan MUHAMMAD kekasih-MU

post signature

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. Tahniah kerana dah berjaya menamatkan pengajian..

    moga seterusnya berjaya dalam dunia pekerjaan pula....amin

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images