Seandainya aku..

10:17:00 PM

"Yang demikian, ialah sebahagian daripada khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah kami binasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap)." (11:100)

"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan betapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal umat-umat itu telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan ke atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka kaum yang lain." (Al-An’am: 6)
 
 
Selalu benar saya terfikir sejak akhir-akhir ini. Seandainya saya bukan ummat Muhammad..maka apakah bala yang bakal menimpa saya. Apakah bala yang bakal menimpa umat zaman ini. Termenung sana..tersinggung sini..Mak duk asyik tegur.."apa yang dimenungkan tu ni..??Jangan banyak sangat fikir lah..Rumah sewa inshaallah dapat.." dalam hati saya hebat betul mak boleh tahu saya tengah termenung jauh.tapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang dimenungkan. Sebenarnya cerita dari abang saya tentang sejarah pompeii benar-benar membuat saya terfikir panjang. Seandainya aku dikala berbuat maksiat..Allah timpakan azab sepertimana yang berlaku pada pompeii..alangkah ruginya aku.."..begitulah detik hatiku setiap kali berbuat salah.Sungguh..dalam sejarah itu terdapat pengajaran yang hebat sekali.

Abang ngah saya menceritakan pompeii dulu merupakan antara bandar yang sangat maju.Kira paling maju lah. Tetapi kaum ini seperti kaum Nabi Luth. Melakukan maksiat dan homoseksual. Apabila didatangi Nabi..mereka memperolokkan..Kemudian seorang penduduk beriman dengan ajaran yang dibawa Nabi..tapi akhirnya penduduk itu dibunuh dengan kejam. Sejarah ini dicatatkan didalam kitab al-Quran untuk kita teladani.Tetapi berapa ramai yang mengambil pengajaran daripadanya. Kerana apa?? kerana kita selesa menjadi ummat Muhammad.Lalu saya terfikir..seandainya aku bukan ummat Muhammad pasti tiada belas kasihan Allah pada dosa-dosa ku..Dan aku terhadap Rosul ku..masyaAllah..untuk mengungkapkan aku cinta padanya sahaja sudah cukup malu dan bergetar bibir. Betapa tidak layaknya digelar ummat Muhammad.

Sejarah silam tidak tercipta sebagai wadah pameran atau sekadar satu bentuk ilmu yang mengagumkan, tetapi merupakan sunnatullah (ketetapan Allah) terhadap peredaran alam ini, agar manusia mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlalu. Sejarah yang telah berlalu mengajar manusia akan sebab dan musabab berlakunya sesuatu peristiwa, dan dengan pengamatan yang mendalam terhadapnya, manusia dapat melalui hari-hari mendatang dengan lebih cemerlang. 

Sejarah Kota Pompeii
*Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.

*Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan.Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.

*Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.

*Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.

*Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.

*Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta menlenyapkan Pompeii dari sejarah beradapan dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Anda bole tengok gambar-gambar kota pompeii di internet.Saya xlarat nak download.Even surah yang mengisahkan tentang kota pompeii ni pun saya dah lupa. nanti dah ingat saya post ye. ke ada sesiapa nak ingatkan pun boleh.

post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images