2 Pilihan

9:20:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.Semalam merupakan antara hari mengejutkan saya dimana saya melihat betapa teruknya keruntuhan moral dan akhlak anak-anak remaja. Kebetulan sampai dikuala lumpur waktu budak-budak sekolah menengah habis sesi pagi.Jadi naik bus dengan mereka ke rumah sewa.Tidak disangka,Seusia belasan tahun lagi sudah kronik sekali setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka.Seolah tidak terselit langsung rasa malu didalam diri.

Adik-adik kakak diluar sana..jika kamu tahu betapa panasnya api neraka itu diciptakan,pasti anda berfikir 1000 kali sebelum mengatakan sesuatu.Jika setiap bulan diramalkan kes pembuangan bayi meningkat..saya percaya.Melihat adik-adik remaja semalam sudah cukup memberikan saya telahan yang tidak baik.Dari berkata perkara yang tidak sedap didengar,bukankah elok adik-adik diam.Ini bicaranya seolah tiada rasa hormat langsung pada orang-orang tua dihadapan mereka.Jika sahaja mereka itu adalah anak-anak buah atau sedara saya pasti saya dah bagi tazkirah panjang tak pun tangan saya yang naik.

Marilah kita ingat akan hadis nabi dibawah.



pesanan khas untuk diri sendiri,para pembaca dan terutama adik-adik akak diluar sana..peliharalah apa yang keluar dari mulut kita kerana tajamnya lidah itu lebih berbisa dari sebilah pedang.Didiklah hati kita kerana setiap apa yang terlahir itu hadirnya dari sekeping hati.Kerana diri ini menyayangi adik-adik.Jangan sampai jatuh dilembah kehinaan.Wallahu'alam
post signature

You Might Also Like

1 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images