7 Petala Cinta

8:47:00 AM

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

nota hati: Janganlah terlalu jahil dalam mengejar sesuatu keuntungan..Fahami maksud ugama itu dahulu baru lah ditayangkan. Jika isi nya baik sekalipun, tetapi pakaian hanya sekadar pakaian..ilmu hanya sekadar lakonan..lalu dimanakah keinsafan yang sebenar-benarnya..Cintailah Allah, kenali lah Allah dengan hati kita..pada saya,Cinta manusia itu sementara..lalu kenapa terlalu mengagungkannya..Cukuplah pada segala yang cukup. Barangkali hari ini aku mencintai kamu, tetapi esok aku akan meninggalkanmu. Janganlah ditangisi pada perginya sebuah cinta manusia.Kerana Pemilik Cinta itu sendiri bukan manusia tapi adalah DIA..dan hari ini aku melihat saudara-saudaraku kehilangan cinta DIA, tetapi tiada tangisan keinsafan ,sebaliknya apabila ditinggal cinta sang pemuda,tangisannya mengalahkan sebuah keinsafan,lalu kembali lah semula kita kepada fitrah insani.Berdoa,bertaubat,bersyukur..Apabila datang yang lain perkara yang sama berulang.Barulah saya tahu..manusia itu benar2x buta malah lebih buta dari seorang yang telah pun buta(zahirnya)dalam menilai siapakah yang mencintai dirinya.manusia atau Tuhan??Sekadar melontar kata hati yang kurang senang dengan drama/movie seperti ini.Apapun kita tengok apa reaksi penonton nanti.wallahu'alam.

 post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images