Paradigma dalam pemikiran

7:08:00 AM

Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad (arah tuju)” ~Ibnu Qayyim~

Menurut Malik Bennabi seorang tokoh pemikir Islam dari Algeria, kegagalan sesuatu bangsa untuk membangun bukanlah kerana bangsa tersebut tidak memiliki sumber alam untuk dimajukan, tetapi bangsa tersebut tidak mempunyai idea bagaimana seharusnya sumber alam tersebut digunakan. Keadaan bertambah teruk sekiranya bangsa itu tidak mempunyai kesungguhan untuk menangani masalah tersebut.(Dr Ratna Roshida)

 Masyarakat yang mempunyai idea yang hebat mampu mengubah kehidupan bangsa dan tanah airnya. Bagi menghasilkan idea yang hebat, sudah pasti bermula dengan cara berfikir.

 Perkembangan ilmu berlaku apabila wujudnya manusia yang berfikir, dan sentiasa bersedia untuk mengemukakan hujah. Manusia yang berfikir juga menolak sesuatu yang dianggap tidak benar berlandasan hujah dan justifikasi yang bernas.

 Hal ini penting, selaras dengan ajaran Islam sebagai sebuah agama yang rasional. Islam merupakan agama yang bersandarkan hujah atau dalil dan bukanlah berlandaskan dasar ikutan semata-mata tanpa menekankan aspek nas dan fakta.

Menurut pandangan Aizudin khalid yang merupakan ketua PEMBINA daerah hulu langat anjakan paradigma harus difahami terlebih dahulu. Beliau menyatakan dalam mengajak kepada anjakan paradigma, yang terutama yang perlu dipupuk adalah kesedaran matlamat hidupnya atau ultimate goal. Sebagaimana nasihat Steven Covey agar kita “begin with the end (goal) in mind” untuk setiap kerja, saya juga berpendapat bahawa perubahan pemikiran perlu bermula dengan orientasi halatuju yang betul. Matlamat hidup kita perlu diluruskan sebagaimana kehendak Allah [51:56, 2:30], bukan kehendak Al-Hawa. Inilah tunjang perubahan. Yang kedua barulah memperbaiki mentaliti standard kerja yang mesti progresif, improving, sistematik dan efficient. Sebenarnya, keutamaan pertama (matlamat hidup) ini masih tidak jelas dikalangan masyarakat terutama belia. Dengan sebab mengabaikan keutamaan pertama ini, anjakan paradigma dikalangan belia kita masih tidak sempurna, bahkan hasilnya amat bertentangan dengan apa yang diharapkan.

Dalam mengubah paradigma, ia perlu mengetahui sebagai hamba Allah, adanya tanggungjawab penurunannya di bumi. Lantas semua kerjanya, neraca pemikirannya, perlu ke arah menunaikan tanggungjawab ini. Disamping itu, ia juga perlu mengenali yang benar dan yang batil. Ia juga harus menolak hawa nafsunya sekeras-kerasnya, kerana al-hawa tidak membawa kepada apa2 melainkan kehinaan. Kata al-hawa itu sendiri membawa maksud “ke bawah, menjunam”

وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى
Demi bintang ketika terbenam [53:1].

Jadi dalam mengejar ketinggian matlamat, ia harus mengenepikan apa yang membawanya turun kepada kerendahan.

Oleh yang demikian, impian kita harus tinggi! Visi kita adalah Syurga dan Mardhatillah. Misi2 kita adalah amal2 yang membawa kita kepadaNya. Apakah amal2 itu? Ia adalah amal2 khalifah Allah [2:30] sebagaimana telah ditunjukkan oleh epitome kepada paradigma baru ini [33:21], dan penguasaan keduniaan termasuk juga sebahagian darinya, tapi bukan visi akhirnya. Dengan mengikuti jalan ini, kita kembali parallel dengan tujuan penciptaan kita. Inilah ketentuan hidup kita!
Dunia ini palsu. Ia ibarat bayang-bayang.
Benar, ia memberi teduh.. Namun, cukuplah ia dengan peranannya.
Tapi apabila ia dikejar-kejar,
ingatlah bagaimana kesudahan anjing yang memburu bayang2nya?
Ya, ia lemas dalam bayang2nya sendiri.


Dengan tuning semula agenda hidup para belia, maka inilah permulaan anjakan paradigma. Dari sini bermulalah perjalanan menggapai impian hakiki dengan sasaran-sasaran yang besar tapi real. Kemudian yang perlu dipastikan adalah cara kerjanya optima dengan tenaganya, dan motivasinya untuk beramal terus berkobar.
Saya harap kawan-kawan menjadi salah satu permula anjakan paradigma bila dah kerja nanti.


post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images