Tuhan..aku datang

3:30:00 PM

Membaca buku tentang kematian benar2x menyentuh hati.Ramai orang sibuk ingin mengetahui adakah umurnya panjang/pendek.Siap ada yang bertemu bomoh dan mengamalkan amalan khurafat demi memanjangkan umur. Ramai juga orang yang selalu menyebut tentang kematian,tidak kurang juga yang sentiasa menangis pagi ke malam dan malam ke pagi setelah mengetahui dirinya disahkan barah / hanya boleh hidup beberapa bulan.

Tapi sangat sedikit sekali insan yang membuat persediaan kepada kematian tersebut.Saat malaikat izrail datang menemui..saat itu ramai manusia meminta tangguh,malah ada yang memarahi katanya malaikat maut sepatutnya memberi masa kepadanya untuk bertaubat dengan memberikan klue-klue bahawa kematian semakin menghampiri dirinya..Tidak cukupkah kematian sementara ketika tidur itu sebagai peringatan.??Sekiranya anda pernah mengalami penahanan roh seperti manusia-manusia yang hidup selepas koma terlalu lama..pasti anda akan merasai syukur hidup kali kedua.

Pelbagai ragam manusia.Tapi sedarkah kita..Allah mengingatkan kita akan kematian setiap saat. Pemergian saudara-mara kita adalah peringatan paling dekat untuk kita.Dengan itu bersedialah..andai esok,sebulan, 2 tahun/3 tahun lagi Tuhan menjemput kita..bersedialah mengatakan..Tuhan..aku datang kepada-Mu..aku kembali kepada-Mu dengan membawa bekal..

post signature

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. Assalamualaikum...kematian itu pasti...kita berdoa agar Allah panjangkan usia kita dengan menambah amal ibadat kita untuk ke sana..amin..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images