Wahai Kekasih

9:19:00 PM

Dalam setengah waktu dan masa..ada kalanya fikiran terasa serabut sungguh. Cara menghilangkan serabut itu adalah dengan memanggil nama kekasih anda,betul tak?Tapi siapakah nama kekasih yang bila kita sebut namanya akan menenangkan melainkan Rosul kita..Hayati lirik nasyid ni.Jangan sampai 1 hari kita ,kita lupa untuk berselawat ke atas baginda kerana baginda tidak pernah melupakan kita. Dari duk fikir kekasih yang tak kunjung tiba..mencintai yang tidak pasti...cukuplah mengejar cinta Allah dan Rosul.


Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Tika sendiri terkenang kembali
Pada dirimu oh kekasih
Dikau mutiara permata berharga
Kau satu tiada bandingannya

Kehadiranmu sinar gemerlapan
Cahaya murni kehidupan
Perginya dirimu satu kehilangan
Agung namamu di ingatan

Wahai kekasih yang disanjungi
Kasih sayangmu tak terperi
Kejujuranmu jua tulus budimu
Tersemat di dalam kalbu

Pelbagai rintangan cabaran mendatang
Diharungi dengan kesabaran
Ketabahan diri kekuatan iman
Azimat dalam perjuangan

Hadirmu kekasih bawa ketenangan
Kedamaian dan kebahgiaan
Pengorbananmu lambang kemegahan
Jasamu jadi sanjungan
Tenatnya dirimu di perbaringan
Umatmu sering di ingatan

Pelbagai rintangan cabaran mendatang
Diharungi dengan kesabaran
Ketabahan diri kekuatan iman
Azimat dalam perjuangan

Hadirmu kekasih bawa ketenangan
Kedamaian dan kebahgiaan
Wahai kekasih yang dirindui
Padamu janji dipatri
Sepenuh jiwa korban segala
Mengenangmu selamanya

post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images