Anak-anakku :)

10:27:00 AM

Assalamualaikum wbt.Bismillahirrahmanirrahim..Bertemu lagi para pembaca sekalian.Sihat??Harapnya pagi ini kita semua ceria seceria mentari pagi bersinar selepas hujan lebat pagi tadi.Sejuk sungguh.Pakai berlapis-lapis dekat office ni.

Hari ini diri semakin ceria.Disebalik ceria-ceria ni rindu dekat anak-anak yang jauh diperantauan.Tak sabar tunggu aisya comel dan sekeluarga pulang ke kampung.Saya kira jumlah anak buah saya dah nak masuk 30.banyak tak??Kalau buka taska ke tadika..penuh rumah tu dengan anak buah saya jer.hehe.

aisya dengan kakak dan abang dia..khusuk tengok apa tu??

Seronoknya ada ikan lumba-lumba..mesti aisya tengah kagum tengok ikan

aisya dan juga firzana.comeiiinya

alah-alah..baru nak belajar merangkak masa ni.Skang dah boleh jalan.pandang sapa tu??bibik eh..

aisya dengan sapa tuh??kenapa monyok??Rindu kat bibik kat kampung eh..bibik pun rindu sangat-sangat kat aisya dan mama aisya.

Tiba-tiba teringat anak buah yang kat kampung pula.Yang sulung tengah ambik SPM tahun ini.3 orang ambil PMR.Ya Allah entah macammana pelajaran diorang.Saya ni kira achik(bibik) yang COOL...Menjadi tempat luahan masalah diorang.Kalau jumpa diorang..ada jer benda dorang nak tanya,tanya pendapat dan macam-macam lagi.Kira perantara antara dorang dengan mak ayah dorang.Dulu dorang kecil lagi.Sekarang dah bujang dan anak dara.Makin besar dorang makin risau saya.Soal hati dan perasaan.Soal kerjaya semua saya nasihatkan diorang.Kadangkala dorang menangis depan saya..serba salah saya dibuatnya.nak memujuk tidak tahu..nak bagi nasihat lidah kelu takut ikut menangis sekali.Rupanya disitulah saya belajar menjadi seorang ibu.

Dulu waktu mengajar dekat taska dan tadika lagilah..benar-benar menguji keimanan..Kadang-kadang terpaksa buat-buat garang supaya dia tak manja sangat.Padahal dalam hati ni sangatlah tak sampai hati.Maklumlah anak-anak itu bersih dari dosa,suci dan murni.

Tapi bila dorang biadap dekat mak ayah dorang..memang saya geramlah.Saya boleh tahan sabar benda-benda yang lain,tapi kalau mak ayah dorang panggil tak menyahut atau buat selamba jer memang ada lah yang dibagi tazkirah free selama berjam-jam..huhu.

Tapi jauh disudut hati saya sangat sangat sayang diorang.bak kata kumpulan jambu..muka jer nampak garang tapi hati tetap jambu,tetap lembut,tetap tak sampai hati.haha.

Sampai pernah dulu terfikir,kalau kahwin sebab nak ada anak..saya rasa anak-anak buah saya sudah cukup sebagai anak-anak saya.Tapi kerana wanita yang berkahwin dan menjadi ibu itu darjatnya lagi tinggi,jadi saya kena jugalah berkahwin.Masih mencari-cari imam terbaik buat diri.Kalau ada yang nak rekemen bolehlah eh.hihi..nakal sungguh.. saya memang camni  :)

untuk anak-anak buah achik tersayang..

Anakku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna

Anakku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu

Anakku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang  meminta-minta

Anakku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara

Anakku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

Anakku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Dipetik dari :Lisa…..

p/s:Doakan bibik(achik) disini kuat dan tabah dan dikurniakan Allah suami yang soleh dan BerTAQWA.

post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images