Cinta sampai ke SYURGA

10:14:00 AM

MasyaALLAH..Subhanallah,Allahu akhbar.Bangkitlah Islam diatas muka bumi.Bergegarlah arasy dan bumi.Gegar mendengar tasbih,tahmid dan takbir dilaungkan.Apakah ada PEMUDA PEMUDI MALAYSIA seperti ini.Kita nantikan..

Alhamdulillahi Robbil alamin.setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana masih memberi kehidupan selepas mati yang sementara(yakni tidur). Saya ada sedikit keazaman nak tutup blog ni.Hehe.Pulak kan :) .Semalam macam bersungguh nak teruskan menulis harini dah turun semula semangat.Insan..insan..memang selayaknya digelar hamba.

Malam tadi pembacaan saya pada buku aku terima nikahnya edisi istimewa telah tamat pada buku kedua iaitu bercinta sampai kesyurga.Malam ni insyaAllah masuk tajuk Murobbi Cinta.Depan buku ni dah siap ditulis

istimewa Untuk: ??(SUAMI membawa ke SYURGA)
Daripada: ain
Tarikh: 14 April 2012 (masjid jamek,kuala Lumpur)

Kekuatan (Ayah) Kelembutan (ibu)
Jika ada orang bertanya dari mana saya belajar kekuatan,ketegasan.Maka jawapannya adalah dari ayah.Semestinya dari Allah tetapi melalui ayah.Jika dilihat ada unsur kelembutan dalam diri semestinya jawapannya ibu lah yang menerapkan walaupun hakikatnya Allah itu Latif dan melalui ibu saya belajar kelembutan.Sebut nama ayah,terhiris saya saat akhir-akhir hidupnya.Air matanya saya usap,tubuhnya saya mandikan,bahunya tempat saya menyandar menyembunyikan tangis.Tangannya saya genggam mencari kekuatan,sayang mahu lepaskan.Ayah pesan.."jaga mak bila ayah tak ada.jaga adik dan tolong adik bila dia memerlukan.Jangan jadi anak derhaka.Saya tahan..tahan air mata.akhirnya menitis juga.Jika ditanya siapa anak paling sabar menjaga ayah.tanpa berfikir 2x jawapannya adalah adik saya.

Ibu pula yang memang terkenal dengan kelembutan yang selalu benar mencairkan hati saya.Baru-baru ni ketika saya berazam menutup hati saya untuk lelaki dan perkahwinan.Mengankat Rabiatul Adawiah sebagai idola, lalu ibu datang dengan kata-katanya yang menyentuh hati."berkahwinlah..dengan itu hati mak tenang".saya tanya mak tak suka ker saya membujang ,dapat full time untuk mak,bergelak tawa dengan mak,tidur dengan mak,mak tak suka??..Lihatlah apa jawapan seorang ibu buat anaknya:" Memang mak nak ani bujang sampai ke tua,sayang nak bagi dekat orang lain,mak nak ani jaga mak sampai akhir hayat tapi..seorang emak yang melakukan semua itu hanya akan dilabel Allah sebagai IBU yang PENTINGKAN DIRI!!.kahwinlah..dengan itu hati mak bahagia dan tenteram.Tertunduk saya,hati merintih hiba.mak menyambung..hanafi ok tak??Kamal..??..Saya tersenyum.mudah sekali emak memujuk dan mencairkan hati saya.Saya TEWAS..!!Inilah yang dikatakan emak..berkorban walau diri terluka,memberi tanpa meminta balas.Saya jawab: InsyaALLAH mak..ani usaha untuk berkahwin tapi hanya untuk insan yang dapat mengangkat emak sepertimana dia mengangkat ibunya sendiri.Allahu akhbar.. jika dibanding titisan air mata ibu ayah kerana kita,kita bagi selautan hasil didunia ini pun belum mampu membalasnya.

CINTA sampai ke SYURGA
Dulu saya ada buat post bertajuk ketika Cinta berbuah Syurga .
Itu ditujukan buat sahabta saya.Kini berCINTA sampai ke SYURGA pulak.asyik-asyik CINTA.Bosan sungguh.Komen pembaca.Yang ini ditujukan buat si dia(bakal imam saya).Saya tidak peduli kerana kita lahir juga kerana CINTA.Mana mungkin bisa lari dari CINTA.hehe.
Petikan dari tulisan ustaz hasrizal
Wahai insan yang MABUK CINTA,siasatlah benang yang menyulam kasihmu, Apakah ia sebuah TAQWA atau CINTA BUTA yang tidak berpijak dibumi yang nyata.
Kemudian beliau ada menyebutkan lagi,pasangan yang berkahwin bukan atas dasar TAQWA kelak akan menuduh sesama sendiri diakhirat,dipadang mahsyar menyalahkan tangungjawab masing-masing yang terlalai.Mereka berpisah dinegeri yang abadi(negeri akhirat).Akhirnya bahagia hingga ke anak cucu,sampai kesyurga hanya tinggal kalimah semata yang tidak terlaksana.astagfirullah.nauzubillahi min dzalik.

Kecuali mereka yang berTAQWA.bertemu kerana TAQWA.bertemu berpisah kerana ALLAH.mereka itu seperti yang disebutkan Allah dalam kitab-NYA
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih). (az-zukhruf:67)
ALLAHU GHAFUR..ampuni dosa-dosa kami.Tunjukkan kami jalan lurus.Dan janganlah Kau bolak balikkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.

Buat mereka yang sudah berkahwin,teman-teman,kakak dan abang..Ingatkah kalian akan khutbah sewaktu "aku terima nikahnya" dibacakan.Tiga ayat dibacakan tentang TAQWA.
Pesan itu adalah pesan Tuhanmu.Pesan itu yang disampaikan dari bibir Nabi mu.Pesan yang diperjuangkan keatas dirimu bahawa TIADA BAHAGIA TANPA TAQWA!!
 Kekuatan taqwa akan membawa seorang isteri untuk taat pada suami,kekuatan taqwa akan membuatkan suami berusaha yang terbaik untuk sang isteri.Konteks bicaranya adalah AKHIRAT!!negeri yang kekal abadi.Lalu pasangan seperti ini Allah hadiahkan bicara buat mereka dalam surah az-zukhruf:68-73


" Hai hamba-hamba-Ku, tiada kekhawatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri. Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan." Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya." Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal amal yang dahulu kamu kerjakan. Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebahagiannya kamu makan.
-minta halal gambar siapa ni jadi penghias entri kali ni.hehe-
Akhir kalam..KETIKA CINTA TAK MAMPU BERSAMA..
Di sini ku berjanji di saksi ILLAHI
Andainya kupergi dulu
Sekiranya ku pergi dulu
Ku nantikan mu di pintu SYURGA :)

nota mata:haha.harini jadi bahan ujikaji mata seorang professor.Guna adalah lepas ni recognition nak guna mata pula.Pandang kiri,kanan,kiri,kanan,tutup mata,buka mata..huh naik juling mata saya.Last2x..cantik mata ain..sungguh yang cantik itu dari ALLAH..itulah sebab ayah saya bagi nama noraini(cahaya mata ku) hehe.nak rehatkan mata sebab dah juling tadi..
wassalam..
post signature

You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. insyaAllah..boleh.untuk kita berdua:). yun dulu ker kita dulu tak kisah asalkan sama-sama menguatkan.

    ReplyDelete
  2. Amin..."Ya Allah, mudahkanlah dan kuatkanlah hati-hati sahabat2ku ini menemui jodoh mereka. Engkau permudahkanlah segala urusan jodoh mereka bersama redha dari-Mu"

    Xpe2,masa yg ada persiapkan diri. Yakin dengan janji-Nya. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

    Seandainya impikan suami sesoleh Saidina Ali, jadilah wanita sehebat Fatimah Az Zahra.

    Moga Fauzun & Aini cepat bertemu jodoh kalian.Amin.

    Mohon doa buat diri ini juga.^^

    ReplyDelete
  3. Ameen..doa dari sahabat yang ikhlas bersahabat kerana taqwa.pasti dimakbul Allah.Adah...Rindunya sama kamu.. :)

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images