"fadzfar bi dzaatid-deen"

9:32:00 AM


Muqoddimah
Assalamualaikum wbt.Bismillahirrahmanirrahim.Allahumma solli ala muhammad,wa ala alihi wasohbihi muhammad.Nak cari idea menulis ni kadangkala payah kadangkala mengalir seperti air terjun.Pernah satu ketika dahulu berfikir untuk tutup blog ni berhenti dari menulis,mengangkat mata pena.Tapi desakan dan permintaan teman-teman cepat sekali melembutkan hati saya.Jadi tulis jelah.

Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

Berniaga
Pagi itu seperti biasa ayah kejutkan saya untuk mengira kuih karipap,pulut panggang,cekodok untuk dihantar ke gerai-gerai di kampung.Mata mengantuk tapi tangan duk masukkan kuih muih dalam bekas sambil mengira.Saya kira itu antara  rahsia kenapa saya pandai dalam subjek matematik.Math kalau tak dapat A's rasa macam nak menangis.huhu.Seawal jam 5.00 pagi mak dan ayah dah bangun menggoreng.itu kisah 6 tahun yang lepas sebelum saya menjejakkan kaki ke universiti. Lepas habis SPM saya masih ingat bagaimana ayah bertungkus lumus menyiapkan gerai jualan untuk saya ditepi jalan.Kerana ayah tahu minat saya adalah berniaga.Jualannya adalah pisang-pisang dikebun ayah,keledek,buahan dan juga air minuman.Berniaga pada saya adalah pekerjaan yang sangat mencabar dan menyeronokkan.Hati perlu sabar menghadapai kerenah customer.Pandangan perlu bijak mengatur strategi.Minda kena pantas membuat pilihan dan merebut peluang..the most important TIANG UGAMA KENA KUKUH!!.kalau tak segala jenayah riba',penipuan dan sebagainya mencengkam diri.

Tapi pengalaman saya berniaga memang lucu.Paling melucukan sewaktu berniaga di tepi jalan adalah ramai orang berhenti membeli bukan kerana nak membeli buahan/minuman tapi nak mengorat.Ishk3x..Pernah 1 lori besar berhenti di gerai saya..kemudian dorang tanya"dik..harga ni berapa..yang itu..yang ini..last2x..number telifon adik berapa..??saya memang susah nak control senyum bila sesuatu yang mengusik jiwa kelakar saya.haha..saya pun cakap"saya jual buah,air,PENYAPU!!,pisang..tapi saya tak jual number telifon lah..!!"dorang senyum.betul tak ada number telifon ker?.saya jawab "TAK ADA".itu tak masuk lagi yang kaki hon.naik segan saya.Bukan apa nanti apa orang kampung kata.haish.Ya Allah ampuni dosa-dosa saya kerana telah menyebabkan ramai hati-hati lelaki diruntun mabuk.

itu satu kisah..dek kerana ramai yang minta number telifon jadi saya pun cerita kat abang-abang saya.Dorang cakap lain kali bila dorang minta ha..bagijer number phone kitorang.So lepastu bila orang minta saya yang jujur lurus bendul dan blurr ni bagi lah number abang-abang.kihkih.Itu cerita 6 tahun lepas.Masa muda-muda.Kesimpulannya berniaga itu satu cabaran.Kalau tak sabar,mahu saja tazkirah,kata-kata tak bermoral keluar dari mulut saya tapi kerana berniaga itu satu sunnah.Jadi saya sangat suka melakukannya.Orang ingat orang muda-muda yang berniaga tu belajar SPM tak habis.Jangan menghukum terlalu awal,time saya berniaga kat pasar malam dengan abang saya,saya jumpa ramai orang kelulusan universiti.huh..Jangan perlekeh taw.ngeh3x

"fadzfar bi dzaatid-deen,taribat yadaak"

kalimah diatas bermaksud(pilihlah yang beragama,engkau akan beruntung). Ramai kawan-kawan saya yang menghadapi masalah penceraian ibubapanya menyuarakan dan meluahkan kekesalan.Ada yang bercerita si ayah adalah orang beragama.si ibu muslimat pejuang hebat.kerja pula di bahagian hal ehwal islam.Naqibah usrah muslimat.Sekali tup tup..main kayu tiga dengan perempuan yang satu bumbung di bahagian hal ehwal islam juga.Bercinta dengan lelaki lain yang sama fikrah.Allahu akhbar,nauzubillahi min dzalik.Lalu bagaimana yang dikatakan pilihlah yang beragama,maka engkau beruntung..?Rumit untuk saya jawab persoalan tersebut.Tak dapat saya nak tulis jawapan tu kat sini.Sebab panjang sangat.

Sedikit perbualan saya dan kawan sewaktu dia mengatakan ayahnya orang yang kuat agama dan beriman.

saya:"Apa definisi anda tentang orang yang beragama dan beriman??"
Kawan:Seperti yang saya nampak pada ayah saya.Ayah saya dipanggil ustaz,kerja pula dekat hal ehwal agama,selalu ke masjid.Ramai orang merujuk kepadanya tentang urusan agama.
Saya: Apa pula definisi yang Allah berikan untuk orang beragama dan beriman??adakah mereka yang dipanggil ustaz?yang kerja dekat hal ehwal agama?yang selalu kemasjid tapi hati tidak ikhlas!!?Lalu bagaimana ye definisi orang beragama ni?

Soalan dibalas soalan.itu memang menjadi kesukaan saya untuk memahamkan seseorang dan menggalakkan dia berfikir dan mencari.

Saya beri masa pada dia untuk mencari definisi beragama disisi Allah.Tugasan anda juga yang sedang membaca post ini untuk mencari.

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa
(Surah Al-Baqarah:21)

Dari Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah saw menjawab, “Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi utang atau menghilangkan kelaparan.

"Lalu siapakah yang paling beriman, wahai Rasulullah?"

"Orang yang paling kuat imannya adalah kaum yang datang setelah aku, di mana mereka beriman kepadaku dan kepada Al-Qur'an, padahal mereka belum melihatku."


Bak kata ustaz hasrizal"Setelah memilih wanita beragama,lelaki beragama..apakah bermakna rumah tangga kita sudah beroleh pelan "takaful' perlindungan dari musibah,pergaduhan dan penceraian".renung-renungkanlah

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)


nota kaki: Ramai sahabat yang sama fikrah,sama perjuangan,sama jamaah mengikat hati dengan perkahwinan tetapi ramai juga antara mereka yang secara  sama fikrah,sama perjuangan itu keluar secara berJAMAAH dari jalan juangnya.Rumit bukan memikirkan permasalahn ini?Lalu apakah formula untuk tetap dijalan Allah di jalan juang ini??Formulanya ada dalam kitabulllah dan hadis.Doa senjata mukmin sementara raihlah rasa berTAQWA kepada Allah.Sediakan diri kita untuk diuji,semoga dengan itu kita menjadi MUKMIN YANG KUAT..!!kerana ALLAH CINTA MUKMIN YANG KUAT daripada mukmin yang lemah.Jadi pohonlah KEKUATAN,KETABAHAN,KESABARAN,KESYUKURAN ketika berhadapan dengan musibah.Jadilah hamba yang bukan sekadar abid(ahli ibadah) tetapi abid dan alim(beribadah dan berpengetahuan)

post signature

You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. seronok baca pengalaman masa dulu-dulu..pengalaman spt itu mematangkan dan mendewasakan diri... tentu manis untuk dikenang..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak sal.Kadang-kadang tersenyum sendiri sampai officemate kata: "gila ker senyum sorang2x.haha"

    ReplyDelete
  3. adik.... apasal skrg xder bisnes? Sudah tutup kedai ka?

    ReplyDelete
  4. hahaha..pekerja sudah lari la.ada rezki bukak balik la.mahu join ka??haha :)

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images