Lirik CINTA siapa..

9:11:00 AM

Subhanallah..alhamdulilllah..Allahuakbar..itu sahaja yang mampu saya katakan saat saya mendengar halaqah di TV9 ni.Suara sangat merdu.Halus bergemersik.Kalau pembaca ada masa dengarlah ye..1 ayat yang dapat saya calit disini adalah kefakiran tidak akan datang kepada manusia yang CINTA pada al-Quran..Masya Allah..

Sebaik-baik teman bicara dan CINTA adalah al-Quran..Disaat kita dipulau..dikhianati,dizalimi..al-Quran teman bicara..kerana al-Quran merupakan sahabat sejati yang tidak mati malah sentiasa hidup semakin kita menyayanginya..Terima kasih buat guru-guru al-Quran saya yang sebahagiannya sudah pulang ke rahmatullah..al-fatihah buat ayah..ustaz hafid,tok guru Ehsan dan juga buat ustaz-ustaz yang masih meneruskan perjuangan,ustaz rizalman,ustaz jamaludin,ustaz rahim UIAM,ustaz abdul hayyi,ustaz tahfiz 1.Syukran mengajar qiraat dan juga tarannum dan tasmi' hafazan saya.

Di saat kita sibuk melirik Cinta manusia,cinta sang teruna..cinta sang ibu,cinta sang anak..kita terlupa melirik pada CINTA kepada al-Quran..Jadikan al-Quran dan as-sunnah pegangan hidup.



nota kaki: Maaf sebab tukar layout sekali..sebab sebenarnya saya sangat suka warna putih,simple dan bersih..haritu nak cuba masuk tak jiwa dengan warna-warna cute..cuma size template tu kecik..macam sempit..so fikiran pun jadi sempit.haha..so tukar semula template cari yang warna putih,clean,simple sebab ianya sangat-sangat merujuk pada diri saya yang simple dan Cool..
post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images